Bridesmaid sudah menjadi satu trend terkini bagi sesetengah majlis perkahwinan. Bridesmaid yang turut dikenali sebagai pengapit atau ‘dulang girls’ ini turut nampak istimewa pada hari tersebut. Kehadiran bridesmaid yang selalunya berpakaian dari warna yang sedondon dengan pengantin tak ubah seperti dayang-dayang yang sedang mengiringi seorang raja dan pemaisuri. Pengapit untuk lelaki juga ada dengan gelaran sebagai groomsmen. Tetapi tahukah anda senarai tugas bridesmaid yang sebenarnya?

Tidak dinafikan, kewujudan bridesmaid sekarang sudah seakan sebuah trend bagi sesebuah majlis perkahwinan terkini. Ramai yang menganggap menjadi bridesmaid ini senang dan menyeronokkan. Namun hakikat sebenar, tugas sebagai seorang bridesmaid ini bukanlah mudah sebagaimana yang disangkakan.

tugas bridesmaid

image via : Apa Kata Orang

Anda kena faham yang bridesmaid ini adalah ‘pembantu pengantin’ maka setiap bridesmaid perlu tahu dan tangkas dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Bridesmaid atau pengapit ini bukanlah sekadar untuk nampak hensem atau cantik di sisi pengantin sebaliknya tugas mereka jauh lebih besar dari itu. Antara senarai tugas bridesmaid yang harus dilakukan itu adalah seperti di bawah ini.

Senarai Tugas Bridesmaid Yang Perlu Diberi Perhatian

1) Tugas Bridesmaid Saat Resepsi 

Senarai tugas bridesmaid yang pertama. Dalam situasi yang sangat sibuk, pengantin amat memerlukan seorang pembantu yang sentiasa bijak dalam mengatur masa bagi memudahkan segala urusan untuk hari istimewa tersebut. Mengatur masa di sini bermaksud dalam setiap majlis akan ada masa pengantin perlu dihiaskan, diarak dan sebagainya. 

Maka tugas bridesmaid ini adalah untuk tahu dan bantu aturkan masa supaya pengantin menjadi lebih tenang. Sebagai contoh :

  • Siap make up pukul berapa untuk memudahkan majlis akad nikah atau bersanding walaupun masa sudah ditetapkan oleh jurusolek tetapi tetap juga perlu ada seseorang yang peka tentang masa supaya majlis berjalan seiring dengan masa yang telah dijadualkan. 
  • Tempat mana yang sesuai untuk outdoor juga penting untuk outdoor fotoshoot selepas majlis akad nikah.
  • Cara tenangkan pengantin juga sebahagian daripada tugas bridesmaid supaya pengantin tetap nampak tenang dan cantik sepanjang hari tersebut.
  • Bridesmaid juga perlu touch up pengantin saat resepsi dan temani pengantin di atas pelamin untuk kurangkan gemuruh pada pengantin lelaki dan perempuan.

2) Tanggungjawab Bridesmaid Termasuklah Datang Sehari Atau Dua Hari Lebih Awal 

Perlu ke bridesmaid datang awal sehari atau dua hari sebelum berlangsungnya majlis? Ya! Bakal-bakal bridesmaid amatlah disarankan untuk datang jauh lebih awal sebelum majlis berlangsung. Sebagai bridesmaid anda perlu ambil tahu atur cara majlis supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Selain itu,  bridesmaid juga perlu merancang perjalanan majlis untuk outdoor fotoshoot bersama pengantin untuk diabadikan sebagai kenangan buat pasangan. 

"

Apabila bridesmaid datang sehari atau dua hari lebih awal, mereka boleh membuat back up plan sekiranya hari hujan semasa mereka ingin membuat outdoor fotoshoot dan sebagainya. Semua perancangan itu perlu dilakukan sebelum majlis bermula. Memeriahkan gambar pengantin itu harus, tetapi melancarkan majlis perkahwinan itu adalah lebih penting untuk dilaksanakan. 

3) Membantu Menyediakan Kelengkapan Sampingan Untuk Pengantin Sebelum Majlis

Membantu menyelesaikan kelengkapan pengantin ini bukanlah bererti untuk perkara yang besar. Membantu menyelesaikan kelengkapan pengantin ini adalah pada benda yang nampak remeh tapi penting seperti sediakan pin, jarum peniti, tisu, tisu basah, bedak, kipas dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, semua keperluan ini kebiasaannya memang perlu di bawa oleh bridesmaid ke mana sahaja mereka pergi bagi memudahkan pengantin bila memerlukan. Pastikan semua ini ada sebelum majlis bagi memudahkan lagi urusan. 

image via :  Wanista

4) Menjawab Panggilan Telefon Bagi Pihak Pengantin

Semakin dekat majlis bererti semakin sibuk diri pengantin itu untuk siapkan diri untuk majlis perkahwinan tersebut. Kadangkala di waktu begini pengantin akan mula berasa tertekan. Ada juga pengantin yang terlalu sibuk hingga tidak sempat menjawab panggilan telefon dengan cepat seperti biasa.  Ada masanya telefon bimbit terus tidak di sentuh bagi mengfokuskan diri pada persiapan terakhir.

Maka, sebagai bridesmaid yang prihatin, bolehlah untuk pegang handphone si pengantin dan bantu jawab bila ada panggilan masuk. Pada masa yang sama, boleh juga bantu balas mesej dari sahabat pengantin sekiranya mereka sesat untuk mendapatkan arah untuk ke rumah pengantin. Walaubagaimanapun, pastikan dapat izin pengantin dulu ye! Telefon bimbit ini ada kaitan dengan hal peribadi jadi jangan cuba pandai-pandai sendiri. Takut nanti dari niat nak bantu sudah jadi masalah yang lain akibat salah faham. 

5) Menjaga Barangan Peribadi Milik Pengantin

Sewaktu majlis sedang berlangsung, bridesmaid juga perlu menjadi penjaga untuk barangan peribadi milik pengantin. Lebih afdal untuk bridesmaid bawa satu beg kecil untuk isi barangan peribadi sendiri dan barangan peribadi pengantin seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran. 

6) Menghulurkan Bantuan Kepada Keluarga Si Pengantin

Sebagai bridesmaid hulurkanlah bantuan kepada ahli keluarga pengantin sekadar yang mampu. Bantulah ahli keluarga pengantin sekiranya mereka tidak cukup ahli untuk mengagihkan door gift atau bunga telur kepada tetamu. Tetapi, jangan pula hulurkan bantuan di dapur nanti kotor pula baju bridesmaid. Kalau sudah kotor ianya akan mencacatkan pula gambar kahwin sahabat kita. Hulurkanlah bantuan mengikut kesesuaian tugasan dan keadaan.

7) Menemani Dan Menenangkan Perasaan Si Pengantin 

Debaran semakin hampir, justeru itu adalah kewajipan bagi bridesmaid untuk sentiasa menemani pengantin. Sebagai pendamping pengantin, kena sentiasa nampak tenang dan bijak untuk tenangkan si pengantin dalam satu masa. Jangan buat acuh tak acuh. Pastikan pengantin sentiasa cool sebelum, ketika, dan semasa majlis berlangsung.

8) Jaga Penampilan Diri Tapi Jangan Sampai Tahap Caras Pengantin Perempuan

Ya! Bridesmaid memang boleh nampak lawa. Malah ada kalanya si pengantin sendiri akan keluar belanja untuk beli baju bridesmaid yang sedondon untuk semua dayang-dayangnya. Tetapi janganlah disebabkan baju yang cantik itu dikenakan pula dengan makeup dan aksesori yang keterlaluan hingga tahap mengengelamkan kecantikan si pengantin itu sendiri.

Banyak kes sudah terjadi di mana si pengapit pengantin ini yang nampak seakan diri si pengantin itu sendiri hinggakan ada tetamu yang tertanya-tanya akan pengantin yang sebenar. Ingat! Tugas bridesmaid adalah untuk meriahkan majlis dan juga sebagai pembantu peribadi kepada si pengantin itu sendiri. Bukannya kerja melawa dan melaram bagaikan majlis itu diri sendiri yang punya. Nak nampak cantik bagaikan seorang puteri atau pemaisuri, bolehlah atur majlis perkahwinan sendiri dengan jejaka idaman hati.

Pengantin Perlu Pilih Bridesmaid Yang Ada Ciri-Ciri Ini

  • mempunyai hubungan yang akrab / rapat
  • sporting dan sekepala
  • boleh dipercayai
  • memiliki sikap ringan tulang
  • baik turut kata
  • tahu hormat orang tua
  • ikhlas untuk membantu
  • pandai untuk uruskan itu dan ini

Itulah antara tugas bridesmaid atau dulang girl yang perlu diberi perhatian. Kisah bridesmaid dengan pengantin ini ada banyak dan janganlah jadikan diri sendiri sebagai kisah pahit kepada si pengantin di hari bahagianya. Kehadiran bridesmaid ini sebenarnya sangat membantu disebabkan itulah peranan ‘pengapit pengantin’ ini sudah lama wujud sejak dulu. Baca juga cara luah rasa hati pada crush , tips elak rasa jemu dalam rumahtangga dan perbezaan antara lelaki bujang dan yang telah berkahwin. 

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.