Anak kecil bagaikan kain putih dan lukisannya dicorakkan oleh ibu bapanya. Seawal usia 5 tahun mereka sudah boleh dilatih untuk menjalani ibadah puasa walaupun mereka belum diwajibkan untuk melakukannya.

Elakkan memberitahu anak bahawa mereka masih kecil dan tidak perlu berpuasa. Tindakan ini menyokong peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

ramadan

wanista.com

#1 Mula Beritahu Mereka Tentang Erti Puasa Sebulan Sebelum Bulan Ramadan.

Beritahu mereka dengan intonasi dan bahasa yang mudah difahami tentang apa yang akan kita lakukan semasa Ramadhan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Tunjukkan keterujaan anda dan pastinya mereka juga tidak sabar untuk turut serta berpuasa dan memeriahkan Ramadhan tahun ini.

#2 Sambut Ramadhan Dengan Wajah Berseri Seri

.
Ternyata berpuasa merehatkan tubuh badan kita selepas 11 bulan makan pada waktu siang. Apabila bulan Ramadhan disambut dengan keceriaan, anak anak akan mula beranggapan bahawa puasa itu tidak pernah menyusahkan dan tidak memudaratkan.

"

#3 Ajak Mereka Menyertai Aktiviti Sahur Dan Berbuka Puasa.

Kejut mereka ketika anda bersahur pada pukul 5 pagi. Tidak perlu risau waktu tidur mereka terganggu kerana anak anak berasa dihargai apabila dilibatkan dalam aktiviti orang dewasa. Sebaliknya tukar waktu tidur mereka lebih awal pada bulan Ramadhan.

#4 Pilih Aktiviti Yang Sesuai.

Berpuasa sementara (Intermittent fasting) tidak mengganggu sistem tubuh anak kecil sebaliknya ia mencergaskan sistem impuls dan mengalakkan anak anak berkelakuan baik. Kadar tenaga yang rendah sepanjang hari siang juga membuatkan mereka boleh fokus dengan lebih baik. Oleh itu, pilih aktiviti yang sesuai seperti aktiviti indoor untuk mereka sepanjang hari siang.

#5 Ajak Anak Berehat Atau Tidur Sebentar Pada Waktu Tengahari.

Dengan rehat yang mencukupi, anak akan lebih bertenaga untuk menyambung puasa mereka sampai ke waktu berbuka.

#6 Jauhkan Makanan Dan Minuman Dari Pandangan Mereka Pada Hari Siang.

Kasihan perasaan anak kecil terganggu dengan imej makanan dan minuman yang menduga. Elakkan membawa mereka keluar membeli belah di pasaraya.

#7 Luangkan Masa Bercerita Tentang Kisah Nabi Dan Teladan Yang Baik.

Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Apabila anak sudah mula diperkenalkan dengan agama dan ibadah, hati anak lebih mudah dibentuk membawa ke usia remaja.

#8 Bawa Anak Bertarawih Dan Membaca Al-Quran Bersama Sama.

Beritahu mereka bahawa Ramadhan adalah bulan yang perlu dimeriahkan dengan ibadah. Pastinya mereka berasa suatu kelainan dan keistimewaan dalam bulan ini berbanding bulan bulan lain.

#9 Pilihkan Teladan Untuk Anak Anak.

Bagi anak anak yang sudah mempunyai kawan, elakkan mereka berkawan dengan kawan kawan yang malas berpuasa. Tunjukkan contoh kawan mereka yang baik untuk mereka teladani.

#10 Berikan Ganjaran Yang Berupa Bahan Pendidikan.

Ianya turut merangsang minda separuh sedar mereka untuk berusaha mendapatkan apa yang mereka mahukan. Beritahu juga besarnya ganjaran orang berpuasa dari Allah :)

Pendidikan awal mengenai puasa di bulan Ramadhan dapat membentuk peribadi anak anak dari awal. Sama sama kita berusaha menjadi Muslim yang lebih baik, insyaAllah.

Penulis: Pn Suraya Ali

Pn Suraya Ali

Pn Suraya Ali merupakan seorang usahawanita yang mengusahakan Butik Bayi Asuhan Alami Lunatots. Merupakan salah seorang IBCLC (Certified Lactation Consultant) di Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel ke info@lunatots.com bagi sebarang urusan kaunseling mahupun seminar keibubapaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.