Ibu tunggal adalah wanita yang kematian suaminya dan bersedia untuk meneruskan tugas dalam membesarkan anak-anaknya. Selain itu, ibu tunggal juga dikatakan wanita yang telah bercerai dengan suami dan berhak diberikan hak penjagaan ke atas anak-anaknya.

Tiada wanita yang inginkan gelaran ibu tunggal. Oleh itu, status ibu tunggal sebenarnya secara tidak langsung memberi tamparan yang begitu hebat kepada perubahan kehidupan secara keseluruhannya.

cabaran ibu tunggal
Imej via [nona]

Tekanan hidup sebagai ibu tunggal adakala menguji kesabaran. Mari kita bincangkan pelbagai cabaran yang harus dihadapi sebagai ibu tunggal.

1. Emosi

cabaran ibu tunggal
Imej via [psikologikita]

Wanita seorang yang beremosi dalam menangani sesuatu perkara lebih-lebih lagi seseorang yang menempuh cabaran sebagai ibu tunggal. Mereka akan melayan karenah anak-anak serta melakukan bebanan kerja yang belum diselesaikan, ia juga boleh menjadikan emosi tidak stabil dalam menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal. 

Contohnya, akibat kes penceraian yang telah berlaku, anak-anak menjadi tempat melepaskan marah yang tak akan habis. Mengikut fakta, purata ibu tunggal yang berada di Malaysia ialah 72% menjadi ibu tunggal apabila suami mereka meninggal dunia, manakala 23%yang bercerai, 4% suami menghilangkan diri dan  1% yang telah ditinggalkan suami.

Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu tunggal, kita hendaklah mengawal emosi supaya dapat menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal.

2. Kewangan

cabaran ibu tunggal
Imej via [canselori]

Masalah dalam kewangan adalah perkara wajib yang harus ditangani dan juga cabaran bagi seorang ibu tunggal. Hal ini kerana kos sara hidup pada masa kini sangatlah mahal sehingga menjadi satu cabaran buat ibu tunggal. 

Sebagai contoh, makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal memerlukan kos. Maka, benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa ‘semakin besar periuk, maka besarlah keraknya’ yang bermaksud tidak kira berapa banyak gaji yang diperolehi, wang tidak pernah mencukupi, kecuali bagi mereka yang bijak menguruskan sumber kewangannya. 

Bagi menghadapi krisis kewangan dalam menempuh cabaran sebagai ibu tunggal, kita haruslah bijak menguruskan kewangan mempunyai simpanan kecemasan pada kemudian hari.

3. Sokongan

Imej via [tuturmama]

Ibu tunggal haruslah diberi sokongan daripada seseorang apatah lagi jika mempunyai masalah dan mengalami tekanan. Hati seorang ibu akan mudah berasa sunyi tanpa seseorang yang menyokongnya dari belakang. Sokongan amat penting untuk mereka.

Anda harus faham akan kesusahan ibu tunggal yang berusaha mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya dengan baik. Setiap cabaran yang dilalui oleh ibu tunggal haruslah disokong supaya mereka lebih kuat hadapi semuanya.

4. Menyelesaikan Masalah Seorang Diri

cabaran ibu tunggal
Imej via [hellosehat]

Setiap manusia tidak boleh mengatasi masalahnya seorang diri, lagi-lagi ibu tunggal yang kematian suaminya. Setiap masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal ada penyelesaiannya, namun adanya pendengar adalah lebih baik.

Mereka turut kehilangan pendengar setia seperti suami. Oleh itu, dalam menghadapi cabaran ibu tunggal, mereka terpaksa berdikari dan mendapatkan bantuan orang luar agar tidak terbeban.

5. Perbualan Orang Ramai

cabaran ibu tunggal
Imej via [hipwee]

Menjadi perbualan orang ramai adalah satu cabaran buat ibu tunggal. Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita pasti akan ada yang memerhati dan menjadikan kita topik harian mereka. Lebih-lebih lagi, topik berkenaan penceraian, kematian dan sebaliknya yang melibatkan suatu cabaran yang sukar buat ibu tunggal. 

6. Gelaran 

cabaran ibu tunggal
Imej via [semuanyajdt]

Apabila sudah digelar ibu tunggal, ia menjadi suatu perkara yang agak sukar diterima oleh diri sendiri dan menjadi cabaran sebagai ibu tunggal. Kadang-kadang, gelaran ibu tunggal atau lebih dikenali sebagai janda boleh menyakiti perasaan sendiri apabila dipanggil begitu.

Ia menjadi suatu cabaran yang sukar untuk ibu tunggal bermesra dengan jiran tetangga yang lain. Untuk pengetahuan anda, Pusat Perlindungan Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, yang didirikan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan sebagai rumah perlindungan orang tua, remaja bermasalah, terlanjur dan anak yatim, selain menerima isteri yang didera. Mereka juga tidak terkecuali untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal.

7. Kerinduan Berpanjangan Terhadap Pasangan

Imej via [asianparent]

Sungguhpun kebanyakan masa diisi dengan kesibukan, ada ketika kesunyian akan hadir dan memenuhi ruang fikiran sekaligus rindu untuk berbual dengan orang tersayang. Ia adalah cabaran ibu tunggal.

Contohnya, rindukan pelukan suami, berbual dengan suami dan rindu untuk meluahkan segala-galanya kepada suami. Oleh itu, sebagai seorang isteri dan juga ibu tunggal, kita haruslah redha dan bertakwa dengan segala hal yang telah berlaku.

8. Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Imej via [piah]

Salah satu cabaran ibu tunggal adalah anda perlu pandai mengatur masa untuk diri sendiri. Banyak masa yang digunakan oleh ibu tunggal untuk menguruskan anak dan bekerja, ia menyebabkan mereka kekurangan masa untuk diri sendiri.

Contohnya, masa untuk berhias, membeli belah, bercuti dan mencari pasangan hidup yang baru sangat sukar. Bagi menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal, kita hendaklah bijak mengatur masa untuk diri sendiri supaya tidak mudah mengalami tekanan dan dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga.

9. Terpaksa Membuat Perkara Yang Sukar

cabaran ibu tunggal
Imej via [obsessiondesire]

Cabaran ibu tunggal memang sukar lagi-lagi apabila terpaksa membuat perkara yang sukar. Tiada seseorang yang dapat membantunya dalam membuat pilihan yang terbaik.

Contohnya, tiada sesiapa membantu mereka untuk mengangkat barang berat, barang yang dibeli dipasaraya dan sebagainya. Mereka terpaksa buat semuanya sendiri.

 Terdapat banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal. Jangan risau, semua masalah ini boleh diatasi dengan mudah, mungkin ianya memakan masa sedikit. Pastikan ibu tunggal dikelilingi oleh mereka yang supportive dan baik!

Jemput baca juga Hukum ibu bapa sakiti anak, Ucapan hari lahir untuk anak, Kemahiran pragmatik anak dan Perkara ibu bapa perlu didik anak.

Rujukan

  1. Myhealth
  2. Nona
  3. Theasianparent

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.