Merangkak dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki terutama sekali pada bayi. Pergerakan yang perlu dibuat berulang kali ini adalah untuk merangsang neuron dan otak bagi mengawal bahagian kognitif dimana ia bagus untuk memori dan dapat memberi tumpuan yang lebih baik.

bayi merangkak
Imej via [tribunnews]

Merangkak juga dapat menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan bayi, secara tak langsung ia menguatkan otot kanan dan kiri. Bayi merangkak justeru dapat melatih koordinasi mata supaya si kecil mudah untuk cepat membaca dan menulis di kemudian hari kelak.

Namun begitu, segelintir bayi lambat untuk merangkak. Oleh itu ia menjadi persoalan kepada si ibu. Jom lihat 7 punca bayi lambat merangkak!

7 Punca Bayi Lambat Merangkak

1. Bayi Tidak Diajar Untuk Merangkak

Imej via [cloudinary]

Ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan sehinggakan tiada masa untuk mengajar bayi merangkak. Hal ini kerana ibubapa menganggap bahawa proses merangkak ini tidak penting. Oleh itu, bayi masih lagi tidak mengetahui cara untuk merangkak.

Bayi lewat merangkak sangat berisiko kerana otot tangan pada bayi akan menjadi kurang kuat. Bayi kurang melakukan aktiviti seperti bangkit sendiri dari lantai, monkey bar dan makan sendiri akan menjadi punca bayi lambat merangkak.


2. Bayi Lebih Selesa Bergerak Dengan Cara Lain

Imej via [cloudinary]

Ada bayi lebih suka bergerak dengan cara mengesot, berguling atau dengan cara yang dapat menggerakkan tubuhnya ke suatu tempat ke tempat yang lain. Selalunya perkara ini bukanlah sesuatu yang patut dirisaukan. Bayi lebih gemar menggerakkan anggota tubuhnya yang lain juga adalah punca bayi lambat merangkak.

Walaupun, si kecil ini tidak gemar untuk merangkak tetapi kita haruslah mengajarnya untuk merangkak juga. Kita boleh membesarkan bayi secara normal melalui setiap proses yang bayi alami.

3. Bayi Lahir Pramatang

Imej via [asianparent]

Bayi yang lahir pramatang akan cenderung mempelajari  sesuatu dari segi perkembangan Bahasa, kemahiran motor dan perkembangan kognitif dibandingkan dengan bayi normal yang dilahirkan cukup bulan.

Bayi yang berusia 13 bulan sudah dikira cukup bulan, manakala bayi yang dilahirakan 2 atau 3 bulan lebih awal ini bermakna bayi itu adalah bayi pramatang. Faktor ini juga sebenarnya adalah punca bayi lambat merangkak.

4. Terlalu Kerap Didukung

Menurut sumber yang dipercayai, bayi yang terlalu kerap didukung akan mengurangkan kemahirannya dalam merangkak atau melakukan pergerakkan yang lain dengan sendirinya.

Sebagai alternatif, ibubapa perlulah menyediakan ruang yang selamat dipagari atau play mat yang comel untuk merangsang bayi dari bermain dengan bebas di sekeliling tempat tersebut. Mereka akan belajar merangkak dengan sendirinya.

5. Penggunaan Baby Walker

Imej via [jawapos]

Tidak salah menggunakan baby walker tetapi bayi akan kurang masa untuk belajar merangkak. Baby walker dapat melatih bayi dari berjalan dan dapat memudahkan ibu-ibu untuk menguruskan rumah atau masak dan mudah untuk dipantau dari semasa ke semasa. Namun, anda harus mencari masa untuk lepaskan bayi bebas merangkak.

6. Keadaan Kaki Bayi

Imej via [motherandbaby]

Setiap bayi mungkin mengalami keadaan kaki yang berbeza. Contohnya, ada bayi yang mempunyai kaki yang meninjik ke bawah, melengkung dan membongkok ke arah dalam.

Oleh itu, setiap bayi yang mempunyai diagnosis yang seperti berikut hendaklah diberikan rawatan sepenuhnya seawal kedua kelahiran. Masalah flat feet kaki si kecil juga dapat menggangu bayi untuk merangkak dan menjadi punca bayi merangkak lambat.

7. Cara Duduk

Imej via [siraplimau]

Salah satu cara duduk kanak-kanak sangat suka adalah posisi ‘W’ kerana posisi ini sangat selesa bagi mereka. Namun hal demikian juga mendatangkan keburukan apabila kanak-kanak sangat suka duduk seperti ini.

Salah satu keburukannya adalah mudah terbentuk postur yang kurang baik pada kaki dan  kurang latihan untuk mengimbangkan badan. Ia juga menjadi punca bayi merangkak lambat dan memberi risiko tulang paha beralih.

5 Cara Membantu Bayi Merangkak Dengan Mudah

1. Galak Melakukan Aktiviti

Imej via [kumparan]

Melakukan aktiviti seperti melompat, memanjat dan sebagainya dapat menguatkan otot dan tulang kaki. Ia amat sesuai untuk bayi. Lebih bagus lagi, ibu bapa haruslah membiarkan sahaja si kecil ini untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Si kecil juga boleh merangkak sekiranya dibiarkan dia melakukan aktivitinya tersendiri. Namun, anda harus memantaunya juga! Bawalah dia bermain dengan rakan sebayanya atau anak saudara mara anda.

Sekirannya seseorang bertemu dengan rakannya pasti dia akan menjadi sangat aktif. Hal ini dapat mempercepatkan proses merangkak kerana apabila dia melihat kawannya melakukan hal yang demikian, pasti dia mahu turut serta.

2. Merangkak Bersama Bayi

Imej via [majalahpama]

Kanak-kanak selalunya sering sahaja melakukan tindakan sama sepeti ibu bapanya lakukan. Anda sendiri harus menjadi contoh untuk anak anda. Apa kata anda tunjukkan cara merangkak atau lebih tepat merangkak bersamanya untuk dia melakukan tindakan yang sama seperti anda!

Dari proses ini, akan membuatkan si kecil mengikut bersama dalam melakukan aktiviti seperti merangkak. Perkara ini juga dapat mengajar anak  dan melatih anak untuk menguatkan daya ingatannya.

3. Selalu Melatihnya Merangkak Sejak Awal Lagi

Selalu melatihnya dari awal kelahiran lagi untuk membuatkan dia sudah terbiasa.  Namun begitu, ini adalah salah satu rangsangan terbaik kerana dari situ bayi dapat mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perutnya.

Biarkan anak anda mengeksplorasi sekitarnya ketika sedang ditiarapkan. Jangan terlalu cepat mengangkat bayi walaupun dia kelihatan tidak selesa. Yang penting, perhatikan posisi bayi merangkak agar dia tidak mudah terjatuh.

4. Letakkan Mainan di Hadapannya

Imej via [beritagar]

Letakkan mainan kesukaan anak anda pada jarak yang sukar untuk dia capai membuatkannya lagi berusaha bergerak untuk mengambilnya. Hal ini dapat membuatkan si kecil itu merangkak ke arah mainan itu.

Kanak-kanak mudah tertarik pada mainan yang disukainya dan akan cuba berusaha untuk mendapatkannya dengan cara apa sekali pun seperti, menangis, meronta dan memujuk. Perkara itulah yang membuatkan ibubapa bertindak untuk memberikan mainan yang disukainya bagi menghentikan rengekan tersebut.

5. Galakkan Pijak di Tempat Yang Tidak Rata

Imej via [majalahpama]

Memijak benda yang tidak rata seperti tembok jalan, naik turun tangga dan batu-batu dapat melancarkan pendarahan pada kaki. Sebahagian bayi amat menyukainya kerana jalan yang tidak rata ini seperti jalan yang sangat berbeza buat mereka. Jalan yang tidak rata sekaligus dapat membuatkan bayi merangkak dan cuba lagi.

Itulah dia punca bayi lambat merangkak dan cara membantu bayi merangkak dengan mudah. Jemput baca Punca bayi cirit-birit, Kebaikan bayi merangkak dan Cara bedung bayi yang betul.

Rujukan

  1. Majalahpama
  2. Siraplimau
  3. Theasianparent
  4. babycenter


Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.