Bagi mereka yang meminati K-Pop dan K-Drama, Korea semestinya menjadi destinasi pilihan untuk bercuti. Namun hakikatnya, Korea sangat ideal dilawati oleh semua orang. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Dan bagi anda yang sukakan produk kosmetik, Korea pasti membuatkan anda rambang mata. Anda boleh dapatkan face mask dengan harga yang jauh lenih murah daripada pasaran di Malaysia.

Di sini, kami senaraikan 20 tempat menarik yang anda boleh lawati di Seoul, Busan dan Incheon.

 

Seoul

1) Lotte World

Imej via habkorea

Lotte World merupakan taman tema indoor terbesar di dunia. Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Selain itu, di kawasan outdoor Lotte World terdapat cartoon character parade yang berbeza-beza mengikut tema bulanan. Lotte World juga terdapat tempat membeli belah dan juga hotel bagi kemudahan pada pengunjung.

 

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30pagi – 10.00malam) | Jumaat & Sabtu (9.30pagi – 11.00malam)

Bayaran: Dari 36,000 Won

Lokasi: 240 Olympic-ro, Jamsil 3(sam)-dong, Songpa-gu, Seoul

 

2) Love Locks & N Tower Seoul

Imej via befreetour

N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul. Huruf ‘N’ untuk menara ini bermaksud NEW LOOK, iaitu nama baru selepas penstrukturan semula menara ini pada Disember 2005. Menara ini terletak di atas bukit, ditambah pula dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki. Pastinya pemandangan yang akan anda nikmati di sini sangat segar dan indah.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Love Locks. Tempat di mana anda bolah mengunci nama anda dan pasangan di sini sebagai simbolik cinta yang berkekalan.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 11.00malam)

Lokasi: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul

 

3) Seoul Central Mosque

Imej via onlyitaewon

Seoul Central Mosque ini terletak di Itaewon. Masjid berkeluasan 1,500 meter persegi ini siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan.

Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita di tingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School.

 

Lokasi: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul

 

4) Gyeongbokgung Palace (Northern Palace)

Imej via mapsofworld

Istana Gyeongbok merupakan antara istana yang tercantik dan terbesar di Seoul. Itulah sebabnya ia menerima ramai pengunjung berbanding istana lain.

Mengikut sejarahnya, ia di bangunkan pada tahun 1395 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Ia pernah musnah semasa berlaku Perang Imjin (1592-1598). Namun semasa perintahan Raja Gojong, ia telah di baik pulih. Masa zaman penjajahan Jepun pada 1911, ia musnah lagi. Namun disebabkan rakyat Korea ini semangat nasionalis mereka tinggi, maka istana ini dibaik pulih sekali lagi sehingga ia tersergam indah sehingga kini.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)

Lokasi: 161 Sajik-ro, Sejongno, Jongno-gu, Seoul

 

5) Dongdaemun Design Plaza

Imej via videoblocks

Dongdaemun Design Plaza (DDP) terkenal kerana seni binanya sangat futuristic dan unik. Ia direka oleh Zaha Hadid salah seorang arkitek erkenal yang hebat. DPP adalah pusat kreatif Korea. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan Dongdemun History & Culture Park. Bagi penggemar drama Korea, pasti anda tahu lokasi ini pernah menjadi tempat penggambaran drama “My Love from the Star”.

 

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00pagi – 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 9.00malam)

Lokasi: 281 Eulji-ro, Euljiro 7(chil)-ga, Jung-gu, Seoul

 

6) Cheonggyecheon River

Imej via cityclock

Cheonggyecheon River merupakan sungai buatan moden di tapak sungai lama sepanjang 0.9km. Semasa penjajahan Jepun di sini, mereka menimbus sungai ini untuk projek lain. Selepas merdeka ia di jadikan jalan raya dan seterusnya selama 20 tahun ia bertukar menjadi Highway. Namun pada 2005, perubahan drastik dilakukan untuk mewujudkan balik sungai ni. Walaupun dikritik kerana memakan belanja yang sangat besar, tapi ia menjadi keagungan sebagai pusat rekreasi awam dan pelancong.

Bagi rakyat Malaysia, pasti anda akan terpegun melihat kebersihan serta kecantikan sungai ini. Sangat bersih dan terjaga rapi walaupun ia terletak di tengah-tengah bandar. Malah sungai ini juga tidak berbau. Ia seolah-olah menjadi satu tempat yang memberi ketenangan walaupun hanya sebuah sungai buatan.

 

Lokasi: Cheonggyecheon-ro, Sinseol-dong, Jongno-gu, Seoul

 

7) Myeong Dong Market

Imej via flickr

Myeong Dong adalah tempat wajib anda lawati ketika bercuti di Korea. Kawasan ini sangat meriah. Tempat ni merupakan syurga membeli-belah. Pelbagai barangan yang best dijual di sini seperti kosmetik, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi.

Tapi, anda dinasihatkan survey dahulu harga barangan di sini. Ini kerana, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street di dunia.

 

Lokasi: Myeong Dong, Jung-gu, Seoul

 

8) Namdaemun Market

Imej via easytourchina

Jika anda sudah survey harga di Myeong Dong Market, maka, Namdaemun Market adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli-belah. Ini kerana, harga di sini lebih murah. Hampir 1700 buah kedai terdapat di sini. Pelbagai barangan yang terdapat di sini adalah pakaian, peralatan menulis, karya seni, aksesori, topi, mainan, barangan kaca dan banyak lagi.

Di sini juga terdapat pusat jualan borong, memang lokasi yang terbaiklah kalau anda ingin bawa balik cenderamata bagi ahli keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia. Malah, jika kemahiran tawar-menawar anda hebat, mungkin anda akan dapat harga yang super murah.

 

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00malam – 4.00pagi)

Lokasi: 21 Namdaemunsijang 4-gil, Namchang-dong, Jung-gu, Seoul

 

9) Insadong

Imej via teacherspage

Insadong merupakan sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tempat pelukis-pelukis di Korea mempelajari seni lukisan pada zaman Dinasti Joseon (1392-1910). Demi mengekalkan semangat keseniannya, Insadong kini menjadi galeri seni, pakaian, lukisan, kraftangan dan lain-lain lagi. Di sini juga, anda boleh membeli barangan untuk menghasilkan kaligrafi, bermacam jenis teh, hanji (kertas tradisional Korea), hanbok (pakaian tradisional Korea) dan lain-lain lagi.

 

Lokasi: 62, Insadong-gil, Jongno-gu, Seoul

 

10) Namsangol Hanok Village 

Imej via justgola

Namsangol Hanok Village ini sangat meriah kerana pelbagai acara dianjurkan di sini contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi perkampungan ini masih kekal dengan keaslian seni bina dan budaya masyarakat Korea zaman dulu.

Di perkampungan ini terdapat 5 buah rumah tradisional yang di bina menyerupai seni bina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni. Ada rumah rakyat biasa, rumah pegawai tertinggi dan rumah Permaisuri.

 

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 9.00malam)

Lokasi: 28 Toegye-ro 34-gil, Pildong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul

 

Busan

11) Dongbaekseom Island

Imej via bellamarinda

Dongbaekseom Island bukanlah sebuah pulau yang jauh terpisah dari tanah besar. Ini kerana ia telah bercantum dengan tanah di kota Busan kerana proses pemendapan yang berlaku dari tahun ke tahun. Pulau ini sering dikunjungi pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan keindahan lautan. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah monumen yang ditulis dengan puisi Choi Chi-won, patung duyung berdasarkan legenda Princess Hwagok, dan Rumah APEC Nurimaru.

Lokasi: 67, Dongbaek-ro, Haeundae-gu, Busan

 

12) Gwangalli Beach

Imej via perpetualwanderer83

Lautan Gwangalli Beach sangat jernih airnya. Dari pantai ini anda dapat melihat gahnya jambatan Gwangandaegyo. Pada waktu malam, lampu-lampu di sepanjang jambatan ini dibuka, membuatkan jambatan ini nampak sangat cantik.

Waktu terbaik untuk anda merasai keseronokan sebenar di pantai ini adalah pada bulan Oktober ketika Busan International Firework Festival diadakan. Antara pertunjukan yang dijalankan di sini sepanjang festival ini adalah pertunjukan cahaya laser dan bunga api yang penuh warna-warni.

 

Lokasi: 219, Gwanganhaebyeon-ro, Suyeong-gu, Busan

 

13) Taejongdae Park

Imej via seoulkorea

Taejongdae Park merupakan kawasan taman alam semulajadi yang terletak di penghujung selatan Pulau Yeongdo. Di sini turut disediakan kemudahan trem. Anda hanya perlu membayar 1500 Won untuk menaiki trem ini.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Taejongdae Park adalah Observatory untuk melihat pemandangan sekitar, rumah api, tokong dan tapak dinosour. Pastikan anda berpakaian sesuai kerana angina laut di sini agak kuat.

 

Lokasi: 24 Jeonmang-ro, Dongsam 2(i)-dong, Yeongdo-gu, Busan

 

14) Masjid Al Fatah

Imej via buahatikusurgaku

Jika di Seoul, ada Seoul Central Mosque. Di Busan, ada Masjid Al Fatah. Bagi muslim, bercuti ke negara bukan Islam merupakan suatu yang agak mencabar untuk mencari masjid dan juga restoren makanan halal. Namun, jika ada masjid, pasti kawasan sekitar masjid aka nada restoren halal.

Jadi, jika anda singgah solat di Masjid Al Fatah, selepas solat, anda boleh mengisi perut di restoren halal yang terdapat di sini. Perut dan kenyang, barulah seronok nak berjalan semula.

 

Lokasi: 113-13, Geumdan-ro, Geumjeong-gu, Busan

 

15) Sea Life Busan Aquarium

Imej via dichvuhangkhong

Bukan semua orang pandai untuk scuba diving melihat keindahan alam semula jadi di dasar laut. Jadi, bila ada tempat yang memberi anda peluang untuk melihat kehidupan di dalam laut dengan mata anda sendiri, pastilah harus anda manfaatkan peluang ini.

Terdapat hampir 250 spesies haiwan marin berbeza di akuarium ini. Masa yang diambil untuk menikmati keindahan marin di sini adalah dalam sekitar 30 ke 40 minit.

 

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00pagi – 8.00malam) | Jumaat – Ahad (9.00pagi – 10.00malam)

Bayaran: Dewasa 29,000 Won | Kanak-kanak 23,000 Won

Lokasi: 266, Haeundaehaebyeon-ro, Haeundae-gu, Busan

 

Incheon

16) Incheon Bridge

Imej via secc

Panjang Incheon Bridge adalah 21.39 km. Ini membuatkan ia sebagai jambatan yang ketujuh terpanjang di dunia. Dari jambatan ini anda dapat melihat keindahan air laut dan juga bandaraya Incheon. Seni bina jambatan ini juga cukup mengagumkan, pastikan anda merakam video sewaktu berada di atas jambatan ini untuk kenangan anda. Dan pastinya pemandangan di waktu malam akan lebih menarik dengan hiasan lampu yang menerangi jambatan ini.

 

Lokasi: Yeonan-dong, Incheon

 

17) Incheon Grand Park

Imej via studyinkorea

Incheon Grand Park bukanlah taman yang kecil tapi sebuah taman yang sangat ‘grand’ sesuai dengan namanya.  Terdapat gunung-ganang, taman botani, tasik dan rumah hijau di sini. Tanpa mengira musim, Incheon Grand Park sentiasa memiliki landskap yang cantih dan indah.

Bukan hanya itu, taman besar ini juga turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang berbasikal, berkhemah dan perpustakaan kecil di mana anda boleh mendapatkan buku untuk dibaca sambil menghirup udara segar.

 

Waktu Operasi: Mac – Okt (5.00pagi – 11.00malam) | Nov – Feb (8.00pagi – 8.00malam)

Lokasi: 180 Jangsu-dong, Namdong-gu, Incheon

 

18) Jayu Park

Imej via thousandwonders

Jayu Park juga dikenal sebagai Freedom Park. Ia adalah sebuah taman di atas bukit yang memberikan anda pemandangan indah sekitar Incheon. Taman ini dijaga dengan baik. Ia dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan yang indah dipandang terutama sekali pada musim bunga. Kalau anda nak tahu, Jayu Park merupakan taman dengan gaya barat yang pertama di Korea.

 

Lokasi: 25 Jayugongwonnam-ro, Bukseong-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon

 

19) Jeondeungsa Temple

Imej via templestay

Nama asal bagi Jeondeungsa Temple adalah Jinjongsa ketika zaman Dinasti Goryeo. Bangunan utama tokong ini, Daeungbojeon, memiliki seni bina yang begitu cantic seni ukirnya. Di dinding bangunan ini pula tertulis nama-nama pejuang Korea sewaktu penentangan terhadap tentera Perancis pada suatu ketika dahulu. Menurut kepercayaan, nama tersebut ditulis pada dinding untuk member nasib yang baik kepada pejuang-pejuang sewaktu dalam peperangan.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30pagi – 6.30petang)

Bayaran: Dewasa 3,000 Won | Remaja 2,000 Won | Kanak-kanak 1,000 Won

Lokasi: 37-41, Jeondeungsa-ro, Gilsang-myeon, Ganghwa-gun, Incheon

 

20) Incheon Children’s Science Museum

Imej via archdaily

Incheon Children’s Museum adalah sebuah muzium interaktif ykhas buat kanak-kanak. Di sini anda dan anak-anak dapat melihat pelbagai pameran menarik yang dalam masa yang sama dapat mencungkil kreativiti mereka.

Antara pameran interaktif yang terdapat di sini adalah Dino Exploration, Book Study, Teaching Tools Study, Global Village Culture Search, Science Exploration, bilik seni dan bilik 3D.

 

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa & Remaja 13 Tahun Keatas 5,000 Won | Kanak-kanak 6,000 Won

Lokasi: 1 Bangchuk-ro, Gyeyang 2(i)-dong, Gyeyang-gu, Incheon

 

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .