Persoalan harta suami isteri (harta isteri harta suami) nampaknya masih lagi belum jelas. Ini berlaku bila mana ada suami yang dengan sengaja lepas tangan soal nafkah dek kerana si isteri berkerja dan punya gaji.

“Saya seorang isteri yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Bolehkah suami saya lepas tangan dalam soal nafkah?”

Jawapannya adalah TIDAK! Seorang suami wajib memberi nafkah setahap yang dia mampu pada isterinya walau si isteri berkerja dan punya pendapatan sendiri. Suka ataupun tidak, tiada alasan untuk suami lepas tangan untuk soal nafkah ini, termasuk sekali untuk nafkah anak-anak.

harta isteri harta suami
image via : Bidadari.my

Persoalan Harta Isteri Milik Siapa Masih Jadi Persoalan

Walaupun sudah diterangkan oleh agama yang harta isteri si suami tidak boleh usik kerana harta isteri adalah milik mutlak isteri itu sendiri namun masih ada dikalangan suami yang masih tidak faham atau mungkin sengaja buat tak faham.

Di sini akan dikongsikan maksud, ciri-ciri dan hukum yang berkaitan dengan harta isteri dan harta suami. Semoga dengan adanya penjelasan ini para pasangan suami isteri akan menjadi semakin jelas tentang isu yang berkaitan dengan harta masing-masing ini.

Harta Isteri Harta Suami
Image Via : Money Crashers

Maksud Dan Ciri-Ciri Untuk Harta Milik Suami

  • Isteri tidak boleh mengambil harta suami tanpa izin
  • Isteri tidak boleh meminta nafkah yang melebihi kemampuan suami
  • Jika suami kaya tetapi kedekut, isteri boleh ambil harta suami sekadar yang cukup untuk keperluan asas bagi diri sendiri dan anak-anak
  • Isteri tidak boleh ambil sebarang harta suami untuk tujuan yang mengelirukan
  • Isteri boleh sedekahkan sebahagian makanan jika melebihi keperluan
  • Isteri boleh atur sendiri keadaan rumahtangga yang disediakan suami dengan cara yang baik

Definasi Dan Pencerahan Untuk Harta Kepunyaan ISTERI

  • Semua harta yang diperoleh oleh isteri atas usaha titik peluhnya sendiri akan kekal menjadi hakmiliknya sendiri
  • Sang suami haram dari menggunakan harta si isteri dalam apa jua cara sekalipun kecuali dengan mendapat izin dan persetujuan dari si isteri itu sendiri
  • Walau isteri lebih kaya dan bergaji besar namun suami tetap wajib memberikan nafkah zahir dan batin pada isteri
  • Isteri berhak meminta talak jika suami tidak dapat memberi nafkah tidak kira si suami itu miskin mahupun kedekut (bakhil)
  • Jika isteri kaya atau bergaji besar lebih dari suaminya sendiri, maka si isteri boleh berikan zakat atau sedekah pada suaminya sendiri
  • Isteri yang memberi zakat / sedekah pada suaminya akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda yakni pahala zakat dan pahala bantu ringankan beban suami
  • Suami tidak boleh meminta-minta harta isteri melainkan jika isteri sendiri beri dengan senang hati bersama sebuah keikhlasan

Hukum Beri Dan Belanjakan Harta Suami Untuk Keluarga Isteri

Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta. Lagi-lagi untuk harta yang dimiliki atas susah payah dari duit gaji atau simpanan sendiri. Untuk harta sebegini si suami dan isteri kena faham had limit masing-masing untuk harta-harta tersebut.

Walaupun keduanya boleh menjadi waris untuk tuntut harta tersebut selepas kematian, namun soal hak milik selagi masih hidup perlu di beri perhatian. Seorang isteri itu juga perlu menjadi penjaga untuk harta milik suaminya dan jangan pula dibelanjakan pada adik beradik dan keluarga sendiri tanpa keizian si suami itu sendiri.

"

Untuk pengetahuan, seorang isteri yang mengambil apa saja harta suaminya untuk di beri atau dibelanjakan pada keluarganya sendiri tidak ubah seperti seorang pencuri dan perilaku ini sememangnya sangat berdosa. Kerana itu, tolong jangan belanja apa saja harta suami kepada keluarga sendiri melainkan dengan meminta izin dari suami terlebih dahulu.

Isteri Kena Hormat Dan Kena Faham Status

Sebagai seorang isteri, harta milik suami perlu isteri jaga. Contoh paling mudah bila mana seorang surirumah duduk di rumah berserta dengan perabot yang disediakan oleh si suami. Maka tugas isteri adalah untuk menjaga rumah dan segala harta di dalamnya termasuk kehormatan dirinya sendiri sepanjang suami keluar mencari nafkah.

Segala harta benda yang ada tidak boleh diberi pada sesiapa dengan sewenang-wenangnya tanpa keizinan si suami itu sendiri. Isteri kena faham yang harta benda suami tetap tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri melainkan jika suami beri keizinan.

harta isteri harta suami
image via : Today Online

Walau Miskin Dari Isteri, Suami Tetap Wajib Beri Nafkah Yang Sepatutnya

Untuk suami pula, harta seorang isteri tidak boleh dianggap sebagai harta sendiri. Harta isteri tetap harta isteri dan jika isteri tak beri dengan relahati si suami tidak boleh ambil untuk kegunaannya sendiri. Suami juga tidak boleh lepas tangan dalam soal nafkah!

Walau setinggi mana status perkerjaan isteri namun suami tetap perlu beri nafkah pada si isteri mengikut tahap kemampuannya. Jika ditakdirkan isteri ada gaji yang jauh lebih besar maka duduklah berbincang kalau-kalau isteri dapat bantu untuk ringankan beban si suami. Si isteri pun janganlah dek kerana gaji besar mahu tunjuk lagak. Ingat! Isteri yang beri zakat/sedekah pada suaminya akan dilimpahkan pahala yang sangat besar oleh Allah SWT.

Jangan Bergaduh Kerana Harta Tapi Bersamalah Dengan Penuh Cinta

Nabi Muhammad SAW telah sampaikan ajaran dari Allah SWT untuk panduan hidup berumahtangga dengan cara yang sangat indah. Ikutlah dan tetapkanlah hati untuk bersama kerana agama dan cinta. Janganlah dipersia-siakan hubungan yang di bina dek kerana harta.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberi info tentang harta istri dan suami untuk para pasangan suami isteri di luar sana.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.