water heater terbaik
Imej via [Kaodim]

Teringin nak mandi air panas suam-suam di rumah tambah-tambah pada waktu pagi. Terasa nikmatnya seperti berada di hotel, mudahnya mandi air panas pada bila-bila masa sahaja. Apa kata anda pasang water heater sendiri di bilik air rumah anda, bolehlah mandi dengan tenang dan puas!

Terdapat banyak ciri-ciri water heater yang perlu anda ambil tahu supaya tidak tersilap beli. Maklumlah, terlalu banyak teknologi dan jenama yang kian popular di pasaran sekarang. Penting untuk anda ketahui ciri-ciri water heater terbaik untuk mandian atau shower di rumah.

Ciri-Ciri Water Heater Terbaik Dan Berkualiti Bagi Mandian/Shower

water heater terbaik
Imej via [szentlorinc]

Bagi anda yang pertama kali ingin membeli water heater shower, anda harus ketahui ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti yang sesuai. Biarlah duit keluar setimpal dengan kualiti barangnya supaya ia dapat digunakan lama dan tidak mudah rosak. Jom lihat ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti.

  • Pastikan suis heater bagi water heater digunakan supaya litar kuasa dapat ditutup dengan baik dan sempurna.
  • Pilihan water heater yang mempunyai pump lebih baik berbanding tiada pump supaya tidak ada gangguan air untuk keluar dari paip. (Kawasan Water pressure yang tidak stabil seperti flat dan apartment perlu menggunakan pump)
  • Gunakan tiub pemanas jenis seramik untuk mengelakkan terkena elektrik dan masalah kebocoran berlaku
water heater terbaik
Imej via [youtube]
  • Pastikan water heater tersebut mempunyai power saving yang rendah untuk penjimatan elektrik
  • Gunakan water heater yang lengkap dan tidak perlukan penyelenggaraan yang kerap justeru dapat menjimatkan kos
  • Pastikan punca kuasa adalah dari papan suis utama supaya tidak memberi kesan kepada kuasa yang lain.
  • Pastikan paip air tidak diperbuat daripada material jenis logam untuk keselamatan pengguna.

Terdapat 10 jenis pilihan water heater terbaik dan berkualiti yang boleh anda gunakan di rumah anda. Buatlah pilihan yang bijak mengikut kesesuaian, keselamatan, kelengkapan dan juga harga yang berpatutan.

10 Water Heater Terbaik Dan Berkualiti Untuk Mandian/Shower Di Rumah

1. Alpha Water Heater IM-9EP Black

water heater terbaik
Imej via [lazada]

Dengan nilai RM 476, Alpha Water Heater IM-9EP Black ini mendapat ramai pembeli kerana kualitinya juga begitu mantap! Terdapat 5 pilihan spray mandian shower serta lengkap dengan pump serta kawalan pump. Menarik bukan? Water heater terbaik ini amat berkualiti dan tahan lama.

2. WHN115B SHARP Water Heater Basic Hot Shower

water heater terbaik
Imej via [my.sharp]

Water Heater Basic Hot Shower WHN115B berjenama SHARP ini adalah rekaan paling ringkas dan basic untuk kegunaan keluarga kecil. Dengan RM 188, anda boleh menikmati water heater suhu panas dengan waranti yang diberi selama 1 tahun. Ia juga dilengkapi dengan RCD serta Auto-Thermal Cut-Off.

3. Panasonic DH-3LS1MW Instant Water Heater

water heater terbaik
Imej via [shopee]

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran ansuran yang paling murah, anda boleh gunakan water heater terbaik dari Panasonic. Panasonic DH-3LS1MW Instant Water Heater mempunyai ciri keselamatan yang baik dan tekanan airnya pula adalah sederhana iaitu (Max) 380 kPa dan (Min) 9.8 kPa. Water heater terbaik dan berkualiti ini sesuai untuk rumah anda dan keluarga.

4. Alpha Pump Water Heater Shower LH-5000EP 

water heater terbaik
Imej via [lelong]

Alpha Pump Water Heater Shower LH-5000EP ini mempunyai pump untuk tekanan air rendah dimana pengaliran air di rumah anda tidak akan terganggu. Sistem pengaliran dan pengawalan haba boleh digunakan dengan mudah. Ia sangat berkualiti kerana dijamin tiada kebocoran pada tangki.

5. Rinnai REI-A360AP Instant Shower Water Heater with Pump JAPAN 

water heater terbaik
Imej via [lazada]

Water heater terbaik bewarna hitam buatan Jepun ini penuh dengan kelengkapan sistem seperti pengawal haba serta RCD, pengawal haba elektronik, pump juga lighting dan surge protector. Menariknya, Rinnai juga lengkap dengan 5 jenis pilihan handshower. Harganya serendah RM525 sahaja!

6.  Joven Instant Water Heater With Built-In Turbo Booster Pump and Surge Protector 880 Series

water heater terbaik
Imej via [joven]

Dengan harga RM 399, anda boleh mendapatkan Joven Instant Water Heater yang lengkap dengan Tubo Booster Pump dan Surge Protector. Water heater terbaik ini nampak ringkas tetapi ia lengkap dengan sistem keselamatan dan penjimatan.

7. Rubine RWH-FS360N-BCB / RWH-FS360N-MAW Flusso Water Heater 

water heater terbaik
Imej via [rubine]

Diberi 7 tahun warranti, Rubine Flusso Water Heater ini boleh anda gunakan jika inginkan penjimatan. Ia tidak mempunyai pump tetapi mempunyai ciri keselamatan dan rekabentuk yang baik. Sesuai dengan kadar harganya iaitu RM 239.

8. Hitachi HES-48WPY Water Shower Heater 4800W

water heater terbaik
Imej via [hitachiconsumer]

Water heater terbaik dan berkualiti yang anti bakteria dari segi tempat mandian ini sesuai untuk kegunaan anda sekeluarga. Harga mampu milik iaitu RM 599 dengan bayaran bulanan serendah RM99 ini boleh anda miliki. Hitachi HES Water Heater ini lengkap dengan pump dan ciri-ciri keselamatan.

9. Elba Water Heater with AC Pump EWH

water heater terbaik
Imej via [shopee]

Water heater terbaik berjenama Elba ini tampak eksklusif dan menarik! Booster pump menjadikan water heater ini berfungsi dengan lancar tanpa mengalami tekanan air yang rendah. Penapisan dan pengaliran air terjaga rapi dan amat berkualiti.

10. Toshiba DC Inverter Pump Water Heater with Dual Heater 

water heater terbaik
Imej via [shopee]

Toshiba DC Inverter Pump Water Heater with Dual Heater ini bukan calang-calang water heater. Water heater terbaik ini mempunyai kuasa penjimatan power saving sebanyak 60%. Pertukaran habanya berlaku dengan cepat dan tidak berisiko bocor elektrik.

water heater terbaik
Imej via [senheng]

Itulah dia ciri-ciri water heater terbaik dan berkualiti yang boleh anda jadikan panduan untuk mendapatkan satu water heater untuk rumah anda. 10 water heater terbaik dan berkualiti juga telah kami sajikan. Jangan risau, semua water heater ini mempunyai waranti dan kelebihannya yang tersendiri.

Anda boleh lihat lebih lanjut berkaitan harga dan ciri-ciri water heater tersebut. Buatlah pilihan yang tepat. Jemput baca juga 10 Pilihan Vitamin C Terbaik, 11 Bedak Compact Terbaik Wanita dan 7 Moisturizer Terbaik.

Rujukan:

  1. Shopee
  2. Lazada
  3. Lelong

Penulis: zulrina

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.