Perasaan marah, panas baran adalah salah satu penyakit didalam masyarakat masa kini dan kita mestilah belajar untuk menanganinya. Setiap individu pastinya pernah merasai perasaan marah dan ada yang sampai ketahap hilang kawalan diri. Apabila seseorang mencederakan kita, mengugut, menghina kita biasanya kita akan berasa teramat marah. Itu adalah perkara normal bagi seorang manusia. Bagaimana cara kawal perasaan marah tersebut?

 

marah

Tetapi marah boleh menjadi musuh atau menjadi kawan kita bergantung kepada nilai individu seseorang. Contonhnya jika seseorang menghina kita dan kita melepaskan perasaan marah dalam keadaan terkawal dan waras kebiasaannya kesannya adalah positif. Sebaliknya pula akan berlaku jika kita bertindak aggresif dan tidak terkawal maka ia akan memberi kelebihan pula kepada pihak lawan.

Jika kita mampu untuk mengawal emosi dan perasaan kita, ia bukan saja menjamin keselamatan kita tetapi boleh membantu kita menjadi orang yang berjaya. Jika perasaan kita tenang, kita akan dapat mengendali masalah-masalah seperti masalah kewangan, masalah kesihatan dan sebagainya dengan lebih efektif. Sebaliknya, jika kita sentiasa kelam-kabut maka kita meletakkan diri dan kesihatan kita dalam risiko malah masalah kita juga akan bertambah teruk.

Apabila seseorang sedang dikuasai perasaan marah, dia akan enggan untuk melihat atau meneliti masalah sebenar yang dihadapinya. Individu yang sedang marah juga akan menafikan tindakannya walaupun ia sesuatu yang salah. Menafikan sesuatu adalah salah satu sebab utama kenapa seseorang gagal untuk menyelesaikan masalah mereka.

"

Pakar perubatan mental sentiasa berdebat mengenai keperluan mengeluarkan diagnosis kepada pesakit. Mereka berpendapat hasil keputusan diagnosis hanya akan menambahkan lagi masalah mental mereka. Tetapi bagaimana pula seseorang yang bermasalah hendak menyelesaikan masalah mereka jika mereka tidak mengetahui tentang masalah sebenar diri mereka sendiri? Perkara ini memerlukan pesakit untuk menerima kondisi keadaan mereka secara terbuka. Kekeliruan boleh terjadi jika seseorang tidak mengetahui masalah mereka tetapi pergi membuat diagnosis lebih dari sekali ditempat yang berbeza-beza.

Hidup ini penuh dengan masalah dan seseorang hanya membuang masa jika hanya memikirkan masalah mereka tanpa mencari penyelesaiannya. Jika anda tahu punca kepada masalah anda maka ia lebih mudah dan cepat untuk diselesaikan. Marah adalah suatu emosi yang terhasil akibat daripada gangguan dalaman atau luaran dan jika ia tidak ditanganni ia boleh menjadi lebih serius.

Seseorang pastinya ada had mereka sendiri dalam menanggung beban masalah sebelum mereka akhirnya ‘tewas’. Jika masalah ini berlaku kepada anda. maka ia memang memerlukan perhatian yang serius. Sama juga kepada mereka yang mempunyai masalah mental. Mereka juga bukan semuanya mempunyai masalah tidak mampu mengawal perasaan marah. Jika tidak diselesaikan ia akan terus menjadi diri mereka lahiriahnya. Sesetengah orang akan mendapat serangan mental apabila seseorang yang pernah terlibat didalam masa silam mereka itu tiba-tiba muncul didepan mereka.

Kesihatan emosi perlulah dijaga dengan baik. Jika kita tahu mengawal emosi dalam semua situasi, kita sebenarnya selangkah menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Tiada apa yang lebih membanggakan apabila seseorang mampu mengawal dirinya daripada melakukan perkara-perkara negatif dan berjaya mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Apabila anda sering merasakan perasaan positif ini, anda akan mendapat keyakinan untuk menghadapi masalah yang akan mendatang. Adalah penting untuk anda mencari pertolongan daripada seseorang yang boleh membantu anda mengawal perasaan anda. Ia mampu membantu anda mengenali lebih mendalam mengenai perasaan anda sendiri dan mampu membentuk sahsiah diri yang lebih positif.

Perangai dan tingkah laku seseorang banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Jika kita berada dalam persekitaran yang negatif, maka cepat-cepatlah keluar daripada situasi itu sebelum ia mula mengganggu perasaan anda. Berkawan dengan orang-orang yang positif juga boleh membantu anda menjadi seorang yang positif.

Tingkah laku yang buruk akan membawa kepada perasaan marah yang keterlaluan. Dan jika kita berfikiran negatif, maka hasilnya juga adalah negatif. Oleh itu melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif boleh memberi kebaikan kepada gaya hidup kita sekaligus membantu kita mengawal emosi kita termasuk perasaan marah. Cara menangani perasaan marah bergantung kepada situasi dan ia juga boleh melibatkan orang lain.

 

Kredit gambar : javaman74

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.