Setiap bakal pengantin mesti akan susah hati dan pening kepala, yelah warna apa nak pakai nanti di hari bernikah dan bersanding? Warna mana yang sesuai untuk dipadankan dengan bentuk badan dan tona warna kulit agaknya.

Untuk pengetahuan, tips pemilihan warna baju nikah dan bersanding ini perlu menitikberatkan ke dua-dua pasangan. Yakni perlu ambil kira tentang si pengantin perempuan dan juga si pengantin lelaki. Akan tetapi, pengantin perempuan hendaklah di beri keutamaan kerana yang akan menjadi perhatian ramai adalah si pengantin perempuan itu sendiri.

tips pilih warna baju pengantin

image via : Wedpedia

 

Tips Pilih Warna Baju Pengantin Yang Perlu Diberi Perhatian

Tips pemilihan warna pakaian pengantin memang penting berdasarkan warna kulit. Pemilihan warna baju ikut cara yang betul bukan saja akan menampakkan si pengantin makin cantik malah turut berser-berseri.Pemilihan baju pengantin yang betul amatlah penting bagi menyambut hari bahagia setiap insan yang bergelar raja sehari. Justeru itu, beberapa tips berguna yang boleh diikuti supaya kejelitaan raja sehari tidak tengelam. 

Antara tips pemilihan warna baju pengantin adalah ;

  • mengikut warna kulit
  • mengikut bentuk tubuh badan
  • mengikut tema majlis

1) Tips pilih baju pengantin mengikut warna kulit pasangan 

Disini terdapat beberapa tona warna kulit. Setiap tona warna kulit ini ada kelebihan dan kekurangannya. Justeru itu, untuk menaikkan lagi seri pengantin, pengantin perlu bijak dalam pemilihan warna baju dan tona warna kulit. 

  • Putih gading 

Wow, putih gading adalah tona warna kulit yang putih dan sesuai menyarungkan pelbagai rona warna. Dan untuk menaikkan seri wajah pengantin ketika bergambar, mereka disarankan untuk memilih warna baju yang kontra dengan kulit mereka. Contohnya untuk warna kelabu, biru, ungu, merah. Warna-warna ini mampu membuatkan raut wajah kelihatan lebih cerah dan bercahaya. 

Elakkan pemilihan warna pastel atau pudar. Ianya akan menyebabkan tona warna kulit kelihatan pucat dan tidak bermaya. Tetapi sekiranya pengantin mahukan juga warna-warna seperti ini, make up memainkan peranan yang sangat besar untuk menaikkan seri muka.

  • Kuning langsat / cerah

Kuning langsat bermaksud putih yang kekuning-kuningan. Tidak terlalu putih dan bukan juga berkulit berwarna hitam. Kulit warna ini adalah kulit wanita Asia. Untuk bakal pengantin yang berkulit cerah, anda boleh pilih warna yang menyerlahkan lagi keanggunan anda seperti warna merah terang, biru gelap, ungu pekat, merah pekat dan sebagainya.

Elakkan pemilihan rona warna krim, coklat, dan oren. Warna seperti ini menyebabkan wajah pengantin kelihatan kusam dan tidak bermaya. Contoh warna baju untuk kulit kuning langsat / cerah 

  • Sawo matang 

Pemilik kulit sawo matang ini lebih gelap berbanding kulit kuning langsat tetapi kebiasaannya warna kulit seperti ini juga adalah warna kulit wanita Asia. Warna kulit seperti ini sesuai menggayakan pelbagai warna. Walaubagaiman sekali pun, tetap ada warna yang akan menengelamkan keserian wajah atau menyebabkan wajah kelihatan suram dan tidak berseri. Antara warnanya adalah seperti warna coklat gelap dan kuning.

  • Hitam manis / gelap

Tona warna ini agak gelap sedikit daripada tona kulit sawo matang. Justeru itu, pemilik tona kulit ini perlu bijak dalam pemilihan warna baju pengantin. Bagi mereka yang mempunyai tona warna ini warna baju yang paling sesuai adalah merah, jingga, hijau, plum, kuning dan royal blue. Ianya membantu menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit serta menaikkan seri wajah. 

Ohya pengantin lelaki selalunya ramai yang berkulit hitam manis / gelap. Ini adalah contoh warna baju melayu untuk pengantin lelaki berkulit gelap.

tips pilih warna baju pengantin

image via : Pengantin Baru

2) Bentuk badan 

 

  • Berbadan gempal

Semua pasangan pengantin mahu kelihatan cantik di hari bersejarah mereka. Justeru itu, pemilihan baju haruslah bersesuaian dengan bentuk tubuh badan. Bagi mereka yang mempunyai tubuh yang agak besar, warna yang sesuai adalah hitam, coklat gelap, biru, hijau. Warna ini mampu membuatkan pengantin kelihatan langsing. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang kerana ia akan meyerlahkan kegempalan kita. 

tips pilih warna baju pengantin

image via : MStar

 

  • Berbadan kurus 

Bagi mereka yang mempunyai saiz tubuh yang kecil atau kurus, pemilihan pakaian pengantin bukanlah menjadi masalah utama kerana setiap pakaian yang dipakai akan kelihatan menawan dan menarik.

3) Mengikut tema majlis 

Sudah menjadi lumrah dalam majlis perkahwinan, tema merupakan salah satu agenda penting dalam majlis perkahwinan. Justeru itu, pemilihan baju haruslah mengikut tema perkahwinan supaya pengantin kelihatan sedondon dengan tema yang disediakan. 

  • Cadangan Warna Trendy Untuk Tema Moden

Sekiranya pengantin memilih tema moden, warna baju pengantin yang sesuai bagi tema ini adalah warna royal blue bersama toxedo (pemilihan pakaian lelaki). Hal ini disebabkan warna royal blue kelihatan menarik dengan tema morden ini.  Walaubagaiman sekali pun, terdapat juga warna yang sesuai bagi tema morden ini seperti hijau dan merah hati. 

  • Cadangan Warna Klasik Untuk Tema Tradisional

Manakala bagi pemilihan tema tradisional warna baju pengantin yang sesuatu adalah warna kuning, coklat atau ungu. Bagi kelihatan tradisional lagi, pemilihan kain yang berasaskan songket, pemilihan kebaya songket atau baju tenunan amatlah digalakkan. Tema seperti ini juga amatlah mudah dan menjadi pilihan ramai kerana ianya tidak luput dek zaman. Walau bergaya klasik, pastikan design baju juga up-to-date! Jika nak play safe, pilih baju dari kain songket atau kebaya moden.

tips pilih warna baju pengantin

image via : Wedpedia

 

Nak Kahwin? Sedang Cari Baju Pengantin Yang Sesuai? Boleh Gunakan Tips Pilih Warna Baju Pengantin Untuk Mudahkan Urusan

Itulah serba sedikit tips bagaimana untuk menentukan warna baju nikah yang sesuai mengikut warna kulit, tubuh badan dan tema majlis perkahwinan. Warna baju pengantin tidak boleh ditentukan mengikut trend terkini bagi sesuatu tahu seperti warna baju pengantin 2019, warna baju pengantin 2020, warna baju pengantin 2021 atau sebaliknya. Tapi, warna baju nikah dan bersanding ini hendaklah ditentukan mengikut ciri-ciri si pengantin itu sendiri.  Baca juga panduan untuk mengenali suami beriman, cabaran kahwin muda.

 

Sumber :

 

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.