Ibu bapa pastinya berharap agar anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan diberikan minda yang cerdas untuk belajar. Salah satu rutin harian mereka adalah berdoa. Terdapat banyak doa penerang hati untuk anak amalkan serta doa yang boleh dibaca oleh kedua ibu bapa dalam mendoakan anak-anak.

Doa penerang hati amat penting bagi memudahkan anak belajar dengan baik, mudah hafal atau ingat sesuatu pelajaran tersebut. Ada doa yang mudah diingati kerana ia seringkali kita bacakan dalam solat. Ada juga doa yang ringkas sering kita bacakan dalam Al-Quran. Jom baca dan amalkan doa penerang hati untuk anak. Ajar juga anak anda untuk amalkannya.

doa penerang hati
Imej via [celikalquran]

#1 Surah Hud (Ayat 1-4)

doa penerang hati
Imej via [alquranmulia]

Tafsiran: bismillaaHir rahmaanir rahiim
(“Dengan menyebut nama Allah Yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang.”)
“1. Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatNya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha tahu

2. agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya

3. dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.

4. kepada Allah-lah kembalimu, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Huud: 1-4)

#2 Surah Al-Anbiya’ (Ayat 79)

doa penerang hati
Imej via [bliss-infinity]

“Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”

Doa yang mempunyai zat yang kuat ini adalah doa penerang hati yang juga perlu anak amalkan. Selain memuji Allah, kita juga meminta semoga dipermudahkan urusan serta menjadikan jiwa lebih tenang.

#3 Surah Al-Qasas (Ayat 51-55)

doa penerang hati
Imej via [khasiatquran2u]

51:  Dan sesungguhnya telah Kami (Allah) sampaikan berturut-turutan perkataan (al-Qur’an) kepada mereka, agar mereka mendapat peringatan.
52:  Orang yang Kami (Allah) datangkan kepada mereka kitab sebelumnya (al-Qur’an), mereka pun beriman dengannya.

53:  Dan apabila dibacakan (al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata: “Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia (al-Qur’an) adalah suatu kebenaran daripada Rab (Tuhan) kami, sesungguhnya kami sebelumnya (al-Qur’an diturunkan) telah pun Muslimin (orang yang menyerah).
54:  Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami (Allah) rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.
55 Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya, dan mereka berkata: “Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Salam atas kamu, kami tidak inginkan orang jahil.”

#4 Surah Taha (Ayat 25-28)

doa penerang hati
Imej via [abubasyer]

Maksudnya: Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha, ayat 25-28)

Sekiranya anak masih bersekolah, doa penerang hati yang ringkas ini perlu dijadikan amalan sejak berada di rumah lagi. Bacakannya pada setiap pagi, ketika tiba di sekolah dan juga ketika sesuatu urusan yang mereka lakukan.

#5 Surah An-Nur (Ayat 35)

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.

Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

#6 Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)

doa penerang hati
Imej via [oneblogcopas]
  1. Alif laam miim.
  2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
  3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
  4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
  5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

#7 Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)

doa penerang hati
Imej via [wajibbaca]

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Dan, Kami telah menurunkan bebanmu darimu yang memberatkan punggungmu dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu. Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan. Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.”

Surah ini amat mudah dihafal kerana sejak kecil lagi anak mungkin telah menghafalnya. Amalkan setiap hari sebelum mula belajar dan melakukan sesuatu. Hati akan lebih tenang, dada lapang dan lebih mudah menerima ilmu.

#8 Surah Ali Imran (Ayat 169 -171)

عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [٣:١٦٩] فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٣:١٧٠] يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [٣:١٧١]

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan AlLah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi RABB mereka dengan mendapat rezeki;  

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan AlLah (balasan kerana mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

#9 Ayat Kursi

doa penerang hati
Imej via [surah]

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Ayat kursi boleh dibaca pada bila-bila masa untuk melindungi diri dan meminta perlindungan daripada Allah SWT. Ia juga adalah salah satu doa penerang hati yang harus anak amalkan setiap hari sebelum mula belajar.

# 10 Surah Al-Fatihah

doa penerang hati
Imej via [surah]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Fatihah adalah surah wajib kita baca untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap urusan dan memudahkan pembelajaran anak-anak. Doa penerang hati ini mempunyai banyak manfaat jika diamalkan.

# 11 Surah Al-Ikhlas

doa penerang hati
Imej via [petuamurahrezki]

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

#12 Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Bacalah selawat sebanyak 3 atau 11 kali sebelum membaca doa-doa lain. Lebih banyak selawat akan dapat menenangkan hati anak untuk menduduki peperiksaan. Ia juga boleh diikuti dengan doa penerang hati yang lain.

doa penerang hati
Imej via [int3tree]

Itulah dia 12 doa penerang hati untuk anak-anak amalkan. Begitu juga dengan anda, bacalah untuk sama-sama mendoakan anak. Lebih elok lagi, ajarlah anak anda doa penerang hati yang dikongsikan, semoga semua urusan mereka berjalan dengan lancar.

Jom baca juga Doa anak periksa, Adab ziarah kubur, Doa murah rezeki dan doa bayi tidur lena.

Rujukan:

  1. himpunandoa
  2. akalcerdas
  3. facebook

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.