Risau bila anak batuk tak henti-henti, macam-macam cara buat tapi tetap tak berkesan. Batuk anak-anak pun tak sama, ada yang batuk dengan sekali kahak, ada yang batuk serak basah, ada batuk yang macam kering tekaknya.

Semestinya ia amat bahaya untuk bayi kecil kerana mereka mungkin tidak mampu mengharungi kesakitan batuk dan mungkin juga ia disebabkan oleh sistem imunisasi yang rendah. Jangan bimbang lagi, jom kenali 13 jenis batuk bayi yang bahaya dan sering terjadi. Mungkin anda dapat ketahui punca dan cara atasinya nanti.

13 Jenis Batuk Bayi Yang Bahaya

bayi batuk
Imej via [parenting]

Terdapat 13 jenis batuk bayi yang bahaya dan sering berlaku. Sebagai ibu bapa, kita haruslah prihatin dan ketahui masalah kesihatan anak kita supaya tidak menyesal di kemudian hari. Setiap jenis bayi batuk yang dinyatakan, pasti ada cara atasi dan rawatannya.

1. Bayi Batuk Selsema Dan Kahak

Bayi batuk akibat selsema dan sinus selalunya disertakan dengan kahak sekali. Sama ada pagi, tengahari atau malam, banyak kahak-kahak batuk yang akan keluar. Batuk akibat selsema ini boleh diatasi dengan mandian air hangat dan minum air yang banyak. Jika tidak dirawat, kemungkinan ia akan melarat, cepat-cepat bawa berjumpa dengan doktor sekarang!

2. Bayi Batuk Biasa

Bayi batuk akibat kekurangan air atau tekak gatal tidak perlu anda risaukan. Berikan mereka minum sedikit air dan mereka akan elok seperti sediakala. Jika bayi kerap batuk pula, teruslah bawa berjumpa doktor. Berikan minuman dan makanan yang betul dan sesuai pada bayi anda.

bayi batuk
Imej via [haibunda]

3. Bayi Batuk Croup

Selalunya bayi batuk disebabkan oleh croup ini akan batuk seperti menyalak. Anda boleh kenal pasti bayi batuk dengan cara batuk mereka. Untuk pengetahuan anda, croup adalah penyakit virus pada tekak dan juga kotak suara yang menyebabkan suara boleh bertukar semasa selsema.

4. Bayi Batuk Infeksi Paru-Paru

Sekiranya dalam tempoh bayi batuk, bunyi pernafasan menjadi pelik dan berbeza dari biasa, ia mungkin adalah batuk infeksi paru-paru. Ia terjadi melalui bakteria Bordetella Pertunis yang menjadi punca bayi sering sakit-sakit kerana melibatkan iritasi pada saluran nafas. Pastikan bayi mendapat udara yang bersih dan selamat di tempat tinggal anda.

5. Bayi Batuk Kering

Bayi batuk kering amat bahaya kerana boleh menyebabkan luka, sakit tekak dan rasa tidak selesa. Bayi harus dirawat dengan segera. Batuk kering juga sering kedengaran seperti bunyi gonggong dari bayi. Dengar sahaja itu, tahulah anda bahawa bayi anda mengalami batuk kering.

bayi batuk
Imej via [tasneemnaturel]

6. Bayi Batuk Alergi Atau Alahan

Bayi batuk disebabkan oleh alergi dan alahan dari bulu haiwan, debu, habuk dan lain-lain faktor juga sering berlaku. Ia sangat berbahaya kerana akan menyebabkan kesihatan baik bertambah buruk. Antaranya bayi mungkin akan berkahak, naik bintik merah dan bengkak rongga hidung.

7. Bayi Batuk Lendir (Gastroesophageal reflux) 

Bayi batuk lendir atau disebabkan oleh gastroesophageal reflux ini selalunya mengandungi kahak atau lendir dari bayi. Bayi juga akan mengeluarkan sedikit susu ketika batuk. Anda dapat lihat bayi tidak selesa sepanjang hari mereka dimana gejala perut tak selesa, sendawa, merengek dan lain lagi sering terjadi.

8. Bayi Batuk Tercekik 

Makanan yang tersangkut dibahagian tekak atau saluran pernafasan akan menyebabkan bayi batuk. Bayi akan tersedak dan batuk-batuk. Adakalanya mereka akan muntah air setelah batuk. Bayi juga akan batuk sebegini jika mereka memasukkan sesuatu ke dalam mulut atau jika tercekik sesuatu.

bayi batuk
Imej via [parenting]

9. Bayi Batuk Asma

Bayi juga sering mengalami batuk disebabkan asma. Batuk asma selalunya terjadi pada waktu malam atau ketika cuaca dingin. Namun, faktor debu, habuk dan pencemaran bahan kimia juga adalah puncanya. Bayi harus diberikan rawatan dan ubat sekiranya batuk asma berlaku.

10. Bayi Batuk Cystic fibrosis 

Batuk akibat Cystic Fibrosis ini adalah penyakit genetik yang terhasil daripada pembentukan lendir tebal di paru-paru bayi. Bakteria telah membiak pada lendir dan menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Ia amat bahaya dan sering berlaku dalam kalangan bayi batuk.

11. Batuk Jangkitan Bronkiolitis

Batuk jangkitan bronkiolitis adalah batuk yang disebabkan oleh virus yang terdapat didalam saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia sering berlaku kepada bayi semasa musim sejuk dan hujan. Mereka akan batuk berdehit dan berbunyi seperti bersiul dan parau.

bayi batuk
Imej via [alodokter]

12. Sawan Batuk

Sawan batuk turut terjadi apabila bayi tidak dapat bernafas dengan baik kerana bakteria di saluran pernafasan telah menghalang ruang pernafasan. Puncanya adalah bakteria pertusis telah menyerang lapisan saluran udara dan menjadikannya bengkak. Ambillah tindakan dari awal dan jangan biar keadaan menjadi lebih teruk.

13. Bayi Batuk Pneumonia

Ramai ibu bapa yang tidak sedar bahawa anak mereka menghadapi batuk pneumonia. Pada awalnya, bayi akan batuk secara kasar, berkahak dan basah. Bayi juga akan mengalami selsema yang panjang. Ia adalah tanda mereka mengalami batuk pneumonia.

Pneumonia adalah keadaan dimana paru-paru telah berisi penuh dengan cecair yang menyebabkan bayi sering batuk-batuk. Ia amat berbahaya dan mempunyai risiko yang tinggi untuk bayi. Kemungkinan bayi juga akan mengalami sakit paru-paru sekiranya batuk tidak dirawat dari awal lagi.

bayi batuk
Imej via [hellosehat]

Itulah dia jenis bayi batuk yang bahaya wajib anda ketahui. Jalan penyelesaian kepada jenis bayi batuk yang bahaya juga harus dikenalpasti untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jom baca juga Cara merangsang bayi merangkak, Petua dan doa bayi tidur lena, Cara banyakkan susu badan bayi dan Tahnik bayi.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. my.theasianparent
  3. hmetro

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.