Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya kita akan sentiasa alert tentang keadaan sicomel untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik dan normal. Pastinya anda akan sentiasa memeriksa suhu bayi anda, risau kalau anak anda demam. Satu lagi perkara penting yang perlu selalu diperhatikan ialah pernafasan bayi anda.

Adalah sangat penting untuk anda sentiasa memastikan bayi anda bernafas dengan baik tanpa sebarang bunyi atau tersangkut-sangkut iaitu semput. Nafas berbunyi atau wheezing adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan sistem pernafasan dan dada bayi anda.

Ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan sebab nafas bayi berbunyi dan tindakan segera yang mak ayah perlu lakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan nafas bayi berbunyi?

Nafas bayi berbunyi bermaksud anda boleh mendengar bunyi dari dada bayi anda setiap kali bayi anda bernafas. Bahasa inggerisnya ialah wheezing. Bunyi tersebut boleh didengar apabila anda merapatkan telinga ke dada bayi anda atau pun untuk kes wheezing yang teruk, anda boleh mendengar bunyi nafas bayi anda apabila berada dekat dengan bayi.

Nafas berbunyi atau wheezing biasanya dikaitkan dengan asma atau lelah. Nafas mungkin berlaku setiap masa atau pun cuma berlaku semasa bayi anda tidur. Adakah nafas berbunyi sesuatu yang merbahaya? Secara umumnya, nafas bayi berbunyi adalah sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir.

Ini kerana bayi yang baru dilahirkan mengalami perubahan persekitaran iaitu dari dalam rahim ke dunia luar di mana dia perlu bernafas dengan sendiri. Oleh itu, paru-paru bayi anda masih berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

"

Walau bagaimana pun, jika anda merasakan ada yang tidak kena atau bunyi nafas bayi anda semakin teruk atau terlalu kerap, segera bawa bayi anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Apakah punca nafas bayi berbunyi?

Selain keadaan paru-paru bayi yang sedang berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru, nafas bayi berbunyi boleh menjadi petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda. Di antara punca nafas bayi berbunyi yang perlu anda perhatikan ialah:

  • Saluran pernafasan yang tersumbat. Nafas bayi anda berbunyi mungkin disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat berpunca dari lendir seperti kahak dan hingus. Kehadiran lendiran ini adalah punca adanya bunyi apabila bayi anda bernafas. Di antara punca utama adanya lendir pada saluran pernafasan bayi anda ialah batuk atau selsema yang teruk, asma, atau jangktan pada saluran pernafasan bayi anda.
  • Saluran pernafasan yang sempit atau juga dikenali sebagai ‘stridor’ atau ‘laryngomalacia’ . Ini adalah keadaan yang ada sejak bayi anda dilahirkan. Saluran pernafasan yang sempit perlu dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan bayi anda mengalami sesak nafas lalu meninggal dunia.
  • Jangkitan pada trakea, bronkus dan larynx juga boleh menjadi punca nafas bayi anda berbunyi. Adalah sangat penting untuk anda merawat jangkitan ini dengan segera agar tidak menjadi semakin buruk. Itulah sebabnya kenapa anda perlu membawa bayi anda ke klinik untuk pemeriksaan dengan segera jika nafas bayi anda berbunyi.
nafas bayi berbunyi
Sumber: Babycentre

Apakah yang perlu dilakukan oleh mak ayah jika nafas bayi berbunyi?

Sebaik sahaja anda perasan yang nafas bayi anda berbunyi, anda perlu selalu memerhatikan keadaan bayi anda. Perhatikan sama ada bunyi tadi sudah hilang atau semakin kuat? Adakah bunyi nafas bayi anda semakin kerap? Sebaik sahaja suara bayi anda bertukar menjadi garau, ia adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan sistem pernafasan bayi anda. Oleh itu bawa bayi anda ke klinik dengan segera.

Jika nafas bayi anda berbunyi dan pada masa yang sama bayi anda juga demam, batuk, dan selsema, ia adalah tanda bahawa bayi anda telah terkena jangkitan virus atau selsema. Oleh itu anda perlu membawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Jangkitan kuman dan bakteria yang tidak dirawat dengan segera boleh menjadi semakin serius dan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan bayi anda.

Satu lagi perkara yang perlu anda perhatikan ialah lihat sama ada bayi anda aktif seperti biasa atau mulai diam dan tidak bermaya. Bayi yang kurang aktif dan lemah adalah petanda bayi anda sedang sakit. Jika bayi anda mulai tidak aktif dan nafasnya masih berbunyi, jangan berlengah untuk membawa bayi anda ke klinik dengan segera.

Seterusnya, perhatikan sama ada bayi anda menyusu seperti biasa atau sebaliknya. Bayi yang kurang menyusu adalah signal bahawa adanya masalah dengan sistem pernafasan atau paru-paru bayi anda sehingga menyebabkan nasafnya berbunyi. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.

Jika nafas bayi anda berbunyi seperti bersiul, itu adalah tanda bahawa bayi anda mengidap asma. Anda perlu membawa bayi anda ke klinik dengan segera kerana asma yang tidak dirawat akan menjadi semakin parah. Lama-kelamaan saluran pernafasan bayi anda akan semakin mengecut dan mengecil dan menyebabkan bayi anda langsung tidak dapat bernafas lalu menyebabkan kematian.

nafas bayi berbunyi
Sumber: Verywellhealth

Itulah dia info tentang nafas bayi berbunyi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang punca bayi lambat merangkak dan bayi batuk

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.