Sekali lagi kami angkat menu tradisional sajian istana silam ini. Resepi gulai ikan masin tumis darat. Resepi sedap yang mampu mengenang memory lama.

Gulai ikan masin pula paling sedap kalau dicampur nenas. Sesiapa yang pernah makan gulai ikan masin tumis darat ini, jangan pernah pikir ingin diet. Apalagi kalau dapat makan dengan nasi panas, lupa dunia dibuatnya.

Teringin mencuba resep gulai ikan kering?

Pada tulisan kali ini kami hadirkan resepi gulai ikan kering tumis darat yang dikreditkan kepada Mariana Zainal yang berkongsi di laman Facebook. Selepas sahaja resepi ini dikongsikan, ia terus mendapat sambutan ramai terutama dari penggemar gulai ikan.

Tanpa membuat anda tertunggu, jom cubakan resepinya di bawah ini. Sila kongsikan gulai ikan air tangan anda kepada jiran-jiran. Selamat mencuba.

Resepi Gulai Ikan Masin Tumis Darat

gulai ikan tumis darat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2-3 ekor ikan duri masin/ikan talang masin lagi sedap (potong ikut suka),
  • Rendam ikan dalam air panas untuk kurangkan rasa masin ikan.
  • Kemudian basuh dan toskan.

Bahan Kisar :

  • 1 ½ biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 cawan air,
    (kisar bahan ini)
  • 2 paket kecik rempah kari ikan baba’s (bubuh brand lain pun boleh),
  • 4 cawan santan daripada sebiji kelapa,
  • 1 sudu teh gula,
  • Sedikit bahan perasa jika suka,
  • Sedikit garam,
  • ½ cawan air asam jawa sederhana cair (kalau bubuh nenas jangan bubuh air asam jawa atau asam keping),
  • Terung panjang (terung bulat pun boleh) dan kacang panjang.

Bahan Tumis Darat :

  • 2 biji bawang besar(hiris),
  • 3 ulas bawang putih(hiris),
  • 3 tangkai daun kari,
  • 1 sudu teh halba campur (kalau tidak suka jangan bubuh),
  • 4-5 tangkai cili kering (potong serong),
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula, sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit bagi rempah masak elok.
  2. Kemudian masukkan santan dan ikan masin (guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan pecah santan).
  3. Jika sudah mula mendidih, masukkan terung dan kacang panjang.
  4. Bila sayuran sudah lembut sesuaikan rasa (kalau kurang masin boleh bubuh garam).
  5. Tutup api dan ketepikan.
  6. Seterusnya, panaskan minyak. Tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
  7. Kemudian tuang bahan tumis darat ke dalam bahan berkuah tadi dengan minyaknya sekali.
  8. Kacau rata. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gulai ikan masin tumis darat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.