Jom ketahui 10 makanan antikanser sebagai teman baik anda!

Setiap orang perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi. Begitu juga dengan pesakit kanser. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya tak ada makanan spesifik yang dapat sembuhkan kanser.

Namun begitu, amalan pemakanan ialah faktor penting yang perlu ditekankan oleh pesakit kanser. Ini kerana jenis kanser dan rawatan yang diterima akan meningkatkan keperluan badan. Maka, keperluan pemakanan bagi setiap pesakit juga menjadi berbeza.

Menurut Institut Kanser Negara, rawatan antikanser seperti radioterapi dan kemoterapi akan memberi pelbagai kesan sampingan. Salah satunya terhadap selera makan. Oleh itu, pesakit kanser perlu makanan yang baik dan berkhasiat supaya lebih sihat ketika menjalani rawatan.

Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi 10 jenis makanan antikanser yang bagus diamalkan. Namun, perlu diingatkan, makanan seimbang juga perlu diambil supaya tubuh badan lebih bertenaga dan sihat.

Garam Galian

Badan pesakit kanser mempunyai kandungan asid yang tinggi, sama seperti orang yang normal. Namun, pesakit kanser berisiko alami komplikasi lain disebabkan sel antibodi badan yang lemah.

Jadi, sel-sel kanser akan kecut dan tak mudah membiak apabila darah pesakit bersifat alkali iaitu pada nilai pH8. Bagaimana caranya? Langkah terbaik ialah pesakit perlu mengambil lebih banyak sumber garam galian dalam diet harian. Garam galian akan menyebabkan proses pengionan.

Garam galian ialah sumber bukan organik yang diperoleh daripada tanah dan air yang diserap oleh haiwan dan tumbuhan. Misalnya kalsium, potasium, zink, zat besi dan sebagainya.

Antara makanan yang tinggi kalsium ialah tenusu, sayuran hijau, ikan salmon dan sardin. Manakala bagi potasium pula ialah brokoli, badam, pisang, avocado dan kacang pis.

Bagi membentuk komponen sel darah merah, makanan yang kaya dengan zat besi diperlukan seperti ayam, ayam belanda, telur dan bijirin. Malahan, makanan yang kaya dengan zink seperti gajus, yogurt, daging merah, tiram dan sebagainya juga perlu diambil.

Kunyit

Di dalam kunyit terdapat sejenis bioenzim yang dipanggil curcumin tanin. Bioenzim ni dapat menyekat bekalan makanan yang diserap oleh sel-sel kanser. Ini dapat mengelakkannya daripada terus membiak dan menjadi ketumbuhan yang aktif.

Bahan aktif di dalam kunyit ni memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan kuat seperti vitamin C dan E. Seperti yang diketahui umum, kunyit ialah agen antibakteria dan antiseptik semula jadi.

Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah kanser payudara dan prostat. Malahan, penggunaan kunyit juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukimia bagi kanak-kanak.

Nanas

Buah-buahan seperti nanas mengandungi campuran enzim proteolitik seperti bromelain yang dapat melawan kanser. Enzim ni dikatakan amat baik untuk memecahkan sel kanser.

Lapisan protein yang melindungi nukleus (pusat sel kanser) boleh dipecahkan dengan memakan buah nanas yang mempunyai ektrak bromelain. Apabila nukleus dimusnahkan, pusat utamanya akan terdedah dan terapung di dalam darah. Oleh itu, sel-sel kanser tersebut mudah dimusnahkan.

Bawang

Kebaikan bawang dalam melawan sel kanser tak boleh dipertikaikan lagi. Pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser, Dr Yasmeen Farouk Mohamed mengatakan bahawa bawang putih dan bawang besar digalakkan dimakan secara mentah. Manakala, bawang Bombay lebih sesuai dimasak.

Dikatakan bahawa bawang putih ialah makanan terbaik untuk menjauhi diri daripada risiko kanser. Kajian mendapati bahawa orang yang banyak makan bawang putih kurang risiko mendapat kanser esofagus, perut dan usus.

Bau tajam yang terhasil daripada bawang putih disebabkan oleh komponen yang dipanggil allicin. Komponen inilah yang bersifat antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida yang bagus untuk pesakit kanser.

Durian Belanda

Durian belanda ialah sejenis buah eksotik yang mempunyai jus yang manis dan isi yang berserat. Ada pihak yang mengatakan bahawa kemampuannya membunuh sel kanser 200 kali ganda lebih berkesan berbanding kemoterapi.

Walaupun kesahihan fakta ni masih diperdebat, namun tak salah untuk kita mencubanya. Buah ni mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis. Angioegenesis ialah proses pembentukan saluran darah yang baru. Di mana, ia akan menjadi permulaan pertumbuhan kanser.

Aprikot

Pengambilan kapsul berasaskan biji aprikot merupakan rawatan alternatif bagi penyakit kanser. Rawatan menggunakan biji aprikot yang kaya dengan amygdalin iaitu vitamin B17 disokong oleh ramai pengamal perubatan di negara kita.

Vitamin B17 dapat membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel sihat di dalam tubuh. Selain itu, khasiat vitamin ni ialah dapat tingkatkan kecergasan pesakit yang sedang menjalani terapi.

Dalam vitamin B17, terdapat satu komponen penting iaitu benzaldehyde yang akan membunuh pusat sel kanser sepenuhnya.

Manggis

Selain rasa isinya yang manis, buah manggis mempunyai banyak khasiat. Terdapat sejenis enzim di dalamnya iaitu polyphenols yang bagus diambil setelah sel-sel kanser musnah. Kulit manggis dikatakan mengandungi antioksida yang kuat dan dapat mengelak penyakit kanser merebak dan berulang.

Selain itu, kulit manggis mempunyai pelbagai bahan bioaktif seperti asid fenolik dan flavonoids yang baik untuk mengurangkan risiko kanser. Komponen fitokimia di dalamnya juga mempunyai kemampuan untuk atasi keradangan. Oleh itu, ia dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Teh Hijau

Teh hijau cukup dikenali sebagai minuman yang kaya dengan antioksida. Dengan meminumnya secara konsisten dikatakan bahawa dapat kurangkan risiko kanser payudara, kanser kelenjar prostat dan kanser usus.

Teh hijau mempunyai sifat antiangiogenesis, selain boleh membuang toksin. Malahan, teh hijau juga ada folifenol yang dapat melawan sel kanser. Oleh itu, dengan meminumnya setiap hari dapat menangkis radikal bebas yang dapat merosakkan sel-sel sihat.

Yang lebih menarik lagi, komponen catechin dalam teh hijau boleh kecutkan ketumbuhan. Malahan, ia dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser yang baru.

Tomato

Kebaikan utama tomato untuk pesakit kanser ialah ia dapat melindungi sel DNA daripada rosak, yang mana boleh risiko menjadi kanser. Tomato kaya dengan antioksida lycophene yang dapat mencegah sel kanser daripada menjadi aktif.

Warna merah pada tomato juga mempunyai likopen yang membantu mencegah pertumbuhan sel kanser payudara. Tomato boleh dimakan mentah sebagai salad atau juga dijadikan jus dan dimasak dengan hidangan.

Lemon

Menurut laman web Food for Breast Cancer, lemon mempunyai ciri-ciri antikanser yang baik. Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga merupakan sumber asid klorogenik, didymin, eriocitrin, hesperedin dan sebagainya. Kesemua sumber ni terbukti mempunyai sifat antioksida dan antiradang.

Alkohol perillyl, hesperedin dan limonin terbukti menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Dalam kajian di makmal, ekstrak lemon menunjukkan kematian sel yang diprogram daripada hormon sel kanser yang positif.

Akhir kata, semoga penulisan artikel ni memberi maklumat kepada pembaca tentang makanan antikanser yang boleh diamalkan. Sama ada bagi pesakit kanser sedia ada atau untuk mengelakkan risiko penyakit ni, anda boleh mencubanya.

Walaupun ada kajian yang masih belum terbukti dan sedang dikaji, namun tak salah untuk kita membuat rawatan alternatif. Namun begitu, bagi pesakit kanser dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.

Mungkin bukan semua makanan yang dinyatakan ni bersesuaian dengan jenis dan tahap kanser. Yang paling penting, amalkan pemakanan seimbang seperti yang digariskan oleh KKM dan amalkan gaya hidup aktif.

Rujukan

  1. Utusan.com.my
  2. Nci.moh.gov.my
  3. Hmetro.com.my

Jemput baca artikel kanser yang lain seperti kanser mata kanser rahim dan makanan punca kanser

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .