Apabila ada anak yang masih kecil, kos pembelanjaan kita akan tinggi kerana banyak benda kita perlu beli sebagai contoh susu anak dan lampin pakai buang. Anak yang masih kecil tidak pandai untuk pergi ke tandas sendiri untuk membuang air kecil atau besar seperti kita yang dewasa ini.

Apabila mereka semakin besar, semakin banyak makan dan minum susu, jadi semakin banyak mereka membuang air kecil atau besar. Waktu itu, kita memerlukan lampin pakai buang yang banyak untuk menukar lampin mereka. Tetapi seawal umur 2 tahun, kita boleh mendidik mereka untuk membuang air kecil atau besar di tandas.

Pada umur 2 tahun, mereka sudah boleh berjalan dan bermain, maka dari situ kita boleh mendidik mereka. Bagaimanakah untuk mendidik mereka agar tidak memakai lampin pakai buang?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 langkah untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang. Info ini dikongsikan oleh Puan Nor Robaniyah. Puan Robaniyah merupakan pengusaha Taska Nur Husna dan Kelas Membaca dan Speaker Kaedah Membaca Ekspres-i. Tips ini dikongsikan berdasarkan pengalamannya sendiri. Mari kita baca tips yang diberikan oleh puan Robaniyah.

10 Langkah untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang

langkah untuk latih anak tidak pakai lampin pakai buang
Image via Facebook

Berikut mungkin tips yang dapat membantu ibu-ibu di luar sana cara untuk anak melepaskan lampin mereka.

1) Peringkat awal, latih anak buang air kecil sendiri terutama setiap kali sebelum mandi. Ibu-ibu perlu bersabar sehingga anak boleh membuang sendiri setiap kali di suruh.

Kalau nak suruh ketika hari siang waktu dia berlampin pun boleh cuma leceh sikit sebab perlu pakaikan lampin semula. Silap haribulan tak sempat ajak ke tandas dia dah buang air di lampin.

2) Jika anak dah boleh buang air sendiri, Untuk permulaan kena pilih beberapa hari yang lapang contohnya hari minggu supaya ibu-ibu boleh fokus untuk latih anak.

3) Ibu-ibu perlu beritahu anak sebelum ingin melatihnya supaya dia juga bersedia untuk melatih dirinya membiasakan dari tidak memakai lampin pakai buang.

4) Perlu bertanya kepada anak dengan kerap apakah dia mahu membuang air kecil atau besar. Walau pun dia beritahu tidak mahu, untuk mula-mula setiap 15 minit – 1/2 jam sekali ibu perlu bawa anak ke tandas dan minta dia buang air kecil.

5) Selepas dia sudah pandai beritahu untuk buang air sendiri, ibu-ibu boleh jarakkan ke 45 minit – 1 jam sekali.

6) Ketika ini waktu malam anak masih perlu memakai lampin supaya tidak ada risiko anak buang air kecil ketika tidur.

7) Ibu atau bapa boleh bantu bangunkan anak di waktu tengah malam untuk latih dia buang air kecil di tandas jika dia merasa ingin buang air kecil di waktu malam ketika tidur.

8) Akhirnya selepas dipastikan setiap pagi lampinnya kering sepanjang dia tidur waktu malam, bolehlah dia dilatih tidur tanpa lampin.

9) Yang pasti setiap apa jua yang ingin kita lakukan pastikan kita berdoa memohon kepada Allah semoga dipermudahkan urusan melatih anak kita. Kerana apa jua yang kita lakukan atas izin-Nya.

10) Paling penting juga, pihak bapa perlu bantu isteri melatih anak bersama-sama.

*Tips ini boleh diikiuti oleh semua ibu bapa untuk latih anak tidak memakai lampin pakai buang. Jika berjaya melatih mereka untuk pergi tandas, selepas ini kurang satu kos iaitu membeli lampin pakai buang. Pada permulaan mungkin anak masih memerlukan pertolongan ibu bapa untuk ke tandas, tetapi lama kelamaan mereka akan pendai dengan sendirinya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.