Zaman sekarang tidak sama seperti dulu-dulu. Teknologi yang semakin berkembang pesat menjadikan kita juga perlu mengembangkan lagi ilmu kita. Menimba ilmu itu adalah satu ibadah yang diwajibkan untuk muslim. Begitu juga kepada bukan muslim. Kita hidup di negara yang berbilang kaum, maka kita memerlukan kerjasama untuk membangunkan negara.

Sama juga seperti ibu bapa yang kini semakin ramai yang berkerjaya, tidak sama seperti ibu bapa zaman dulu. Ibu bapa yang berkerjaya perlu membahagikan masa dengan kerja dan anak. Tetapi, mereka tidak mampu untuk menjaga anak sepanjang masa, sebab itu anak mereka dihantar ke pusat pengasuhan.

Mahu atau tidak mahu mereka terpaksa juga menghantar anak ke pusat pengasuhan. Ingin menjadi ibu bapa yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bukan mudah. Ya, ramai ibu bapa di luar sana yang mahu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

Bagaimana mahu menjadi seorang ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak?

rahsia jadi ibu bapa berjaya
Image via mathrubhumi

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai rahsia menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.

Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

"

Rahsia Menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak

Rahsia ini diambil dari pengalaman Puan Adlil Rajiah sendiri. Mari kita lihat rahsia beliau. Berikut adalah rahsia beliau :

  • Walau macam mana sibuk pun kita dalam menggapai cita-cita atau mencari rezeki, NOTHING can replace our responsibility as parents. Walau macam mana bagus pun sekolah yang kita pilih untuk anak-anak atau macam mana hebat pun pengasuh yang kita upah untuk jaga anak-anak kita, still TAKKAN menggugurkan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kepada anak2. 
  • Macam mana kita rasa education itu penting untuk anak-anak, macam tu juga education itu penting untuk ibu bapa. “Parenthood is a life long learning”.
  • Tidak salah kalau kita mahu mengkagumi orang-orang berjaya dalam dunia dan jadikan mereka sebagai inspirasi. Tapi jangan lupakan orang yang sentiasa mengkagumi kita dan jadikan kita sebagai inspirasi iaitu anak-anak. 
  • Kadang-kadang kita sibuk ajar anak macam-macam tentang kehidupan, tapi rupanya kehadiran mereka itu sendiri mengajar kita erti hidup. 
  • Jangan cepat sangat melihat ketidaksempurnaan pada sikap anak-anak. “Because sometimes, there’s nothing wrong with our children, but there’s something wrong with US“. 
  • Cukup-cukup salahkan didikan ibu bapa atas sikap panas baran kita. There is an expiry date on blaming your parents for steering you in the wrong direction. The moment you are old enough to take the wheel, responsibility lies with you. Change the game! Jangan ulang kesilapan ibu bapa kita dulu. 
  • Bila ada argument dengan pasangan atau keluarga, ALWAYS SIT IN A CIRCLE. Direct communication and teamwork is KEY
  • Bila ada argument, PRACTICE TO BE THE LAST TO SPEAK
  • Izinkan anak buat silap dan experience failure. That’s the best way for them to learn and find their true self. 
  • The fastest way to demotivate anak dan bunuh keyakinan diri anak adalah by having too much expectations and expect perfection daripada anak-anak. Expectations build walls and fears dalam diri anak. 
  • 2 ways to know your child deeply:

1) By giving as much exposure and experience as we can.

2) By giving them space to make mistakes and fail at something. 

  • We can only give what we have. Penuhkan cawan sendiri dulu sebelum tuang dan penuhkan cawan anak2. 
  • Jangan sibuk sangat tengok kebahagiaan orang lain. Kerana itu lah pembunuh utama kebahagiaan dalam diri. 
  • Ibu bapa bukan ketua, tetapi CONTOH. 

*Bukan susah mahu menjadi ibu bapa yang berjaya. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh. Berubah secara perlahan dari sekarang. Insyaallah, akan menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak. Setiap kejayaan yang kita kecapi adalah rezeki untuk kita. Anak-anak adalah rezeki terbesar bagi ibu bapa.

Setiap anak membawa rezeki ke dalam keluarga dalam pelbagai bentuk seperti kewangan yang stabil, keluarga yang bahagia dan pelbagai lagi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.