Cili ataupun nama saintifiknya Capsicum merupakan salah satu bahan yang penting dalam masakan terutama sekali di Asia Tenggara. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai ‘cabai’ ataupun ‘lada’.

Cili adalah sayuran daripada jenis keluarga solanacea. Seperti yang semua tahu, cili mempunyai pelbagai spesis dan jenis, begitu juga tekstur dan rasanya yang berbeza. Pada artikel kali ini, mari kami kongsikan 5 jenis cili yang mak dan bapa wajib ambil tahu.

1. Cili Padi

jenis cili
Imej via [jayagrocer]

Cili padi ataupun nama saintifiknya Capsicum Frustecen merupakan cili yang berbentuk kecil tetapi pedasnya sungguh tidak terkata. Ia juga merupakan cili yang dijual dengan harga yang tinggi berbanding dengan cili-cili yang lain.

Cili padi akan ditaman secara kecil-kecilan ataupun secara komersial. Pada kebiasaannya, cili jenis ini akan ditanam disekeliling rumah sama ada di dalam polybag atau pasu.

Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan setiap hari. Biasanya Cili Padi digunakan untuk membuat sambal ataupun nasi goreng cili padi. Namun kini, apa jua masakan pasti akan menggunakan cili padi. Ia tidak asing lagi!

"

2. Cili Benggala

jenis cili
Imej via [rasa]

Cili Benggala (Bell Pepper) ataupun nama botaninya Capsicum annum L adalah sejenis sayuran dari keluarga Solanacea. Cili ini dikatakan berasal dari Mexico, Amerika Syarikat dan Amerika Tengah.  Cili ini tidak pedas tetapi rasanya agak enak.

Jenis cili ini ditanam untuk digunakan sebagai ramuan atau dalam salad masakan bagi kebanyakan bangsa di dunia ini. Bentuk cili benggala sungguh menarik kerana ia seperti sebiji buah epal. Ia juga tumbuh dengan 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. 

Kaedah penanamannya hampir sama seperti cili besar dari segi agronomi. Penanaman Cili Benggala biasanya diatas batas yang telah disediakan lubang penanaman dengan menebuk lapisan plastik silvershine. 

3. Cili Siam

jenis cili
Imej via [shopee]

Cili Siam yakni nama lainnya Capsicum spp adalah sejenis cili yang kecil dan panjang berwarna hijau. Sesuai dengan namanya, Cili Siam diimport dari negara Thailand. Tahap kepedasan cili ini agak kurang berbanding Cili Padi. Lazimnya ia digunakan sambal, nasi goreng dan Tom Yam. 

Ia juga dikenal orang sebagai Hot Green Bird Eye Chili. Cili import yang mendominasikan pasaran kecil tempatan ini agak berbeza sedikit dengan cili burung tempatan walaupun rupanya lebih kurang sama.

Disebabkan jenis cili ini tahan lama dan agak kurang pedas, ia sering menjadi pilihan ramai. Anda dapat melihat pengunaan cili ini kebanyakan di Restoran Tom Yam Thai.

4. Cili Besar

jenis cili
Imej via [flickr]

Cili besar adalah cili tempatan yang paling banyak ditanam di Malaysia. Ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan cili segar. Terdapat beberapa jenis cili besar yang banyak ditanam antaranya adalah Cili Kulai, Cili MC 11, Cili MC 12, Cili M4 dan Cili Silok.

Jenis cili ini sering menjadi pilihan para petani kerana nilai komersil dan tahap kepedasan yang hanya dalam 150000 SUH sahaja. Ia juga memainkan peranan penting kerana digunakan untuk membuat cili kering. Harga cili besar selalunya berubah-ubah mengikut keadaan cuaca semasa.

Jika musim hujan atau kemarau, harganya akan melonjak naik manakala harganya akan menurun ketika musim panas. Cili besar mempunyai 2 warna iaitu merah dan hijau. Lazimnya, cili besar hijau lebih murah berbanding cili besar merah.

5. Cili Kering

jenis cili
Imej via [keluarga]

Cili kering adalah antara cili yang paling laris di Malaysia. Namun kebanyakkan cili kering diimport dari negara lain seperti China dan India. Di Malaysia, cili kering dijual dengan pelbagai jenis dan harga yang berbeza.

Terdapat beberapa jenis cili kering yang diberi nama mengikut bentuknya, misalnya cili kering berkilat, berkerinting, gemuk dan lain-lain lagi. Ada juga nama yang diberi berdasarkan kepedasannya.

Jenis cili kering ini sebenarnya diperbuat daripada cili besar yang dijemur dan melalui beberapa fasa proses untuk menjadikannya cili kering seperti yang sering anda beli. Semestinya ia mempunyai gred dan kualitinya yang tersendiri.

Antara Jenis Cili Kering Adalah:

  • Cili Kering Pedas Biasa(668 Byadgi) – Panjang, berkedut, warna kusam
  • Super Pedas – Panjang, licin, berkilat, warna merah pekat
  • Kurang Pedas (Etho) – pendek, berkilat, bulat, gemuk bentuknya, agak mahal di pasaran dan sukar didapatkan
  • Kurang Pedas (Wonder Hot) – sedikit keras, licin dan merah gelap, sedikit liat seperti cili kering Etho

6. Cili Besar Hijau

jenis cili
Imej via [rasa]

Cili besar hijau adalah jenis cili besar merah tetapi ia berwarna hijau dan tergolong sebagai cili besar. Ia digelar varieti Cili Kulai dengan beberapa nama gred di pasaran seperti CA 905 F1 Cili Kulai 905, CA 915 F1 Cili Kulai Kering, CA 908 Cabai Kulai Kerinting, CA 907 F1 Cili Kulai 905, CA 910 Kulai Tempatan, CA 914 F1 Cili Kulai Pedas dan juga 8338 Kulai King.

Begitu juga dengan Varieti SDP33 yang dihasilkan oleh Sime Darby Seeds. Terdapat juga beberapa jenis cili yang dilabelkan sebagai Cili Hibrid F1 di pasaran. Ia tidak sama seperti cili besar merah. Namun, ia juga digunakan untuk kebanyakan masakan di Malaysia.

jenis cili
Imej via [twitter]

Itulah 6 jenis cili yang mak dan bapa wajib ambil tahu. Barulah tahu mana satu yang sesuai untuk dimasak dan boleh diberi kepada anak-anak. Sesetengah orang yang jarang memasuki dapur dan hanya tahu makan sahaja. Mereka tidak akan tahu perbezaan antara cili-cili ini.

Cili sangat penting pengunaannya sehinggakan orang melayu membuat pepatah “siapa makan cili, dia yang terasa pedas”. Kepedasannya tak dapat ditandingi lagi. Semoga sedikit pendedahan pada artikel kali ini dapat membantu anda.

Jom baca juga Cara sejukkan badan, Cara buat teh masala, Jadual diet dan Kesan makan mee segera.

Rujukan:

  1. animhosnan
  2. myagri
  3. en.wikipedia

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.