Malaysia adalah negara yang majorotinya adalah masyarakat beragama Islam, kebanyakan daripada mereka sangat meminati haiwan kucing yang berkaki empat ini.  Daripada kucing jalanan sehinggalah kepada kucing domestik. Asalkan kucing, pasti kita minat kan?

Kucing ataupun nama saintifiknya “Felis catus” adalah spesies domestik mamalia omnivor bersaiz kecil. Ia adalah satu-satunya spesis domestik dalam keluarga Felidae dan sering dirujuk sebagai kucing domestik untuk membezakannya daripada ahli keluarga liarnya yang lain. Jenis kucing ladang atau kucing liar agak kekok hubungannya dengan manusia. 

Berbeza pula dengan kucing domestik, ia amat dihargai dan disayangi manusia kerana ia seolah wujudnya persahabatan dan keupayaannya untuk memburu haiwan perosak seperti tikus. 

Hampir kira-kira 60 baka kucing terdapat di seluruh dunia. Namun tahukah anda, jenis kucing apakah yang paling popular di Malaysia? Jom lihat satu persatu jenis kucing yang sangat terkenal di Malaysia.

1.  Maine Coon

jenis kucing

Imej via [great-pictures]

Sebut sahaja ‘Maine Coon’ pasti ramai dalam kalangan kita yang mengenali jenis kucing yang bersaiz besar ini. Maine Coon merupakan kucing yang paling popular di dunia kerana kecomelannya dan saiznya yang agak besar, malah beratnya boleh mencecah sehingga 12 kilogram.

Mukanya mungkin kelihatan amat garang dan bengis, namun kucing jenis ini amat manja dan senang bergaul. Ciri-ciri jenis kucing ini adalah mempunyai bulu yang tebal dan amat panjang. Bulu di bahagian sekitar leher amat kembang dan menyerupai bulu leher singa.

"

Kucing ini gemar berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi ‘chip’ yang unik untuk memberitahu sesuatu ataupun meluahkan isi hatinya.Asal kucing ini adalah daripada Amerika Syarikat dan kini telah dibiakkan di Malaysia oleh para pencinta kucing. Jangka hayat mereka sekitar 13 tahun dan harganya sangat mahal mencecah puluhan ribu.

2.  Parsi / Persian

jenis kucing

Imej via [tekooneko]

Kucing Parsi atau Persian adalah jenis kucing berbulu panjang yang dicirikan oleh wajah bulatnya dan muncungnya yang pendek. Ia juga dikenali sebagai ‘Persian Longhair’ di negara-negara barat. Di rantau Timur Tengah, mereka dikenali sebagai kucing ‘Shirazi’ manakala di Iran mereka dikenali sebagai kucing ‘Shiraz’.

Diiktiraf sebagai kucing mewah sejak abad ke-19, ia telah dibiak pertama oleh orang inggeris dan kemudiannya oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pembiakan selektif yang dijalankan oleh penternak telah menghasilkan dengan pelbagai jenis warna bulu. Namun kacukan yang ekstreme telah menyebabkan penciptaan jenis muka yang rata. 

Baka jenis kucing parsi yang bermuka rata ini mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan. Penyakit buah pinggang polikistik keturunan dan penyakit hati adalah lazim dalam baka ini. Pada tahun 2015, ia disenaraikan sebagai baka kedua yang paling popular di Amerika Syarikat mengikut Persatuan Cat Fanciers.

3.  Ragdoll

jenis kucing

Imej via [cattime]

Jenis kucing Ragdoll adalah kucing yang berharga sangat mahal dan harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nama Ragdoll berasal dari sifatnya yang rapuh dan santai. Kucing ini mempunyai mata biru yang menawan dan warnanya yang berbeza. 

Si bulus yang comel ini memerlukan penjagaan yang minimum untuk dalam keadaan baik. Sifatnya amat baik dan manja membuatkan mereka sangat disayangi oleh semua orang. Berat jenis kucing ini juga boleh mencecah sehingga 20 paun.

Untuk pengetahuan anda, jangka hayat kucing ini adalah sekitar 20 tahun, lama sangat kan?  Ragdoll adalah seperti Maine Coon yang berasal dari Amerika Syarikat. 

4.  Bengal

jenis kucing

Imej via [catster]

Jika anda meminati jenis kucing yang eksotik yang tidak ganas dan berbahaya, Bengal mungkin pilihannya! Kucing ini juga dipelihara oleh usahawan kosmetik iaitu Dato’ Aliff Syukri. Harganya pula mencecah RM30 ribu.

Kucing ini di ‘cross-breed’ atau kacukan bersilang diantara kucing domestik dan kucing Leopard Asia. Apa yang menarik tentang kucing ini adalah corak bulunya persis harimau bintang. Kucing ini amat aktif, lasak dan memerlukan perhatian yang banyak. 

Jika anda sentiasa sibuk dengan kerja seharian, kucing ini tidak sesuai untuk dipelihara oleh anda kerana ia perlu diberi perhatian. Kucing ini mempunyai jangka hayat sehingga 16 tahun dan berasal daripada Amerika Syarikat. Beratnya pula boleh mencecah sehingga 15 paun.

5.  Exotic Shorthair

jenis kucing

Imej via [thehappycatsite]

Exotic Shorthairs kadang-kadang dipanggil sebagai ‘kucing parsi pemalas’. Tidak seperti kucing parsi, jenis kucing ini mempunyai bulu yang pendek dan lebih mudah dijaga. Kucing Exotic Shorthairs terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, krim, hitam dan kuning air.

Oleh kerana mereka adalah kucing dengan personaliti penyayang, mereka tidak suka bersendirian. Kucing ini jenis tenang dan setia malah mereka amat ramah kepada binatang peliharaan lain. Walau bagaimanapun, mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan keselesaan dengan suasana yang baru.

Jenis kucing ini juga amat sesuai bagi anda yang meminati kucing Parsi namun tidak mahir untuk menguruskannya. Kucing ini juga berasal daripada Amerika Syarikat dan beratnya sekitar 14 paun. Jangka hayatnya pula adalah di antara 15 tahun.

6.  Burma / Burmese

jenis kucing

Imej via [petfinder]

Berasal dari Burma, jenis kucing ini menginginkan persahabatan dan akan sentiasa mengikuti manusia ke mana sahaja. Kucing Burma bersifat energetik, suka bermain dan penyayang. Mereka tidak sesuai untuk berada di rumah bersendirian untuk tempoh yang lama.

Cara penjagaan jenis kucing ini amat senang dan mudah. Jangka hayat mereka sekitar 16 tahun. Berat mereka pula dianggarkan sehingga 10 paun.

 7.  Munchkin

jenis kucing

Imej via [alchetron]

Kucing munchkin merupakan jenis kucing yang berkaki pendek dan melucukan. Ia sangat peramah dan manja. Kucing ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana sesuai dijadikan teman, namun harganya juga agak mahal.

Fizikalnya yang berkaki pendek tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti seperti kucing lain. Namun begitu, kucing ini tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak kerana sistem sendinya tidak sekuat kucing lain. Jadi bagi anda yang inginkan kucing yang bersantai dan melucukan, Munchkin adalah pilihan yang tepat.

8.  Kucing Biasa / Kucing Kampung

jenis kucing

Imej via [kucingklik]

Jenis kucing ini pasti dimiliki oleh semua pencinta kucing di Malaysia. Untuk mendapatkannya pula amat senang dan harganya tidak mahal. Cara penjagaannya amat mudah dan pemakanan mereka pun tidak memerlukan makanan yang mahal.

Kucing kampung biasanya amat aktif dan lasak. Mereka juga mahir memburu tikus dan haiwan berbisa. Jangan terkejut ya jika mereka membawa pulang buah tangan bangkai buruan mereka kepada anda, itu tandanya mereka menyayangi anda.

Itulah dia 8 jenis kucing yang paling popular dan top di Malaysia. Jom baca juga Cara bunuh kutu kucing, Khasiat minyak zaitun dan Jenis haiwan paling setia.

Rujukan

  1.  6 Jenis Kucing Paling Popular Di Malaysia dan Karakter.  http://pencinta-kucingmalaysia.blogspot.com/2017/04/6-jenis-kucing-paling-popular-di.html
  2. 10 Popular Cat Breeds In Malaysia.  https://perromart.com.my/blogs/perro-learning-center/popular-cat-breeds-in-malaysia
  3. Most Popular Cat Breeds in Malaysia.   https://momokipets.com/most-popular-cat-breeds-in-malaysia/

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.