MENGIMBAU KENANGAN SILAM

“Syazana, esok kau bawakan aku sarapan macam ni boleh? Nanti aku bayarlah”, ujar Syazni sambil menelan air liur melihat bekalan rakan di sebelah.

Sedangkan diri hanya mampu mencogak duit di dalam saku, jika beli makanan pagi, maka tiadalah makanan tengahari.

“Ini Surat Jemputan Anugerah Kecemerlangan tahun ini. Nanti awak bagi pada ibu ayah ya”, kata cikgu. Lantas Syazni terus menyimpan surat tersebut di dalam beg dan berlalu pergi dengan wajah seribu kekesalan kerana sudah pasti tiada siapa yang menemani kelak.

“Syazni, mari ke depan” panggil ustazah lalu menyuruh membaca al quran di  hadapan.

“Maafkan saya ustazah, saya tak tahu mengaji”, mengigil-gigil tangan dan merah padam muka menahan malu di hadapan rakan-rakan apabila tidak reti membaca al quran. Ustazah hanya menggelengkan kepala sambil menulis “E” pada kertas ujian.

 

jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu

Imej via Blogspot

MASA KINI YANG MENJADI PERTARUHAN

“Huwarghhhhh…..huwarghhhh”, tangisan si kecil menyentap lamunan panjang akan kenangan silam. Tertanam tekad dalam diri untuk membesarkan amanah ini dengan indah akhlaknya, cerdas mindanya, terang hatinya dengan agama.
jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu.

Imej via abiummi

BUAT IBU AYAH, SEMATKAN PESANAN INI DI DALAM HATI

Jangan sekali kita abaikan keperluan anak walau kita sibuk bekerja.
Jangan sekali kita abaikan emosi anak walau kita sendiri seharian penuh dengan tekanan.
Jangan sekali kita abaikan didikan ilmu agama anak walau kita sendiri jahil akannya.
Tidak mustahil kita yang bukan berserban, bertudung labuh, yang pada asalnya bukan keturunan ‘alim-alim’, mampu melahirkan anak dan keturunan yang hebat. Walau siapa pun kita pada asalnya, bukan itu yang dipandang Allah swt tapi USAHA menjadi yang lebih baik itu yang akan dinilai disisinya.

Teruskan usaha mencari ilmu tentang TAUHID.
Teruskan usaha mencari ilmu tentang AKIDAH.
Teruskan usaha mencari ilmu tentang IBADAH.
Teruskan usaha mencari ilmu tentang AL QURAN.

Teruskan mencari ilmu walau kita merangkak dan terkapai-kapai pada awalnya kerana nikmat mencari ilmu agama tidak akan tergambar dengan kata-kata. Setiap kesusahan diawalnya akan ada kemanisan dihujungnya.Tingkatkan usaha untuk melahirkan keturunan yang hebat untuk ummah!

jangan warisi kejahilan itu, ubah nasib keturunanmu

Imej via tstatic.net

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.