Dahulunya, jahitan tangan amat penting terutamanya dalam menjahit pakaian yang terkoyak, baju anak, kain kusyen dan sebagainya. Tidak dilupakan, membuat kraftangan dan menjalankan projek jahitan juga memerlukan anda mempelajari akan pelbagai jenis jahitan tangan.

Terdapat banyak jenis jahitan tangan yang boleh kita aplikasikan pada jahitan pakaian dan sebagainya, namun yang penting adalah kekemasan, kehalusan dan kualiti jahitan tersebut.

Secara umumnya, ramai tukang jahit menggunakan mesin jahit untuk menjahit pakaian, tetapi memperbaiki kemasan jahitan tersebut dengan jahitan tangan. Ketika menggunakan jahitan tangan, kita dapat mengasah kemahiran secara konsisten dengan lebih terperinci lagi. Jom lihat antara jenis jahitan tangan yang boleh kita gunakan.

1.  Jahitan Insang Pari

jenis jahitan tangan

Imej via [teratak-kraf]

Jahitan insang pari biasanya digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif. Cara jenis jahitan tangan ini perlu bermula dari kiri ke kanan dan daripada beberapa jelujur halus pada sisi kiri.

Kemudiannya, cucuk jarum secara menegak pada sisi sebelahnya dan halakan jarum ke arah kita. Selepas itu letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang tersebut. Untuk mematikan jahitan ini, perlu membuat jelujur halus menegak di sebelah kanan jahitan insang pari yang terakhir.

2.  Jahitan Silang Pangkah

jenis jahitan tangan

Imej via [jahitankht5]

Jenis jahitan silang pangkah ini digunakan untuk menjahit kelepet, pita zip, lapik dan juga digunakan sebagai jahitan sulaman. Cara untuk membuat jenis jahitan ini, ianya perlu dijahit dari bahagian kiri ke kanan. Ia perlu dimulakan dengan jahitan kia.

Kemudian, masukkan jarum pada bahagian bawah dan atas dengan ukuran jarak 1 milimeter. Selepas itu, silangkan jahitan tersebut dan setiap jaraknya perlu 1 milimeter. Akhir sekali matikan jahitan silang pangkah tersebut dengan jahitan kia.

3.  Jahitan Lubang Butang

jenis jahitan tangan

Imej via [shelly]

Jahiatan lubang butang biasanya digunakan untuk menjahit lubang butang, cangkuk, palang dan juga butang katup. Untuk membuat jenis jahitan ini, anda perlu membuat jahitan pemula dengan jahitan kia dari kiri ke kanan. Cucuk jarum tersebut secara menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.

Kemudian anda perlu tarik benang dan selitkan dibawah jarum. Selepas jahitan tersebut siap, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia. Buat secara kemas dan pastikan saiz butang tersebut sesuai dengan lubang butang yang telah dipotong.

4.  Jahitan Kia

jenis jahitan tangan

Imej via [youtube]

Jika anda tertanya-tanya apakah jahitan kia, jahitan ini biasanya digunakan untuk menjahit klim meretas. Ia digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan. Jahitan ini amat kukuh, amat rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.

Jika mesin rosak, jenis jahitan tangan ini biasanya boleh menggantikan jahitan mesin tersebut. Untuk memulakan jahitan kia, anda perlu memulakannya dari kiri ke kanan. Jarak jahitan tersebut perlu dijarakkan sebanyak 1 milimeter hingga 2 milimeter. 

Kemudian ulang lagi sekali ditempat yang sama. Kemudian buat jarak sepanjang 4 milimeter dari jahitan pertama. Selepas jahitan siap, matikan jahitan tersebut.

5.  Jahitan Lilit Kemas

jenis jahitan tangan

Imej via [slideshare]

Jenis jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan untuk cangkuk, palang dan butang katup. Untuk membuat jahitan ini, anda perlu mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.

Kemudian, anda perlu cucuk dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik tersebut dan tarik jarum ke arah anda. Apabila siap, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia. Ia kelihatan sangat kemas dan cantik bukan?

6.  Jahitan Sembat

jenis jahitan tangan

Imej via [ertmudah]

Jahitan sembat ini biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Jenis jahitan ini amat halus, rapat dan kukuh. Ia boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.

Jahitan sembat ini juga digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung. Untuk membuat jahitan sembat, anda perlu membuat jahitan kia dari kanan ke kiri. Apabila membuat jahitan ini, sisi atas kanan harus condong ke kiri sebanyak 30 darjah. Apabila selesai jahitan sembat ini, matikan dengan jahitan kia.

7.  Jahitan Jelujur Halus

jenis jahitan tangan

Imej via [slideshare]

Menjahit untuk membaiki kelepet merentas, sudah pasti jahitan jelujur ini diperlukan. Jahitan jenis ini boleh menggantikan jahitan mesin. Untuk memulakan jahitan ini, anda perlu membuat jahitan kia dari kanan ke kiri.

Jenis jahitan tangan ini perlu dilakukan dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 hingga 5 milimeter. Selepas siap jahitan tersebut, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia.

8.  Jahitan Rantai

jenis jahitan tangan

Imej via [todoinfor]

Daripada jahitan asas yang banyak digunakan untuk hiasan, jahitan rantai adalah antara yang paling indah jahitannya. Jenis jahitan ini perlu dimulakan dari sisi kain yang salah dan seterusnya, melakukan pembalikan sepenuhnya dengan meletakkan jarum kembali melalui lubang yang sama.

Ianya adalah untuk membiarkan gelung benang tergantung sedikit dan jika ianya tidak tergantung, benang akan tertarik sepenuhnya. Gelung ini akan membentuk pautan rantai. Setelah habis jahitannya, matikan jahitan tersebut dengan kukuh.

9.  Jahitan Sulaman

jenis jahitan tangan

Imej via [pinterest]

Ini sebenarnya bukanlah satu jahitan khusus. Ia adalah amalan menggunakan jahitan yang berbeza untuk membuat corak pada kain. Sulaman telah menjadi hobi kegemaran kebanyakan wanita sejak peradaban awal. 

Bahkan ada stereotaip terkenal wanita dari Zaman Pertengahan yang sedang duduk di atas tenunan. Dengan menggunakan jahitan asas seperti jahitan berlari, jahitan silang, jahitan rantai dan lain-lain, sesiapa sahaja boleh membuat bunga, haiwan atau apa sahaja corak yang dikehendaki. Yang diperlukan hanyalah sedikit imaginasi, kesabaran dan ketekunan.

Itulah dia pelbagai jenis jahitan tangan yang harus anda ketahui. Pastinya urusan anda lebih mudah dalam menyempurkan jahitan tangan yang diperlukan. Jom baca juga jenis tanah, jenis emas, jenis kain dan jenis rempah ratus dan fungsinya.

Rujukan

  1. Jenis-jenis jahitan tangan. http://jahitanmudah.blogspot.com/2016/02/jenis-jenis-jahitan-tangan.html
  2. 10 Basic Stitches you should know.  https://theinspiredsewist.com/10-basic-stitches-you-should-know/
  3. 8 basic hand stitching techniques every sewer should learn.  https://sewing.com/hand-sewing-stitching-basics/

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.