Petua orang dulu-dulu masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini terutamanya di mana-mana kampung dan juga orang-orang tua kita. Pastinya ia tidak lapuk ditelan zaman memandangkan ramai mak bidan yang masih lagi mengamalkannya sehingga hari ini.

Terdapat banyak petua nenek yang membolehkan anda menjaga kesihatan dan memastikan kecantikan anda tidak hilang sepanjang hari. Petua nenek yang boleh kita amalkan akan membantu anda menyelesaikan masalah sekaligus menjimatkan kos perbelanjaan untuk barang-barang yang diperlukan dalam kehidupan anda.

Jom lihat petua nenek yang boleh anda ikuti. Mana tahu, selepas ini kita sama-sama boleh amalkan petua-petua ini!

petua nenek
Imej via [merahputih]

#1 Mandi Awal Pagi

Petua nenek zaman dahulu mengatakan mandi awal pagi sebelum subuh dapat menganjalkan kulit tubuh dan wajah. Begitu jugalah kebaikan yang telah disebutkan oleh Nabi SAW sendiri iaitu mandi sebelum subuh dapat menguatkan badan dan mencantikkan wajah. Selain kuat, pasti anda lebih awet muda.

#2 Minum Air Masak Setiap Pagi

Sebelum mandi atau melakukan apa-apa hal di pagi hari, terus ke dapur dan minum segelas air suam dahulu. Ia bagus untuk kesihatan kulit dan melancarkan sistem pencernaan anda. Dengar kata, petua nenek ini juga sesuai untuk anda yang ingin lebih muda dan tidak berkedut.

petua nenek
Imej via [arah]

#3 Air Mawar Untuk Seri Wajah

Selepas mandi, gunakan air mawar untuk disapukan ke kulit wajah anda secara sekata. Air mawar dapat menaikkan seri wajah anda sekaligus dapat melicinkan kulit wajah dan pori-pori makin mengecil. Air mawar mempunyai vitamin yang hebat untuk kecantikan wajah anda.

#4 Air Beras Untuk Kulit Mulus

Ya, kalau nakkan kulit yang lebih mulus, ikuti petua nenek ini. Setiap 3 hari anda perlu membasuh muka dengan air basuhan beras kali pertama. Sebelum itu, selawat terlebih dahulu 3 kali. Lakukannya setiap minggu. Ia amat berkesan untuk mencantikkan kulit wajah serta menaikkan serinya.

petua nenek
Imej via [tribunnews]

#5 Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

Sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi, beberapa petua nenek ini boleh anda ikuti. Pertama, ramas asam jawa dengan segelas air panas. Letakkan sedikit satu sudu gula merah dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makan belimbing besi pada setiap hari. Ianya juga amat mujarab!

#6 Hilangkan Keputihan

Keputihan adalah masalah besar bagi semua wanita. Mudah sahaja, anda boleh rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali. Kemudian, campurkan sedikit garam untuk rasa yang lebih baik. Amalkan minum dua kali sehari sehingga sembuh dan pulih sedikit daripada keputihan yang teruk.

#7 Menghilangkan Angin

Angin dalam tubuh badan menjadikan anda lemah tidak bermaya. Petua nenek bagi menghilangkan angin memerlukan anda merebus buah mata kucing bersama dengan sedikit halia dan gula merah (untuk memberi rasa yang lebih sedap).

Minumlah ketika suhu air tersebut menjadi sedikit suam. Petua nenek ini perlu diamalkan setiap hari. Sebaik-baiknya minum selepas ada makan nasi atau makan makanan yang berat.

petua nenek
Imej via [50net]

#8 Menghilangkan Ketuat

Ketuat amat degil untuk hilang walaupun pelbagai produk telah kita gunakan. Sebenarnya, terdapat petua nenek yang berkesan untuk menghilangkan ketuat. Mudah sahaja. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Kemudian, titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri.

Anda boleh lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri. Tak percaya, cubalah sendiri!

#9 Petua Awet Muda

Terdapat banyak petua nenek untuk kelihatan lebih awet muda. Namun, jangan tinggal lakukan petua nenek yang paling berkesan ini. Semasa berdandan pada waktu pagi, jangan lupa baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta dengan niat anda dalam hati.

Mintalah agar Allah SWT indahkan wajah anda seperti wajahnya Nabi Yusuf A.S. Amalkan setiap pagi untuk kesan yang lebih baik. Cara ini amat berkesan kerana Selawat untuk Nabi Yusuf amat tinggi zatnya untuk lebih cantik dan muda.

#10 Merahkan Bibir

Apa kata kali ini anda cantik secara semulajadi pula. Tak perlu produk-produk pelik, cukuplah sekadar anda sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.

Dengan mengamalkan sapuan madu pada bibir selalu, bibir akan merah semulajadi seperti anda memakai lipgloss. Cantik bukan? Jimat pula tu! Anda boleh amalkan sapuan madu pada bibir pada waktu pagi juga.

petua nenek
Imej via [fajar]

#11 Penawar Resdung

Petua nenek bagi penawar resdung ini sering kita dengari daripada kawan-kawan sepejabat bukan? Ia sudah terkenal sejak dari dulu lagi. Anda boelh mengamalkan menyedut air ke dalam hidung seolah-olah anda berwuduk.

Kemudian, anda perlu picit atau tutup sedikit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Ia perlu dibuat di kedua-dua belah hidung secara berulang-ulang sehingga selesai. Ia seolah-olah anda mengeluarkan kotoran resdung dari hidung.

Selepas itu, basuhlah muka dengan bersih. Anda boleh lakukannya setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, sama anda di pejabat, rumah atau dimana sahaja. Kesannya sungguh menakjubkan walaupun anda perlu bertahan sedikit.

#12 Menghilangkan Bau Mulut

Petua nenek ini sering ditanya oleh mereka yang selalu merokok dan yang hormonnya tidak stabil sehingga menyebabkan bau mulut yang berpanjangan. Dengan mengamalkan petua nenek ini, Insyallah bau mulut anda akan mudah hilang dengan berkesan.

Anda perlukan 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Tumbukkan bahan tersebut secara halus. Kemudian, gosokkan bahan yang telah ditumbuk itu di bahagian gigi dan kumurlah sehingga bersih. Anda boleh lakukannya 3 hari sekali. Pasti berkesan!

petua nenek
Imej via [siakapkeli]

Itulah dia 12 petua nenek paling berkesan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Jangan risau, ia benar-benar menjadi, bukan tahyul dan syirik. Semoga bermanfaat.

Jom baca juga urutan manja untuk suami, cara sejukkan badan dan perkara perlu buat jika terkena air panas.

Rujukan:

  1. apps.bheuu
  2. facebook
  3. afnankhumaira

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.