HARTA SEPENCARIAN SUAMI ISTERI – Apakah dia harta sepencarian suami isteri ini? Harta sepencarian itu maksudnya adalah aset atau harta benda yang dapat dikumpul selama perkahwinan. Kiranya rezeki yang ada di beli dalam bentuk rumah dan sebagainya adalah harta sepencarian.

Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi bersama ketika di dalam tempoh perkahwinan sama ada harta alih mahupun harta tak alih. Begitu juga dengan nafkah. Nafkah juga adalah penting untuk setiap kehidupan berumahtangga.

Definasi ‘nafkah’ untuk isteri daripada suami sangat penting dan tidak boleh di buat main. Dalam Islam sendiri nafkah sentiasa menjadi keutamaan untuk setiap pasangan suami isteri. Jika bercerai, antara tuntutan yang dituntut ialah harta sepencarian, nafkah dan hak penjagaan anak-anak.

harta sepencarian suami isteri
Image Via : My Pusaka

Banyak Rumahtangga Retak Akibat Isu Harta Sepencarian Suami Isteri Dan Nafkah

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang bahagia. Sememangnya itu adalah lumrah! Mana ada suami isteri yang ingin berkahwin hanya dalam masa sementara lagi-lagi untuk si isteri. Malangnya banyak rumahtangga menjadi kecundang di tengah jalan dek kerana isu nafkah ini.

Masalah berkaitan nafkah dari suami untuk isteri tidak hanya berlaku pada pasangan suami isteri yang miskin sahaja tetapi turut berlaku pada pasangan suami isteri yang kaya raya. Macam pelik tapi itulah kenyataannya.

Isu nafkah ini juga boleh berlaku pada mana-mana pasangan suami isteri tanpa mengira faktor usia perkahwinan. Walaubagaimanapun, masalah nafkah ini dapat diatasi untuk selamatkan rumahtangga masing-masing andainya definasi nafkah itu sendiri dapat difahami dengan sebaik-baiknya oleh si suami dan si isteri itu sendiri.

"

Nafkah Itu Wajib Tapi Tidaklah Pula Membebankan

Kewajipan memberi nafkah kepada isteri dijelaskan dalam al-Quran dengan maksudnya :

“Orang yang mampu hendaknya memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar yang Dia berikan kepadanya.” (Ath-Thalaq : 7)

Jika di dalami maksud di atas itu, jelas menunjukkan yang nafkah ini memang wajib tetapi tidaklah pula hingga tahap membebankan. Dalam erti kata lain memang suami wajib beri nafkah pada isterinya tapi taklah hingga tahap perlu ikut semua kehendak isteri.

Tugas suami dalam memberi nafkah adalah pada tahap mencukupkan pakaian, makanan, minuman dan tempat tinggal yang selesa, halal dan selamat untuk isteri dan anaknya. Maka jika suami itu hanya mampu menyediakan rumah yang selesa dengan keperluan asas setahap rumah teres sewaan saja maka tidak bolehlah si isteri meminta yang lebih dari itu daripada suaminya.

isteri tidak hormat suami
image via : Bidadari.my

Beberapa Kajian Menunjukkan Isteri Adalah Punca Utama Banyak Rumahtangga Hancur (Oh Tidak!)

Menurut bacaan, ada banyak kajian berkaitan keretakan rumahtangga yang berpunca dari isteri yang telah mempersoalkan tentang nafkah ini. Antara contoh, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Louis Tiermann terhadap lebih daripada1500 pasangan dan hasil untuk kajian ini mendapati bahawa isteri adalah faktor utama runtuhnya kebahagiaan rumahtangga.

Perkara ini ditegaskan juga oleh seorang pakar psikologi ternama dari Negara Mesir yang bernama Dr. Yusri Abdul Muhsin. Menurut Dr.Yusri; “setiap berlaku keretakan rumahtangga selalunya isteri adalah penyebab utama, setelah itu barulah disebabkan oleh perkara yang lain.”

Sedih memang sedih apabila isteri disebut sebagai penyebab utama dalam banyak keruntuhan rumahtangga namun apakan daya kerana ini semua adalah hasil dari sesebuah kajian itu sendiri. Dan suka ataupun tidak memang banyakpun rumahtangga yang hancur disebabkan sikap isteri yang tidak taat, curang, meminta nafkah diluar kemampuan suami dan sebagainya. 

Jangan Salah Faham Tentang Maksud Sebenar Nafkah Ini

Nafkah itu tujuannya adalah untuk mengingatkan suami akan tugas utama mereka dalam berjuang sekuat tenaga dalam mencari rezeki yang halal dan baik untuk si isteri. Ia bukannya boleh diguna sewenang-wenangnya sebagai alasan untuk minta suami berikan sesuatu yang diluar kemampuannya.

Seorang isteri yang baik dan solehah harus redha dan menerima nafkah setakat yang termampu disediakan oleh suami. Jangan terlalu pentingkan kebendaan dan jangan juga terlalu mengikut nafsu hingga inginkan itu dan ini dengan alasan sebuah nafkah. Jika nak macam-macam ada kerja dan cari sendiri apa yang kurang ye wahai para isteri.

Lagi-lagi untuk kehidupan di zaman yang serba moden ini. Ramai dikalangan wanita yang bergelar isteri menggunakan alasan agama dan nafkah dalam meminta sesuatu dari suami. Ada juga yang dengan sengaja lantang bersuara bahawa nafkah ini harus begitu dan begini, walhal nafkah zahir ini ada kaitan dengan tahap kemampuan si suami dan bukanlah untuk membebankannya.

petua suami isteri romantik.
image via : Bidadari.my

Soal Nafkah, Suami Wajib Tahu Tanggungjawab Dan Jangan Sengaja Lepas Tangan

Suami isteri kena saling tahu dan faham akan peranan masing-masing. Si suami wajib beri nafkah setakat yang dia mampu dan si isteri pula harus redha menerimanya.

Jika suami mampu setakat duduk rumah flat sekalipun janganlah di paksa suami kerja tanpa henti dek kerana nak cepat tinggal di rumah banglo. Jangan begitu wahai para isteri. Jangan punahkan kemanisan rumahtangga dengan sikap tamak akan kebendaan.

TAPI…!!

Lainlah jika si suami itu tidak bertanggungjawab dan dengan sengaja tidak mahu berikan nafkah walau dia sememangnya mampu. Untuk soal ini memang isteri boleh ambil tindakan dengan membawa perkara sebegini ke mahkamah syariah untuk dituntut haknya.

Hak seorang isteri untuk nafkah jangan cuba di buat main. Ini melibatkan agama dan seorang suami yang dengan sengaja tidak memberi nafkah setahap yang di dalam kemampuannya sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Lagi-lagi jika melibatkan anak-anak.

Yang penting, dalam sebuah rumahtangga kena ada tolak ansur dan hormatilah pasangan demi masa depan bersama. Bagi yang sudah bercerai pula, sama-samalah atasi dengan baik. Jangan jadikan semuanya semakin susah dengan aksi pergaduhan dan selesailah dengan cara aman dan baik walaupun ikatan jodoh sudah terlerai.

Baca Juga petua suami isteri romantik, persediaan untuk menjadi suami dan gantung tak perlu apa yang perlu si isteri buat.

Sumber :

Sisters In Islam

Peguam Syarie

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.