Tubuh seorang wanita Islam muslimah tidak boleh dipandang dengan sewenang-wenangnya oleh sesiapa saja. Tubuh wanita muslimah ini seluruhnya aurat bagi lelaki bukan mahramnya. Ia tidak boleh dipandang apatah lagi disentuh oleh lelaki bukan mahramnya kerana itu tergolong sebagai satu dosa besar.

aurat wanita ketika berubat
Image Via : Santridasi

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]

Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA pula adalah untuk seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.

Firman Allah SWT:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].

Siapakah Yang Dikatakan Sebagai Golongan Mahram Bagi Wanita Ini?

  1. Bapa sendiri ( bapa kandung)
  2. Bapa suami (bapa mertua)
  3. Anak lelaki
  4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
  5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
  6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
  7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).
  8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
  9. Anak lelaki susuan.
  10. Bapa susuan.
  11. Saudara susuan.
  12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
  13. Menantu lelaki.

Sebagai seorang muslim, ya tidak dinafikan perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama. Perlu juga untuk selalu menjaga aurat sepanjang masa. Dan sudah jelas dan nyata yang batas aurat wanita adalah muka dan tapak tangan saja boleh didedahkan. Namun bagaimana pula jika perlu mendapat rawatan?

aurat wanita ketika berubat
Image Via : The Conversation

Islam Membenarkan Jika Sedang Berada Di Dalam Keadaan Darurat

Sebenarnya, batasan aurat ini juga boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Darurat ini termasuklah di ketika berlaku kecemasan termasuklah juga ketika ingin mendapatkan rawatan daripada doktor. Tetapi adalah lebih afdal jika berusaha dulu mendapatkan rawatan daripada doktor wanita.

Akan tetapi jika perlukan khidmat daripada hospital kerajaan misalnya yang agak susah untuk meminta itu dan ini dengan sewenang-wenangnya maka berubat saja daripada doktor lelaki yang bertugas.

Contoh paling mudah di dalam keadaan darurat ini adalah untuk wanita yang sudah sampai masa untuk melahirkan anak (bersalin). Si ibu pergi ke hospital dan di saat sedang bertarung nyawa ditakdirkan berlakunya sedikit komplikasi.

Kebetulan pula doktor pakar yang bertugas pada waktu itu adalah lelaki, jadinya si ibu sekarang sedang berada di dalam keadaan darurat. Meskipun doktor itu lelaki namun khidmatnya amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

aurat wanita ketika berubat
Image Via : The Conversation

Islam Bukan Agama Yang Menyusahkan

Begitu juga jika bukan sakit bersalin sekalipun di mana kehadiran seorang pembantu yang mahir diperlukan maka walaupun beliau adalah lelaki, khidmatnya amat diperlukan bagi meneruskan sesi perubatan tersebut. Di sini jelaslah bahawa Islam bukanlah satu agama yang menyusahkan sebaliknya Islam adalah satu agama yang boleh membantu memberi garis panduan dalam hidup dengan cara yang sangat teratur dan seimbang.

Buktinya, penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa mendapatkan rawatan sebegini tidak terpakai secara langsung sebaliknya hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (samada lelaki atau wanita). Ianya adalah sangat diperlukan dalam sesuatu situasi yang boleh mengakibatkan nyawa si ibu, si anak atau si pesakit yang sedang terancam.

Keringanan Ini Turut Disebut Sebagai Rukhsah

Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Maksud bagi rukhsah ini adalah satu keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.

Keringanan atau rukhsah ia adalah suatu bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hambaNya yang sedang berada pada keadaan tertentu yang boleh dikategorikan sebagai darurat, di ambang bahaya dan boleh membawa maut.

Rukhsah ini bukan saja untuk aurat ketika mendapat rawatan dalam keadaan darurat, malah ia turut boleh digunakan dalam keadaan yang lain seperti :

1- seorang pesakit atau musafir boleh mengambil wudhu dalam bentuk tayammum dengan menggunakan debu disebabkan tidak boleh terkena air ataupun tidak adanya air yang digunakan untuk berwudhu.

2- doktor yang sedang melakuka pembedahan ke atas pesakit diberi kelonggaran untuk jamak solatnya

3- pengguguran kewajiban solat jum’at kepada orang yang sakit kronik. Dibolehkan juga solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.

4- seorang musafir di beri kelonggaran untuk jamak / qasar solatnya bagi meringankan atau memudahkannya menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir.

Itulah serba sedikit mengenai batas aurat wanita ketika sedang menerima rawatan. Bagi yang pernah tertanya-tanya, apakah hukum membenarkan seorang doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sewaktu bersalin serta bagaimana aurat wanita dalam perubatan? Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada yang memerlukan.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.