Merancang keluarga adalah antara topik sensitif yang jarang dibincangkan secara terbuka oleh orang kita.

Sedangkan ianya merupakan satu topik yang penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Hari ini kami akan kongsikan tentang kaedah perancang keluarga yang boleh anda pilih.

perancang keluarga

Sumber: Thingsthatsuck

Di antara faedah merancang keluarga ialah:

  • Meningkatkan kualiti hidup semua ahli keluarga.
  • Membantu isteri menjarakkan kehamilan.
  • Mengelakkan kehamilan tanpa dirancang.
  • Menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Membolehkan anda menentukan berapa bilangan anak yang dikehendaki.
  • Membolehkan anda merancang bila untuk mengandung.

Di antara kaedah perancang keluarga yang boleh anda lakukan ialah:

1. Menentukan waktu subur

Ini adalah kaedah semulajadi yang sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap. Namun jika kitaran haid anda tidak tetap, kaedah ini tidak berapa sesuai untuk anda. Menentukan bilakan waktu subur anda adalah sangat penting supaya anda dan suami tidak bersama pada hari tersebut serta satu minggu sebelum dan selepas.

Cara mudah untuk menentukan waktu subur ialah membahagikan jumlah hari dalam kitaran haid anda kepada dua. Contohnya, jika kitaran haid anda ialah 40 harim bahagikan 40 dengan 2. Jawapannya ialah 20. Maka, hari subur anda ialah pada hari ke20 dalam kitaran haid. Elakkan bersama seminggu sebelum sehingga seminggu selepas tarikh tersebut.

2. Azal

Azal adalah kaedah di mana suami memancutkan air maninya di luar rahim isteri. Tujuannya ialah supaya sperma tidak masuk ke dalam rahim dan anda tidak mengandung. Sekiranya anda mahu bersama untuk kali kedua, pastikan suami membasuh kemaluannya terlebih dahulu bagi memastikan tiada sisa sperma yang tertinggal.

3. Lendiran faraj

Menjelang waktu subur, lendiran faraj anda akan berubah. Cecair faraj anda akan menjadi jernih dan tidak melekit supaya memudahkan sperma untuk berenang menuju ke ovum. Rupanya seolah-olah putih telur. Sekiranya lendiran faraj anda berupa demikian, elakkan daripada bersama suami.

4. Suhu badan asas

Secara teorinya, badan anda akan menjadi lebih panas daripada biasa semasa sedang subur. Oleh itu, anda boleh mengambil suhu badan setiap pagi. Suhu badan anda akan berada pada suhu yang hampir sama setiap hari. Apabila suhu anda naik daripada normal, itu adalah petanda anda sedang subur.

perancang keluarga

Sumber: Firstcry

5. Menyusukan anak

Menyusukan anak juga di antara kaedah perancang keluarga yang boleh anda amalkan. Namun hati-hati, kaedah ini tidak memberikan jaminan 100% yang anda takkan mengandung. Walau pun anda sedang menyusukan anak, sebaiknya elakkan daripada bersama pada tarikh subur dan satu minggu sebelum dan selepasnya.

6. Kondom

Penggunaan kondom menghalang sperma daripada masuk ke dalam rahim anda. Walau pun ianya bukan kaedah perancang keluarga yang dijamin 100% berkesan, namun ia adalah antara pilihan yang paling banyak digunakan oleh pasangan suami isteri. Terdapat dua jenis kondom.

Jenis kondom yang pertama ialah kondom untuk lelaki yang perlu dipakai semasa kemaluan suami berada dalam keadaan tegang. Jenis kondom yang kedua ialah kondom untuk wanita. Ianya perlu dimasukkan di hadapan pintu rahim sebelum anda mula melakukan hubungan seks.

7. Spermisida

Spermasida adalah bertujuan untuk membunuh sperma. Seperti kondom, tiada jaminan 100% bahawa kaedah ini akan berjaya. Anda boleh gunakan kondom yang mempunyai spermisid atau membeli pelincir yang mengandungi spermisid. Selain itu ada juga spermisida dalam bentuk  krim, aerosol, dan tablet. Sekiranya anda menggunakan spermisida, jangan basuh kemaluan anda selama 8 jam selepas bersama untuk memastikan sperma betul-betul mati.

8. Diafram

Diafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina, dan diletakkan di hadapan pintu rahim. Fungsinya ialah untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim.

9. Span

Untuk keadah ini, anda perlu memasukkan satu span berbentuk donut yang bertali ke dalam vagina, dan letakkannya di hadapan pinturahim. Tujuannya untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim.

Ia juga mengandungi spermisida untuk membunuh sperma. Selepas bersama, anda cuma perlu menarik tali untuk mengeluarkan span tersebut.

perancang keluarga

Sumber: Birthcontrol

10. Nuvaring atau cincin

Perancang keluarga jenis nuvaring perlu dimasukkan ke dalam vagina sebelum anda bersama suami. Ia menghalang sperma daripada masuk ke dalam rahim dan merembeskan hormon yang mencegah anda daripada mengandung.

11. Topi serviks

Ia merupakan  sejenis mangkuk kecil berbentuk topi yang dibuat daripada silikon lembut. Anda perlua masukkan topi serviks ke dalam vagina untuk menghalang sperma daripada bertemu ovum.

12. Pil hormon

Pil hormon atau lebih dikenali sebagai pil perancang adalah di antara kaedah perancang keluarga yang popular di Malaysia. Terdapat perlbagai jenama pil perancang di farmasi. Dari harga yang murah kepada yang mahal. Pilih yang mana sesuai untuk anda.

13. Implan

Implan akan dimasukkan ke bawah kulit lengan anda dan bertahan selama 4 tahun. Selepas 4 tahun, ia perlu dikeluarkan dan diganti dengan yang baru. Implan menghalang kehamilan dengan cara menebalkan mukus servik untuk menghalang sperma dari berenang masuk ke dalam.

14. Suntikan hormon

Anda perlu disuntik setiap 2 bulan. Ia akan mengeluarkan hormon untuk menghalang penghasilan telur dan memekatkan lendiran serviks supaya sperma tidak dapat berenang melaluinya.

15. IUD

Jika anda memilih perancang keluarga jenis ini, doktor akan memasukkannya ke dalam faraj anda. IUD akan bertahan selama 3-5 tahun, bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

perancang keluarga

Sumber: Keranews

16. Mengikat tiub falopio

Ini merupakan kaedah perancang keluarga yang kekal. Anda tidak akan mengandung kerana tiub falopio anda sudah diikat. Anda akan mendapat jaminan 100% bahawa sperma tidak akan bertemu dengan ovum.

17. Vasektomi

Ini adalah kaedah perancang keluarga yang melibatkan suami. Ia memberikan jaminan 100% bahawa anda tidak akan mengandung.

Itulah dia 17 kaedah perancang keluarga yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang hadiah untuk suami dan doa untuk anak.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.