Anak hilang atau sesat boleh menjadi satu mimpi buruk yang tak boleh dibayangkan dengan kata-kata pada mana-mana ibu bapa. Kehilangan anak secara tiba-tiba begini memang boleh membuatkan sesiapa saja mencari stres! Anak hilang atau sesat ini juga boleh memberi rasa cemas satu badan hingga tahap boleh jatuh pengsan.

elak anak hilang di pasaraya
Image Via : Nikkibush

Pengalaman Anak Hilang Di Pasaraya Memang Sangat Mendebarkan

Saya sendiri pernah alami bila mana salah seorang dari anak hilang semasa berada di pasaraya. Berjalan bersama, entah bagaimana boleh dia hilang. Allahuakbar! Bila menoleh dan lihat anak tiada rasa bagai nak gugur segala organ dalaman ni ke tanah.

Berpecah kami satu keluarga demi mencari anak yang hilang ini. Mujurlah juga anak yang hilang ni dah berusia 6 tahun pada ketika tu, jika masih kecil entah bagaimanalah agaknya.

elak anak hilang di pasaraya
image via : popsugar

Syukur alhamdulillah akhirnya anak yang hilang dapat dijumpai semula. Ini semua berkat bantuan salah seorang hamba Allah yang membawa anak kepada bahagian khidmat pelanggan di pasaraya terbabit. Semasa mendengar pengumuman di umumkan terus berlari dengan cepat tanpa hiraukan orang sekeliling. Rasa malu dah terus hilang kerana hanya anak yang berada di pandangan mata pada waktu tersebut.

Mari Lakukan 10 Tips Ini Demi Keselamatan Anak Tersayang

Berkat kejadian itu, kini keselamatan anak lebih di beri perhatian secara menyeluruh. Inilah yang dikatakan pengalaman lalu akan menjadi guru terbaik dalam hidup. Bagi yang ada anak kecil, di sini akan dikongsikan 10 tips berguna yang sangat bagus untuk elak anak hilang di pasaraya. Tips ini juga yang sedang saya gunapakai sejak peristiwa tersebut sehingga ke hari ini.

1. Siapkan list barang dan ambil tahu juga keadaan pasaraya terbabit

Untuk pergi jalan-jalan dan membeli belah bersama keluarga dengan kehadiran anak begini, sila luangkan sedikit masa untuk ambil tahu serba sedikit info mengenai tempat shopping terbabit.

Anda juga harus siapkan list barangan yang ingin di beli supaya anda sudah tahu apa yang perlu di beri. Apabila ada info sebegini bolehlah difikirkan langkah berjaga-jaga yang perlu di ambil.

2. Sediakan kad identiti pada anak

Anda juga boleh sediakan kad identiti pada anak dengan menulis nama anak, nama anda dan nombor telefon sendiri untuk di hubungi. Jika nak lebih mudah, gunakan kad nama sendiri yang ada. Jika tiada kad bisnes sendiri, boleh juga ambil kad perniagaan hotel tempat anda sedang menginap pada waktu tersebut.

Kad identiti ini boleh dimasukkan ke dalam poket atau beg sandang anak. Jika anak sudah faham apa yang anda cakap, anda boleh masukkan kad tersebut di hadapan mata anak anda sendiri sambil memberi pesanan bahawa kad tersebut boleh digunakan jika ditakdirkan hilang dari pandangan ibu dan ayah.

3. Beri anak pakai baju dengan warna yang cerah

Memberi anak memakai pakaian dengan warna yang cerah boleh membantu anda mengesan mereka dengan lebih cepat di khalayak ramai. Anda juga boleh memakaikan mereka dengan topi dari warna yang terang juga supaya lebih mudah membezakan mereka dari orang lain.

 4. Tetapkan satu tempat “meeting place”

Apabila tiba ke mana-mana lokasi, perkara pertama perlu di beri perhatian adalah meeting place. Meeting place ini adalah tempat di mana patut anda berkumpul semula sekiranya hilang. Ia boleh jadi kaunter pertanyaan, kedai kek, kedai aiskrim atau mungkin mana-mana restoran makanan segera yang ada di situ.

5. Beri peringatan pada anak berkali-kali tentang pesanan penting ini

Jika anak anda seorang yang sudah mudah faham arahan maka anda boleh berikan pesanan ini berkali-kali sehingga dia jelas akan maksudnya. Sebagai contoh, jika hilang jangan terus berjalan ke hadapan sebaliknya berhenti dan cuba dapatkan bantuan.

Bantuan pula jangan di minta dari mana-mana lelaki dan wanita dewasa sembarangan sebaliknya minta bantuan daripada pengawal keselamatana, pekerja dari mana-mana kedai yang berhampiran, seorang ibu atau bapa yang sedang berjalan bersama anaknya atau tunggu saja di meeting place tanpa bergerak ke mana-mana lagi.

6. Selfie bersama anak untuk gambar terbaru mereka

Cara lain yang agak berkesan adalah dengan mengambil gambar selfie bersama anak dan juga ambil sekali gambarnya secara penuh. Ini bagi membantu urusan untuk bertanya pada orang yang lalu lalang jika anak tersebut hilang.

7. Pakaikan anak dengan alat pengesan GPS

Bertuah sekarang kerana dah ada alat pengesan GPS untuk memantau lokasi anak anda selalu. Tak perlu susah payah beli alat pengesan GPS yang entah apa-apa kerana sekarang ni dah ada yang dalam bentuk jam tangan. Beli saja satu dan pakaikan pada anak. Memanglah harganya agak mahal tetapi demi keselamatan anak sendiri, belilah satu jika mampu.

8. Sentiasa waspada selalu dan jangan tinggalkan anak sendirian

Apabila bersama dengan anak jangan terlalu seronok hingga langsung tidak ambil kisah akan keadaan sekeliling. Anda juga perlu sentiasa waspada tentang mana-mana individu yang cuba dekat-dekat dengan anak kalian. Jangan sesekali dibiarkan anak sendiri kerana itu boleh mengundang padah.

elak anak hilang di pasaraya
image via : Popsugar

9. Letakkan anak di dalam troli sentiasa

Troli bukan saja berguna untuk memasukkan barang-barang yang ingin di beli bahkan ia amat berguna untuk memudahkan anda membeli barang-barang sambil menjaga anak dalam satu masa.

10. Pakaikan harness pada anak yang berusia antara 2 hingga 3 tahun

Untuk anak yang sudah semakin besar dan tidak mahu berada di dalam troli, ibu ayah boleh memasang harness pada anak. Iyalah anak yang sudah semakin besar begini memang ingin berjalan sendiri dan dengan adanya harness dengan tali pemegang pada tangan ibu atau ayah.

Namun pastikan hanya pakai pada anak antara usia 2 ke 3 tahun saja. Lebih dari itu harness tidak digalakkan kerana ia boleh menjatuhkan harga diri dan tahap keyakinan pada diri anak itu sendiri.

elak anak hilang di pasaraya
image via : Little Life

Itulah dia senarai 10 tips yang agak berkesan untuk bantu elakkan anak daripada hilang atau sesat di pasaraya. Jadikanlah pengalaman saya sebagai iktibar dan jangan sesekali bersikap lepas tangan. Bahaya tau jika anak sesat atau hilang begini, takut-takut terjatuh ke tangan-tangan mereka yang berniat jahat.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.