Sudah menjadi fitrah manusia, ingin hidup berpasangan. Ingin menyayangi dan disayangi. Ingin dikasihi dan dibelai manja.

Bagi seorang gadis, pastinya hati akan terusik apabila melihat orang di sekeliling berbahagia dengan pasangan masing-masing sedangkan diri sendiri masih kesunyian tidak berteman. Nak-nak pula bila ada makcik bawang yang mula bertanya tentang jodoh dan pasangan.

Jika anda sedang mencari pasangan, pastinya anda mahukan lelaki terbaik sebagai suami. Takut juga kalau tersalah pilih. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Kami tahu, jauh di sudut hati pastinya anda tertanya-tanya adakah dia ditakdirkan untuk anda? Apakah tanda lelaki itu jodoh kita? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tanda lelaki itu jodoh kita sebagai panduan. Semoga bermanfaat!

Si dia membuatkan anda semakin dekat dengan Allah

Tanda dia jodoh kita yang pertama ialah si dia membuatkan anda semakin dekat dengan Allah. Ketahuilah bahawa untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia dan dirahmati Allah, anda dan pasangan perlu menjalankan cara hidup dengan mengikut ajaran islam. Lelaki yang baik akan membawa anda semakin dekat dengan Allah. Semasa berkenalan anda sudah dapat melihat sedikit sebanyak bagaimana personaliti dan sikap si dia. Di ntara perkara yang boleh anda perhatikan ialah:

  • Pertama sekali perhatikan solatnya. Adakah dia seorang yang menjaga solat 5 waktu? Jika dia seorang yang sangat menjaga solat 5 waktu dan solat jumaat. Jika dia seorang yang menjaga solat, pastinya selepas berumah tangga anda akan mendapat imam yang akan membawa anda semakin dekat dengan Allah.
  • Adakah dia sangat menjaga adab dan menghormati anda sebagai seorang wanita? Adakah dia seorang yang sangat bersopan dan tidak mengambil kesempatan dengan menyentuh anda yang masih belum halal baginya? Jika jawapannya ialah ya, maka dia adalah jodoh anda.
  • Adakah dia selalu menasihati anda untuk menjaga aurat dengan sempurna? Adakah dia selalu mengajak anda menghadiri usrah dan mendengar ceramah agama? Jika jawapannya ialah ya, maka dia mungkin jodoh terbaik buat anda.

Berasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa dia

Tanda dia jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa dia. Kita tak dapat bayangkan hidup dalam dunia tanpa dia. Kita tak boleh bayangkan untuk hidup bersama lelaki lain, dan bukannya dia. Ia adalah satu perasaan yang akan datang dengan sendiri, tanpa boleh dipaksa atau dicipta.

"

Apabila anda mula merasakan yang anda tak mampu hidup tanpa dia, percayalah bahawa itu adalah tanda bahawa dia jodoh kita.

Dalam hidup, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis lelaki. Mungkin juga anda akan jatuh cinta berkali-kali dengan ramai lelaki namun perasaan yang kami sebutkan tadi adalah sangat istimewa. Anda takkan merasainya dengan semua lelaki yang anda sayangi.

Apabila anda merasakan yang anda tak boleh hidup tanpa dia, bukanlah bermaksud anda mengubah pergantungan daripada bergantung kepada Allah kepada bergantung kepada manusia. Tapi anda mahu menghabiskan hidup anda dengan dia, bukan lelaki lain.

Si dia membuatkan anda berasa istimewa

Seterusnya, tanda lelaki itu jodoh kita ialah si dia membuatkan anda berasa sangat istimewa dengan layanan yang sangat istimewa. Jika si dia benar-benar sukakan anda, dia akan melayan anda dengan cara yang sangat baik dan manis. Di antara contoh layanan istimewa yang mungkin anda tak perasan sedang berlaku ialah:

  • Dia memanggil anda dengan gelaran manja dan istimewa seperti sayang, dear, honey, adinda, dan sebagainya.
  • Dia membawa anda pulang ke rumah untuk berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa dan memperkenalkan anda kepada ahli keluarganya. Jika perkara ini sudah atau sedang berlaku, percayalah bahawa anda sangat istimewa di hatinya dan dia tidak mempermainkan perasaan anda. Dia mungkin jodoh anda.

Selesa sewaktu meluangkan masa bersama

Tanda lelaki itu jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa sangat selesa apabila meluangkan masa bersama. Kita akan berasa bahagia dan serasi tak kira walau apa pun aktiviti yang dilakukan bersama. Tidak semestinya kita dan si dia mempunyai minat dan kegemaran yang sama, namun asalkan dapat meluangkan masa bersama, kita tak kisah. Sebagai contoh:

  • Si dia suka memancing sedangkan kita langsung tak pernah menyentuh batang pancing, apatah lagi memancing. Namun yang peliknya, kita tak kisah untuk duduk memancing bersamanya selama berjam-jam kerana sangat selesa apabila bersama.
  • Kita suka menyertai marathon sedangkan si dia bukan jenis seeorang yang aktif bersukan namun dia sanggup menemani anda menyertai marathon supaya dapat meluangkan masa bersama.

Sentiasa ingin meluangkan masa bersama

tanda jodoh
Sumber: Pesonapengantin

Jika anda merasai perasaan yang ini, ia adalah tanda bahawa dia sememangnya jodoh anda. Kalau ikutkan hati, setiap hari nak berjumpa. Setiap hari nak meluangkan masa bersama. Tak kisah apa pun perkara yang dilakukan, hatta sekadar duduk bersama dalam kereta, masing-masing diam dan memerhatikan alam. Ia dah cukup indah dan membahagiakan buat kita. Kalau dah rasa perasaan ini, tak ragu-ragu lagi bahawa dia adalah jodoh kita.

Itulah dia tanda lelaki itu jodoh kita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Didoakan semoga anda ditemukan dengan jodoh baik yang boleh membimbing ke syurga dalam masa terdekat. Ketahuilah bahawa Allah sebaik-baik perancang, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jika anda sukakan artikel ini anda juga dijemput untuk membaca perkongsian doa murah rezeki jenis talak , dan sihir pemisah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.