Isteri curang? Eh bukankah seorang isteri itu perlu setia pada suami? Sejujurnya di akhir zaman ini, wanita juga ada yang berlaku curang walaupun dalam status isteri orang! Kerana itu para suami perlu tahu apakah tanda-tanda jika isteri berlaku curang? Ini untuk memastikan apakah benar isteri sedang curang ataupun sebaliknya.

tanda isteri curang
image via : Baitul Jannah

Mungkin kita jarang dengar kisah wanita (isteri) curang berbanding suami yang curang pada si isteri tetapi hakikatnya kes sebegini memang ada berlaku di dalam masyarakat. Sebagai suami tidak salah untuk anda mengintip gerak-geri isteri untuk memastikannya.

Faktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu juga menjadi penyumbang. Tujuan asal nak kerja cari rezki buat bantu ringankan beban suami tapi alih-alih suami dah dibelakangkan dek kerana seronok dengan kehidupan baru.

Benarkah Isteri Ini Juga Boleh Berlaku Curang Terhadap Suaminya?

Benarkah perempuan suka curang? Jawapannya keadaan perempuan curang dan lelaki curang ni hampir sama saja. Almaklumlah dulu sebelum berkahwin kehidupannya berlainan dan selepas kahwin pula faktor tanggungjawab membuatkan hidup terasa lebih susah. Maka apabila ada yang datang dengan alasan tumpang simpati, ingin curah kasih dan sebagainya manalah hati yang sedang terasa sedih tu tak cair.

Hakikatnya tidak semua wanita itu akan curang! No! Wanita yang ada rasa takut pada Allah SWT pasti tidak akan berani-berani meletakkan diri mereka di tempat ini.

Selalunya wanita yang akan terpesong ke arah ini adalah dikalangan mereka yang lemah iman dan juga disebabkan oleh sikap pasangan mereka sendiri yang tidak tahu menghargai dan menyayangi.

tanda isteri curang
image via : Baitul Jannah

Sebab itulah bila ada lelaki lain datang dekat dengan ayat manis dan lafaz janji konon nak sayang sepenuh hati maka si wanita akan terus jadi lupa diri. Lupa diri bahawa sebenarnya diri itu adalah isteri orang malah mungkin ibu pada anak-anak. Lupa diri juga bahawa tindakan itu adalah sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Jangan Terus Tuduh! Kumpul Bukti Tanda Isteri Curang Dulu Sebelum Bertindak

Andai ini ada berlaku maka bagaimanakah caranya untuk tahu sama ada si wanita (isteri) sedang berlaku curang pada waktu tersebut? Iyalah tak kan nak terus di tanya, tentu-tentu saja jawapannya adalah tidak. Mana ada orang buat salah akan mengaku terang-terangan dengan mudah. Jika ya bukan curang lagilah namanya.

Maka di sini akan disenaraikan beberapa tips bagaimana untuk kenali dan faham situasi sama ada si isteri sedang berlaku curang ataupun tidak di belakang. Cara ini juga boleh dilakukan pada teman wanita ataupun bakal isteri (tunang) dalam mengenal diri mereka dengan lebih rapat lagi.

Tanda Isteri Sedang Curang Boleh Dinilai Dengan 10 Tips Ini

Tanda-tanda Isteri Curang ini boleh dikenali dengan 10 panduan di bawah. Tanda -tanda ini boleh diperhatikan sebagai panduan untuk tahu sama ada ianya benar atau salah. Namun awas, jangan pula terus di tuduh secara melulu dengan membuta tuli.

#1 – Sudah Tidak Semesra Dulu Lagi

Jika dulu isteri kelihatan mesra, manja, mudah digauli tetapi jika beliau ada agenda lain di luar maka besar kemungkinan si isteri sudah tidak akan semesra dulu lagi.

#2 – Lebih Gemar Menjauhkan Diri

Isteri juga akan lebih gemar menjauhkan diri dengan cara berseorangan di dalam bilik, membuat apa yang disukainya secara bersendiri malah besar kemungkinan beliau juga sudah kurang untuk duduk bersama menonton TV di ruang tamu bersama pasangan seperti dulu lagi.

#3 – Tingkahlaku Berubah Secara Drastik Dengan Tiba-Tiba

Jika dulu si isteri bagus dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga, tidak mustahil kini beliau sudah tidak kelihatan ikhlas dalam melaksanakannya.

Tidak hanya itu, tingkahlaku isteri juga boleh berubah dari lemah lembut kepada kasar dan dari ciri penuh keibuan kepada sikap seorang yang degil.

#4 – Suka Memberi Pelbagai Alasan

Apabila di tanya itu dan ini, pastinya akan ada pelbagai alasan yang diberikan. Jika di tanya kenapa pulang kerja lewat maka alasannya kerja lebih masa.

Jika di tanya hujung minggu nak ke mana maka akan di jawabnya pula ada pertukaran jadual kerja atau mungkin apa saja alasan untuk melepaskan diri. Satu soalan yang di tanya, sepuluh jawapan alasan akan keluar dari mulutnya.

#5 – Tidak Pernah Berenggang Dari Telefon Bimbitnya

Ini adalah petunjuk terbesar! Tak kira waktu telefon bimbit sentiasa ada bersamanya. Berada di dalam rumah tetapi handphone sentiasa di dalam poket atau di tangan.

Handphone juga sudah di tukar setting kepada ‘silent’ sepenuhnya. Awas! Pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Tidak perlu keluar jumpa, isteri mungkin juga sedang curang dengan menggunakan Facebook, Whatsapp dan sebagainya!

tanda isteri curang
imgae via : Lifestyle Okezone

#6 – Menjawab Panggilan Secara Berbisik

Jika ada panggilan masuk, isteri akan menjawabnya dalam keadaan berbisik. Isteri juga akan cepat-cepat mematikan perbualan atau melarikan diri ke dalam bilik atau sebagainya demi untuk menjawab panggilan tersebut.

#7 – Sentiasa Kelihatan Resah Dan Gelisah

Sikit-sikit pandang handphone. Sikit-sikit buka whatsapp. Resah semacam dah seperti kucing baru lepas hilang anak! Duduk di dalam rumah dah seperti duduk di atas bara. Resah gelisah semacam.

#8 – Tidak Ingin Keluar Bersama Seperti Dulu

Jika dulu suami boleh ajak si isteri ini keluar bersama pergi tonton wayang atau sebagainya tetapi kini isteri sudah tidak berminat lagi. Masa yang ingin suami luangkan bersama isteri sudah tidak kelihatan seronok lagi pada isteri. Silap haribulan isteri terlebih dulu sudah tonton wayang tersebut bersama kekasih gelapnya. Oh tuhan!

#9 – Sengaja Membesarkan Masalah Yang Kecil

Masalah yang kecil dengan sengaja diperbesarkan. Ini seolah-olah sengaja mahu membuatkan anda nampak ‘jahat’ sedangkan pergaduhan itu bukanlah disebabkan satu isu yang besar mana. Perkara boleh selesai tetapi sudah menjadi satu situasi yang tegang. Besar kemungkinan juga dia yang terlebih dulu memulakan segalanya.

#10 – Tersasul Menyebut Nama Panggilan Yang Lain

Jika selalunya beliau panggil anda dengan panggilan ‘awak’ atau ‘abang’ , tetapi kali ini dengan tiba-tiba beliau terpanggil awak dengan panggilan ‘sayang’. Awas! Ini boleh menunjukkan yang beliau sudah terbiasa dengan panggilan itu terhadap seseorang.

Jangan Terus Tuduh Dan Jika Benar Isteri Curang, Maka Bertindaklah Dengan Cara Baik

Awas! Curang ini bukannya satu perkara main-main. Jangan sesekali di tuduh secara sembarangan. Jika ada ciri-ciri di atas pastikan dulu sepenuhnya.

Pasang spy jika mampu atau diri sendiri jadi pengintip untuk ikut gerak geri isteri di luar rumah. Jangan hanya dengan menilai serba sedikit sudah mahu terus ceraikan isteri. Itu bukan cara yang Nabi kita ajar.

Dan sekiranya benar-benar isteri curang dan hati sudah tidak mampu untuk memaafkannya lagi maka lepaskanlah dia dengan cara baik. Anggaplah ini semua ujian yang Allah SWT berikan untuk kita terus tabah dan sabar dalam mengharunginya.

Jom baca juga Manfaat honeymoon untuk pasangan dah lama kahwin, 10 kriteria calon isteri idaman yang di buru lelaki dan 5 kewajipan sebelum menikah yang perlu suami fahami dan penuhi.

Sumber :

1 – Aku Islam

2 – Eh!

3 – Maskulin

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.