Ibu bapa? Bukankah mereka yang sepatutnya kita taati selepas Allah dan Rasul?. Ya, kedudukan dan darjat mereka diangkat tinggi oleh Allah swt.

Oleh itu, andai jika kita direzekikan masih mempunyai ibu bapa sehingga kini, seharusnya perlu merebut peluang untuk banyak berbakti kepada mereka sehingga akhir hayatnya.

Ikuti 7 perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang anak buat ibu bapanya:

1. Sentiasa Memasak Untuk Ibu Bapa

Kita tidak seharusnya mengharapkan masakan ibu. Sebaliknya, kitalah sepatutnya bersungguh-sungguh memasak untuk ibu bapa. Sentiasa mengembirakan hati mereka dengan hidangan kegemaran mereka.

Memang tidak dinafikan memang air tangan ibu itu adalah yang terbaik dan menjadi tagihan anak-anak. Namun, berpada-padalah jangan sampai dari sarapan pagi hingga ke minum malam, kudrat tangan berkedut itu juga yang masih susah payah menyediakan segalanya buat si anak kesayangan.

Saling membantu antara anak dan ibu. Lebihkan rehat buat si ibu berbanding lebihkan kudrat mereka semata-mata.

Imej via infoje.com

2. Berjasa Kepada Ibu Bapa

Kita tidak seharusnya mengharapkan jasa mereka. Sebaliknya, kitalah yang perlu berjasa kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

Sudah berpuluh tahun mereka membesarkan kita tanpa sebarang balasan. Masih tidak cukupkah jasa mereka buat kita yang sudah besar panjang ini?. Fikir-fikirkanlah.

Walau tidak mampu menyediakan wang setinggi gunung, rumah sebesar istana dan emas penuh sepeti. Cukuplah dengan..

  • Menjaga ketika mereka sakit
  • Menziarahi ketika mereka rindu
  • Menelefon ketika mereka sunyi

Jasa itu bukan hanya dinilai dari segi material semata-mata.

3. Banyak Memberi Kepada Ibu Bapa

Kini bukan masa kita menunggu pemberian mereka. Namun, kitalah yang perlu banyak memberi kepada ibu bapa.

Berikan apa mampu, sekadar kemampuan kita sebagai anak. Jika tidak mampu memberi lebih, pemberian sedikit itu pun sudah cukup bermakna buat ibu bapa.

Imej via variousfile.blogspot

4. Berkorban Untuk Ibu Bapa

Bukan masa mengharapkan ibu bapa berkorban untuk anak-anaknya yang telah dewasa. Sepatutnya, kitalah yang perlu berkorban untuk mereka.

Andai terpaksa mengharapkan bantuan ibu bapa, berpada-padalah. Jangan sampai sehingga habis kudrat mereka dikikis. Hilang masa untuk melepaskan lelah, berehat dan yang paling penting masa beribadah mereka.

Ingatlah, hujung-hujung inilah masa mereka untuk berlama-lama bermunajat kepada Maha Pencipta. Kini bukan masanya mereka terkejar-kejar dalam solat, tergopoh-gapah dalam berdoa kerana terdengar tangisan cucu mengharapkan susu.

Ingat!berpada-padalah~~~

Imej via iluvislam.my

5. Berikan Kasih Sayang Kepada Ibu Bapa

Bukan kita yang mengharapkan ibu bapa menunjukkan bukti kasih sayangnya buat anak-anak. Namun, anak-anaklah yang perlu tunjuk bertapa sayangnya kita kepada mereka.

Selalu berusaha untuk meraikan mereka. Sekali-sekala bawa mereka bercuti, makan bersama keluarga besar. Pasti mereka terhibur melihat telatah anak-anak dan cucu-cucu yang semakin ramai.

Kasih sayang itu bukan diukur dengan hanya mampu memberikan wang belanja untuk mereka. Namun, dapat meluangkan masa dengan mereka juga sudah cukup baik.

Imej via ikimfm.my

6. Sentiasa Bertanya Khabar Ibu Bapa

Saat ini bukan kita yang menunggu khabar berita daripada mereka. Seharusnya, anak-anaklah yang perlu sentiasa bertanya khabar ibu bapa.

Ada anak yang akan setiap hari menelefon ibu bapanya di kampung. Bila ditanya mengapa setiap hari perlu telefon?.

Jawabnya mudah, “hati aku tak senang jika tidak mendengar suara mak aku walaupun sehari, mungkin itu suaranya yang terakhir dapat aku dengar”.

Hebat anak ini!.

Jadikan ini sebagai teladan buat kita. Mungkin tidak setiap hari, usaha untuk sentiasa menelefon mereka selalu pun sudah baik. Sentiasa bertanya khabar ibu bapa. Fahamilah, sesungguhnya melihat rumah yang kosong dari suara anak-anak itu sangat menyeksakan jiwa orang tua kita.

Imej via www.siakapkeli.my

7. Sentiasa Menziarahi Ibu Bapa

Bukan masanya kita yang menunggu kunjungan kedua ibu bapa ke rumah kita. Seharusnya, kitalah yang perlu berusaha untuk selalu menziarahi mereka.

Pernah tengok sebuah drama lakonan aktres hebat ibu Fauziah Nawi?. Beliau berlakon menjadi ibu yang terlalu rindukan anaknya yang sibuk bekerja di kota. Sehingga masih setia menunggu dimalam raya, anaknya masih tidak kunjung tiba.

Imej via www.thereporter.my

Akhirnya, si ibu kemalangan dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya. Bertapa menyesalnya si anak ketika itu melihat sekujur tubuh ibu tercinta yang sudah tidak bernyawa. Menyesal pun tiada gunanya jika mata itu sudah tertutup buat selama-lamanya!.

Sentiasa berusaha untuk menziarahi mereka, tambahan lagi ibu bapa yang tinggal berjauhan di kampung kerana entah sampai bila lagi kita masih mampu menatap wajah itu.

Imej via ohmatakucing.net

Andai kita masih direzekikan ada ibu bapa di dunia ini, berusahalah untuk berbuat sehabis baik terhadap mereka kerana tika mata itu telah tertutup, pintu keberkatan di dunia ini juga turut sama tertutup.

Jadilah anak yang mentaati kedua ibu bapanya selepas Allah dan Rasul.

 

 

Sumber: Laman facebook Bahagian Dakwah, Jakim.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.