Perkahwinan yang bahagia menjadi idaman semua orang. Para suami juga mahukan hubungan yang kekal lama dengan isteri yang baik untuk mereka. Sebagai suami mereka suka dilayan dengan baik, dijaga makan pakainya dan dijaga juga perasaan mereka. Isteri yang boleh sejukkan hati dan pandangan mata suami adalah isteri yang sentiasa menjadi idaman.

Bagaimana nak tambat hati suami selalu? Apakah cara untuk buat suami sentiasa rindu? Di sini ada beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan.

cara buat suami rindu

image via : Baitul Jannah

7 Cara Untuk Buat Suami Rindu Macam Mula Kahwin Dulu

#1 – Sambut Kepulangan Suami Dengan Senyuman Manis

Sambut kepulangan suami terutamanya dengan senyuman mampu mengubah segala mood penat suami kepada mood yang sangat berbunga-bunga. Dengan tindak tanduk isteri yang menunggu kepulangan suami mampu membuatkan hati suami yang sedang gundah gulana di tempat kerja menjadi ceria kerana disambut oleh seorang isteri terutamanya menyambut suami  berserta hidangan makanan yang sedap. Pastinya suami akan sentiasa ternanti-nanti masa untuk pulang ke rumah. 

#2 – Jaga Penampilan Diri Selalu

Jaga penampilan diri di sini bermaksud, seorang yang bernama isteri haruslah sentiasa bersiap untuk menunggu suami pulang dari rumah. Elakkan diri daripada berpakaian yang kurang menarik ketika menunggu suami pulang. Sekiranya isteri sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah, suami yang penat pulang dari rumah juga akan hilang rasa penatnya kerana melihat bidadarinya sentiasa kemas dan cantik di matanya. 

Kebiasaanya insan yang bernama lelaki suka melihat sesuatu yang cantik . Sama juga dengan suami kita mereka suka melihat kecantikan makanya  isteri haruslah sentiasa kelihatan cantik di mata suami. 

Tips menjaga penampilan diri:-

  • Memilih pakaian yang kemas dan cantik
  • Memakai wangi wangian khas buat menyambut kepulangan suami
  • Make up untuk kelihatan lebih menarik

#3 – Mengambil Berat Dan Menjaga Akan Penampilan Suami

Ada suami yang suka isteri memberikan perhatian 100% akan penampilan mereka dan ada suami yang tidak gemar isteri masuk campur akan penampilan mereka. Justeru itu, sebagai seorang isteri kita perlu memahami bagaimanakah cara suami kita terlebih dahulu. 

Bagi suami yang gemar akan perhatian yang diberikan maka ianya akan memudahkan urusan isteri dalam menyiapkan suaminya. Sekiranya anda mendapatkan suami seperti ini maka lebih mudahlah mereka berasa rindu ketika isteri  berjauhan. 

Suami yang gemar isteri memberikan 100% perhatian akan lebih senang jika isterinya mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, dll. Lelaki seperti ini adalah jenis lelaki yang suka di manjakan oleh isteri. 

#4 -Sediakan Tempat Tidur Yang Kemas Dan Menyenangkan Buat Suami

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, ianya juga merupakan salah satu tempat yang tenang untuk mereka saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Justeru itu, jadikanlah tempat tidur salah satu tempat yang eksklusif dan peribadi untuk pasangan kita. Isteri perlu lebih kreatif dalam menghias bilik tidur agar wujudnya ketenangan ketika berada di dalam bilik tidur. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izin termasuklah anak-anak. Hal ini disebabkan bilik tidur adalah tempat peribadi antara suami dan isteri sahaja. 

#5 – Menjadi Pendengar Setia Untuk Suami Selalu

Satu sifat wanita yang tidak di gemari oleh suami adalah membebel atau membantah. Jadi untuk menjadi wanita yang terbaik buat suami jadilah pendengar yang setia tanpa usulkan apa-apa bantahan terhadap apa yang di ungkapkan oleh suami. Ada masanya mereka hanya memerlukan sokongan dan dorongan dalam setiap masalah yang di hadapi kerana suami isteri haruslah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. 

#6 – Ucap Terima Kasih Pada Suami Atas Setiap Kebaikkannya 

Lumrah manusia suka mendengar ucapan terima kasih atas setiap satu kebaikan yang diberikan. Begitu juga dengan suami, mereka sangat gembira sekiranya isteri mengucapkan terima kasih akan setiap pemberian yang mereka berikan. Ucapan terima kasih umpama ubat bagi setiap penat lelah yang mereka berikan selama ini dalam mencari nafkah untuk keluarga. 

Setiap ucapan terima kasih yang diberikan kepada suami atas segala kebaikan yang mereka berikan mampu membuatkan mereka sentiasa rindu akan ungkapan tersebut. Ucapan terima kasih umpama satu ucapan yang mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri yang sukar untuk diungkapkan. 

#7 – Jadilah Isteri Yang Manja Tapi Bukan Mengada-ngada

Setiap lelaki atau suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai terlebih manja. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mudah mendapat apa yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat akan kemanjaannya yang tiada siapa boleh gantikannya. Kalau dah suami teringat-ingat, kebarangkalian untuk dia mencari yang lain adalah rendah.

cara buat suami rindu

image via : Popbela

Sedikit Tips Tambahan Untuk Wanita Yang Berkerjaya

Tetapi aktiviti menyambut kepulangan suami bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang berkerjaya. Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah seperti ini (bagi wanita berkerjaya). 

Setiap air tangan seorang isteri mampu mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga. Jadi, sekiranya kita tidak mampu menyambut suami ketika pulang kerana kengkangan kerjaya maka carilah alternatif lain untuk membuatkan suami sentiasa rindu akan kita. 

Sebagai contoh :

  • Gantikan sambut kepulangan suami dengan menyediakan makanan yang sedap untuk mereka ( tidak kira sarapan / dinner)
  • Temani suami makan di meja makan supaya mereka merasa diri mereka dihargai 
  • Luangkan masa ketika hujung minggu
  • Rendahkan suara dan cuba bermanja dengan suami untuk sebuah hubungan yang manis

Baca juga jenis cincin dalam perkahwinan dan petua cepat hamil selepas gugur

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.