“Mak, abang nak kahwin” Apa? Eh baru habis SPM dah nak nikah? Boleh pengsan mak ayah bila anak lelaki sebut nak beristeri sedangkan sekolah pun baru habis mak ayah tanggung. Namun itulah yang berlaku. Tambahan pula, pada masa ini kahwin muda sudah menjadi trend. Sana sini ada saja pasangan yang berkahwin di usia muda. Masing-masing kelihatan sangat happy bila dapat bersama dengan cinta hati.

kahwin muda

image via : Baitul Jannah

Tidak dinafikan, kahwin muda ini ada pelbagai manfaat dan kelebihannya. Walaupun pandangan umum mengatakan kahwin muda ini sukar, tetapi sesiapa yang sudah hadapinya akan mengetahui kelebihan berkahwin awal. Tetapi kena fikirkan juga akan cabarannya. Cabaran paling hebat adalah untuk meyakinkan ibubapa masing-masing yang pernikahan itu memang betul dan tidak sia-sia. Antara cabaran lain bila berkahwin di usia muda ini adalah ;

  • boleh muncul rasa jemu pada pasangan
  • bentuk tubuh boleh berubah disebabkan hormon
  • rakan mungkin menjauh disebabkan status yang sudah berbeza
  • telinga boleh berdesing bila ditegur itu ini oleh pasangan dan keluarga
  • tak cukup duit $$
  • tak cukup masa
  • penat sebab dah kena kerja untuk sara bini

Tips Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

  • perlu belajar untuk setia hanya pada pasangan
  • tidak boleh berbelanja sakan seperti dulu lagi
  • perlu bahagikan masa antara rakan-rakan dan pasangan
  • harus belajar masak untuk suami
  • wajib belajar cari duit sendiri untuk sara isteri
  • kena bersedia untuk menerima bayi bila-bila masa
  • mesti pandai ambil hati keluarga mertua
  • kena berusaha menjaga hati pasangan
  • harus belajar erti beri dan menerima
  • kena banyak sabar supaya tidak berlaku penceraian

Antara Kelebihan Berkahwin Pada Usia Yang Muda

1 : Elak Diri Dari Berzina Yang Sememangnya Haram

Dengan berkahwin pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa yang tanpa kita sedari. Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa zina hati. Zina hati ini kita tidak boleh lihat kerana zina hati ini biasanya dilakukan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta tapi tiada hubungan yang halal.

Mereka mengatakan cinta berlandaskan agama tetapi tanpa disedari mereka telah melakukan satu zina iaitu zina hati. Justeru itu, dengan mendirikan rumahtangga pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa tanpa disedari. 

2 : Kumpul Pahala Dengan Banyak Bersama Pasangan 

Dapat mengumpul pahala kerana telah berjaya melengkapkan separuh daripada iman. Setiap hubungan yang terjalin secara halal diredhai oleh Allah. Justeru itu, pasangan yang berkahwin pada usia yang muda mudah mengumpul pahala. Setiap satu perkara yang dilakukan akan mendapat pahala sebagai contoh berpegangan tangan boleh mengeratkan hubungan suami isteri sekaligus boleh mendapat pahala.

Hal ini disebabkan, berpegangan tangan bagi yang halal adalah pahala berbeza dengan mereka yang berpegangan tangan bagi bukan yang halal, ianya mendapat dosa. Jadi, berkahwin pada usia muda mudah mengumpul pahala dan dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa.

"
kahwin muda

image via : Senang Cerita 

3 : Elak Diri Dari Melakukan Seks Bebas 

Dapat mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks bebas. Tahukah anda, salah satu kelebihan mereka yang berkahwin muda adalah dapat menghindari diri daripada melakukan seks bebas dan mereka mampu menjalani hubungan kelamin secara halal. Dengan berkahwin awal, mereka mampu menghindari dari daripada melakukan maksiat dan mampu mengawal hawa nafsu kepada yang tidak halal.

Pada masa yang sama, mereka boleh menyelamatkan diri daripada mendapat penyakit yang disebabkan oleh hubungan seks bebas. Di sini sahaja, kita mampu melihat beberapa kebaikan dalam merancang perkahwinan pada usia yang muda. 

4 : Menyambung Keturunan (Zuriat) Dengan Cara Yang Baik 

Mampu memberikan hadiah yang terindah buat ibu bapa. Hadiah yang dimaksudkan adalah, kita mampu memberikan menantu buat keluarga serta keturunan yang menyambung legesi keluarga. Hadiah ini merupakan hadiah terbesar buat si ibu dan bapa. 

5 : Belajar Erti Sebuah Tanggungjawab 

Menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab. Mereka akan lebih bertanggunjawab selepas bernikah kerana setiap mereka yang berumahtangga perlu menyediakan segala persiapan dan nafkah untuk pasangan mereka.

Disebabkan oleh itu, mereka akan menjadi seorang yang lebih bertanggunjawab serta seorang yang boleh diharapkan sebagai pelindung keluarga. Walaupun, sifat bertanggunjawab ini bukan mudah seperti yang diperkatakan tetapi pada kebiasaannya sifat tanggunjawab ini akan dilaksanakan secara natural apabila mereka bergelar suami. 

6 – Tidak Lagi Buang Masa Dengan Rakan Sebaya 

Mereka yang berkahwin pada usia yang muda boleh memperbaiki diri daripada segala kekurangan. Umum pasti biasa melihat seseorang yang gemar melepak di mamak dengan membuang masa berbual tanpa arah tuju akan kurang lepak apabila mereka sudah mendirikan rumahtangga. Di sini kita dapat melihat salah satu kebaikan mereka yang berkahwin muda akan cuba memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Semua ini disebabkan mereka mahu menjadi ketua keluarga dan role model yang terbaik buat pasangannya. 

7 – Lebih Mengenal Allah Terutama Dalam Rezeki 

Mudah menjemput rezeki. Setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada rezeki disebaliknya. Justeru itu, sama juga dengan berkahwin pada usia muda kita sudah menjemput atau membuka satu lagi pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya, rezeki pasangan yang berkahwin adalah rezeki yang tidak disangka-sangka kerana janji Allah itu pasti. Setiap kebaikan yang dilaksanakan akan ada balasan kebaikan yang akan Allah gantikan.

Kahwin Muda Ada Cabaran Dan Kebaikkannya, Fikirkan Dulu Sebelum Bertindak

Sebuah perkahwinan adalah sebuah ikatan yang tidak boleh dipandang remeh. Perkahwinan ini melibatkan tanggungjawab dan turut melibatkan rasa hati. Untuk berjaya dalam sesebuah perkahwinan itu ada pro dan kontranya. Kena fahami cabaran yang perlu dilalui sebelum membuat keputusan.

Berkahwin di usia muda merupakan satu cabaran yang sangat besar. Jika rasa diri benar sudah bersedia maka bolehlah diteruskan perkahwinan itu. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda belajarlah untuk berani dan bersedia dari awal. Baca juga cara untuk luah hati pada si dia, tugas sebenar bridesmaid dan sebab utama mengapa ramai pengantin kahwin lari.

Sumber :

Aku Islam

Baitul Jannah

Remaja

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.