Selama ni tak terfikir mainan bayi yang sesuai mengikut umur bayi, kami dok beli suka hati ja mainan bagi kat anak”

Itu dia keluhan para ibu bapa yang baru tahu bahawa mainan bayi tidak semua sesuai untuk diberikan. Mainan bayi yang boleh anda berikan haruslah mengikut kesesuaian umur mereka. Perkara ini bukanlah boleh dianggap remeh-temeh memandangkan mainan bayi akan mempengaruhi kesihatan dan minda mereka.

mainan bayi
Imej via [mommyasia]

Mainan bayi mengikut umur bayi akan mempengaruhi perkara-perkara seperti kekuatan lengan bayi, kekerapan bayi merangkak, kekuatan bayi menggigit, ketelitian bayi terhadap mainan dan minda bayi. Oleh itu, penting untuk anda pastikan mainan bayi yang anda pilih selamat dan mudah digunakan untuk bayi bermain.

Tahukah anda, setiap 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun umur bayi, bayi perlu menukar mainan yang lebih sesuai. Apakah mainan bayi untuk 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun? Jom lihat senarai mainan bayi di bawah.

Mainan Bayi – 3 Bulan

Bayi pada usia 3 bulan akan seronok mendengar bunyi-bunyi mainan, melihat warna-warni yang menarik perhatian dan juga akan mula memegang barang-barang. Mainan bayi untuk bayi usia 3 bulan haruslah mempunyai ciri dan tekstur bersesuaian dengan kehendak bayi anda.

Antara mainan yang boleh anda berikan adalah:

  • Gelang Gigit – Gelang gigit tidak terlalu keras dan tidak menyakitkan jika anak anda suka meletakkan objek ke dalam mulutnya. Belikan gelang gigit yang sesuai untuk anak berusia 0 – 3 bulan.
mainan bayi
Imej via [mybetterdentists]

  • ‘Lightweight Rattle’ – Permainan rattle ini adalah untuk digoncang atau dipegang oleh bayi. Rattle yang ringan sangat sesuai untuk bayi anda supaya ia tidak jatuh ke wajah bayi.
mainan bayi
Imej via [blanja]

  • Mainan Berbunyi – Mainan bayi berumur 3 bulan yang berbunyi sangat disarankan. Mereka akan merangsang dengan bermain mainan bunyi yang diberikan. Antaranya adalah itik berbunyi, bola-bola bunyi dan lain-lain lagi.
mainan bayi
Imej via [blanja]

  • Mainan Gantung – Kenapa mainan gantung sesuai untuk bayi 3 bulan? Mereka akan cenderung melihat sesuatu bergerak dan minda mereka juga akan bergerak memikirkannya. Ia dapat meransang otak sekaligus.
mainan bayi
Imej via [panclick]

  • Teddy Bear Kecil – Teddy bear kecil atau bear boleh anda berikan kepada bayi anda. Mereka akan gunakan sebagai bantal peluk atau mainan yang mudah untuk dipegang.
mainan bayi
Imej via [ruslar]

Mainan Bayi – 6 Bulan

Bayi berusia 6 bulan sudah aktif dan ingin bergerak bermain malah ada juga yang sudah pandai berpusing-pusing dan cuba meniarap. Mereka sudah pandai memegang objek dengan betul dan ingin memegang banyak objek dalam rumah. Jom lihat mainan bayi untuk bayi 6 bulan pula.

  • Playmat –  Playmat atau tikar adalah mainan sesuai untuk bayi berumur 6 bulan memandangkan mereka sangat aktif bergerak. Mereka boleh bermain di atas playmat bercorak dan akan cuba sentuh corak tersebut.

  • Teething Ring – Bayi amat suka mengunyah. Kala ini, teething ring yang sesuai digunakan adalah bersaiz besar dan bercorak sedikit untuk menarik minat bayi memegangnya.

  • Mainan Blok / Lego – Bermain lego atau blok dapat merangsang otak bayi lebih berkembang dan seiring pertumbuhan, ia sesuai dengan bayi berumur 6 bulan.
mainan bayi
Imej via [siraplimau]

  • Mainan Fabrik Bayi – Bayi ingin bermain? Mainan sesuai untuk bayi berumur 6 bulan adalah mainan fabrik. Mainan yang lembut dan tidak menyakitkan amat disarankan.
mainan bayi
Imej via [dhgate]

  • Buku Bayi Nipis Dan Kecil – Buku bergambar atau buku cerita dapat menarik hati bayi anda melihatnya selalu. Paling penting, ia harus nipis dan kecil.
mainan bayi
Imej via [lazada]

Mainan Bayi – 1 Tahun

Bayi yang berumur 1 tahun sudah pandai bertatih, merangkak, bergerak, mengengsot dan sebagainya. Apa yang mereka inginkan, semuanya mereka akan cuba. Mainan bayi boleh diberikan adalah mainan yang lebih mencabar.

  • Anak Patung – Mainlah anak patung kerana ia akan jadikan imaginasi anak anda bertambah matang. Mereka akan mula fahami hal manusia dan kenali diri sendiri juga.
mainan bayi
Imej via [Fanpop]

  • Masak-masak – Bermain masak-masak sangat sesuai untuk anak berumur 1 tahun. Mereka boleh menggayakan diri seperti seolah-olah sedang memasak dan sebagainya.
mainan bayi
Imej via [youtube]

  • Pembinaan Blok – Anak anda akan seronok untuk meneliti dan membina bahan mainan lego mereka. Biarkan dia sendirian bermain lego tersebut. Mudah untuk anda membuat kerja lain.
mainan bayi
Imej via [BumBumCak]

  • Baby Walker – Baby walker di rumah juga boleh dijadikan mainan anak anda. Anak berusia 1 tahun amat suka bergerak. Letak dan biarkan dia bermain dalam walker baby.
mainan bayi
Imej via [target]

  • Rumah-Rumah – Bayi boleh masuk dan duduk di dalam rumah mainan mereka. Ia sangat menarik. Anda boleh beli di DIY atau buat sendiri rumah mereka.
mainan bayi
Imej via [jogja.tribunnews]

  • Huruf-Huruf – Mainan bayi huruf-huruf ini boleh didatangkan sebagai puzzle, bantal, lego dan banyak lagi. Anda boleh pilih mengikut kemahuan anda.

  • Objek Haiwan – Objek haiwan seperti dinasour, singa, kucing dan lain-lain lagi pasti menjadi mainan kegemaran anak anda.
mainan bayi
Imej via [youtube]

  • Buku Bayi – Buku bayi berkulit keras boleh anda beli kerana bayi sudah pandai pegang buku sendiri dan akan membuka buku tersebut tiap kali bermain.
mainan bayi
Imej via [fancybox]

Sudah tahu mainan bayi mana satu yang sesuai untuk anak anda? Carilah mainan bayi yang bersesuaian dengan umur bayi anda sama ada 3 bulan, 6 bulan ataupun 1 tahun. Anak akan seronok bermain dan akan lebih ceria!

Jom baca juga Cara pilih puting bayi, Cara bayi mudah merangkak dan Kebaikan bayi merangkak.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2.  siraplimau
  3. lovebaby

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.