Allah SWT telah memerintahkan:

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا ٢٤

Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (Surah Al Isra’: 24)

Begitu Allah swt meminta kita untuk menjaga dan mengasihani ibu bapa sebagaimana mereka telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil. Walaubagaimanapun mereka, mereka tetap ibu bapa kita yang merupakan malaikat yang telah menjaga kita di dunia ini.

Selain dari membalas jasa ibu bapa, sebagai anak, kita dituntut untuk berbuat baik dengan cara menjaga adab terhadap kedua ibu bapa. Terdapat banyak adab terhadap ibu bapa yang perlu kita pupuk sejak kecil lagi.

adab terhadap ibu bapa
Imej via [pesona pengantin]

Adab Terhadap Ibu Bapa: Layanan

  1. Layanlah ibu bapa sebagaimana anda melayan seorang raja dan permaisuri dengan menurut perintah mereka yang tidak bertentangan dengan Islam.
  2. Ringankan tulang anda untuk melakukan kerja atau membantu mereka dengan kerja rumah atau apa yang mereka minta.
  3. Tidak berkasar dengan mereka dan tidak merungut dengan setiap perbuatan serta layanan mereka terhadap anda, sebaliknya anda perlu melayan mereka dengan baik.
  4. Sahut panggilan ibu bapa setiap kali mereka memanggil anda.
  5. Mengetahui tanggungjawab anda terhadap ibu bapa dan memahami keperluan mereka.
  6. Sembang dan berbual dengan baik dan hormat terhadap mereka.
  7. Mendengar kata kedua ibu bapa dan berbakti kepada mereka.
  8. Berbakti kepada mereka sementara masih hidup adalah salah satu adab terhadap ibu bapa.
  9. Suap menyuap ketika makan untuk mengeratkan silaturrahim anda dan ibu bapa anda.
adab terhadap ibu bapa
Imej via [blog.123rf]

Islam juga telah menyarankan dan menyuruh kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Ia adalah sebuah tanggungjawab dan kewajipan yang berkait rapat dengan adab terhadap ibu bapa.


۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. (Surah An-Nisa’ : 36)

Adab Terhadap Ibu Bapa: Pergaulan

  1. Tidak maki, bercakap kasar dan merungut dengan ibu bapa anda.
  2. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun.
  3. Sentiasa mendoakan ibu bapa anda setiap masa dan walau dimana mereka berada.
  4. Menumpukan seluruh perhatian terhadap mereka apabila bercakap dengan mereka.
  5. Menyahut panggilan mereka ketika dipanggil juga merupakan adab terhadap ibu bapa.
  6. Jangan menyampuk perbualan atau ketika ibu bapa bercakap.
  7. Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anda dengan doa yang baik-baik.
  8. Sentiasa tersenyum dan menunjukkan muka manis di hadapan ibu bapa.
adab terhadap ibu bapa
Imej via [Baituljannah]

Allah SWT juga berfirman:

۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا ٢٣ وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا ٢٤

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan perkataan ‘ah’ dan jangan­lah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh rasa kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (Al-Isra’:23-24)

Jangan sesekali mengatakan ‘ah’ atau membentak mereka tetapi ucapkanlah perkataan yang mulia bagi mereka. Jaga setiap butir percakapan anda dengan mereka. Cara bercakap dengan ibu bapa juga menjadi penentuan seseorang ke syurga atau neraka. Jagalah adab terhadap ibu bapa dari segi percakapan dan layanan.

Adab Ketika Berada Bersama Ibu Bapa

adab terhadap ibu bapa
Imej via [Baituljannah]
  1. Jangan ketawa dengan kuat atau berdekah-dekah apabila berada bersama mereka.
  2. Jangan menjulur kaki ke hadapan mereka.
  3. Mengutamakan ibu bapa untuk semua perkara termasuklah masuk ke tempat atau rumah orang lain diutamakan ibu bapa dahulu.
  4. Hormat saudara-mara dan kenalan ibu bapa anda.
  5. Jangan ganggu ibu bapa tidur atau istirehat adalah cara anda tunjukkan adab terhadap ibu bapa.
  6. Ajaklah ibu bapa makan bersama dan jangan lupakan ibu bapa setiap kali ada sesuatu rezeki yang dikurniakan.
  7. Menjaga ibu bapa yang sakit dan tidak sihat, jangan tinggalkan mereka begitu sahaja.

Asma’ binti Abu Bakar Radhiallahu’anhuma telah berkata (yang bermaksud):

Aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik (belum masuk Islam) di zaman Rasulullah Salallahu’alaiwasallam, lalu aku minta fatwa daripada Rasulullah Salallahu’alaiwasallam. Aku berkata, “Aku telah bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?” Jawab Rasulullah, “Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq alaihi)

Setiap anak diwajibkan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka walaupun mereka bukan Muslim. Sudah menjadi satu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dimana anak harus menjaga kebajikan ibu bapa walau apa agama mereka sekalipun. Hormat dan berlemah lembutlah dengan mereka.

Adab Ketika Ibu Bapa Meninggal

adab terhadap ibu bapa
Imej via [thedailystar]
  1. Prihatin akan keadaan mereka setelah jasad tidak bernyawa lagi.
  2. Hormati dan jaga aurat mereka sepanjang mayat belum dikebumikan.
  3. Layan kawan mereka dengan baik dan uruskan hutang mereka.
  4. Mendoakan keampunan ibu bapa anda
  5. Melaksanakan wasiat ibu bapa anda
  6. Mendoakan ibu bapa dan mengingati mereka dengan bersedekah atau membuat tahlil untuk mereka.
  7. Mengimani solat jenazah mereka jika berlaku kematian kepada mereka.

Sehingga ibu bapa meninggal pun, adab terhadap ibu bapa masih ada dan harus dilaksanakan. Semoga kita mendapat pahala dan keberkatan dunia akhirat dengan menyempurnakan adab terhadap ibu bapa.

adab terhadap ibu bapa
Imej via [kosmo]

Jom baca juga Cara membalas jasa ibu bapa, Tips anak solehah, Doa anak periksa dan Hadiah hari jadi anak perempuan.

Rujukan:

  1. aqamaislam
  2. dakwahdantarbiah
  3. teamtazkirahplus

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.