Susu kambing mendapat tempat dihati ibu mengandung di Malaysia memandangkan ia adalah salah satu daripada makanan yang mendapat label makanan sunnah.

Seperti yang kita sedia maklum, makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh Rasulullah dan juga makanan yang dimakan oleh ahli syurga. Oleh itu, rugi sangat kalau kita tak amalkan makanan sunnah, terutamanya semasa tempoh mengandung.

Jika anda memilih untuk mengamalkan susu kambing sepanjang tempoh mengandung, pastinya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung. Susu kambing sememangnya kaya dengan 1001 kebaikan dan sesuai untuk dimalkan oleh semua lapisan umur, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Di antara kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung ialah seperti berikut:

susu kambing untuk ibu mengandung
Sumber: Hipwee

Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan

Salah satu daripada kebaikan susu kambing ialah membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh badan. Apabila sistem imuniti meningkat, anda tidak akan mudah untuk dijangkiti penyakit. Adalah sangat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan agar tidak menjejaskan kandungan.

Ibu yang sering jatuh sakit dan kerap makan ubat sepanjang tempoh kehamilan boleh menjejaskan tumbesaran bayi didalam kandungan. Oleh itu, jika anda kerap berasa tidak sihat, apa salahnya kalau berikhtiar dengan mengamalkan susu kambing demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.

Susu kambing bersifat alkali

Satu lagi kebaikan usu kambing adalah ianya bersifat alkali, oleh itu ia tidak akan menyebabkan perut anda berasid. Perasan tak, bila anda makan makanan yang berasid seperti asam dan jeruk, anda akan berasa sakit perut. Ini berlaku kerana asid dalam makanan tadi akan bertindak balas dengan asid dalam perut anda lalu menyebabkan berlakunya ketidakselesaann.

Malah bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness, biasanya asid dalam perut akan menyebabkan ketidakselesaan dan heartburn. Oleh itu, pengambilan susu kambing yang bersifat beralkali adalah sangat membantu.

Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan

Anda sedia maklum bahawa ibu mengandung selalu penat, tidak dapat memberikan tumpuan dengan baik, dan menjadi seorang yang pelupa. Anda akan menjadi seorang yang sangat caca-marba. Jangan salahkan diri sendiri, ianya berlaku kerana ketidakseimbangan hormon yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda. Amalan minum susu kambing membantu untuk mengatasi masalah yang dinyatakan tadi. Lepas ni takde lah anda terlupa di mana anda letakkan kunci kereta.

Membantu membaiki fungsi sistem penghadaman

Semakin besar kandungan anda, sistem penghadaman akan semakin terjejas dan tidak dapat berfungsi pada tahap optimum. Ini berlaku kerana kandungan yang semakin besar akan menghimpit sistem pencernaan dan usus anda lalu menyebabkan pergerakan usu menjadi semakin perlahan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu kambing semasa mengandung membantu membaiki fungsi sistem penghadaman anda.

Menguatkan tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf

Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Kalsium yang terdapat dalam susu kambing membantu menguatkan tulang, otot, sendi, kulit dan saraf ibu mengandung. Ia membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi agar tidak reput. Selain itu, kalsium dalam susu kambing juga membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan sempurna.

Mengurangkan risiko alahan semasa mengandung

Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan dalam susu lembu yang boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami alahan atau morning sickness. Bahan tersebut iaitu protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein Protein tidak terdapat dalam susu kambing. Oleh itu, amalan minum susu kambing semasa mengandung mengurangkan risiko anda mengalami alahan semasa mengandung.

Sesuai untuk anda yang mengalami masalah alahan kepada laktosa (lactose intolerance)

Kajian mendapati bahawa kandungan laktosa dalam susu kambing adalah sangat rendah berbanding susu lembu. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah alahan kepada laktosa atau lactose intolerance yang menyebabkan anda tidak dapat minum susu lembu, anda boleh jadikan susu kambing sebagai alternatif.

Tidak membentuk lendir

Kebaikan susu lembut untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah ianya tidak menyebabkan tubuh badan menghasilkan lendir, mukus, atau pun kahak. Ini kerana susu lembu boleh menyebabkan badan menghasilkan lendir lalu menyebabkan anda mengalami batuk, selsema, dan serangan asma.

Kaya dengan Riboflavin

Susu lembu kaya denganRriboflavin. Di antara kebaikan Riboflavin kepada ibu mengandung ialah:

  • Membekalkan tenaga
  • Merawat simptom penyakit asma
  • Mengurangkan ekzema dan gatal semasa mengandung
  • Mengatasi masalah insomnia sepanjang tempoh kehamilan
  • Membantu perkembangan sel otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan anda
  • Membantu perkembangan sel, sendi, dan organ bayi dalam kandungan anda

Menstabilkan tekanan darah ibu mengandung

Susu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah menjadikan ianya sebagai alternatif terbaik untuk menstabilkan tekanan darah sepanjang tempoh anda mengandung.

Mengatasi masalah sembelit semasa mengandung

Jika anda mempunyai masalah sembelit semasa mengandung, kami cadangkan anda amalkan minum susu kambing setiap hari. Ini kerana susu kambing membantu melembutkan najis.

susu kambing untuk ibu mengandung
Sumber: Fineartamerica

Mencegah penyakit Diabetis semasa mengandung

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes atau kencing manis semasa mengandung. Adalah sangat penting untuk anda mengelakkan daripada terkena penyakit ini kerana ia boleh menjejaskan kandungan malah boleh menyebabkan berlakunya keguguran atau kelahiran pra matang.

Itulah dia info tentang susu kambing untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, kebaikan folik asid untuk ibu mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.