Isteri adalah satu figura penting dalam masyarakat. Tanpa mereka banyak perkara yang tidak mungkin boleh dikecapi. Seorang isteri pastinya telah banyak berkorban demi keluarga dan suami yang tercinta. Isteri juga adalah tulang belakang kepada suami dan juga keluarga. Tanpa sokongan dan pengorbanan seorang isteri pastinya kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga tidak dapat dikecapi.

seri wajah isteri

Seri wajah isteri yang baik sering kali dijadikan kayu ukur kebahagiaan sebuah rumah tangga. Lebih berseri wajah isteri kita lebih bahagia rumah tangga kita. Ini kerana kebahagian hanya dapat dikecapi apabila kedua-dua pihak di dalam rumah tangga dapat memberi komitmen yang penuh untuk memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Isteri yang gembira dapat mengubah suasana di dalam sebuah rumah tangga. Ini kerana apabila mereka berada di dalam keadaan gembira mereka dapat memberikan komitmen yang terbaik. Pada hari ini kita akan berkongsi tips-tips menaikkan seri wajah isteri oleh Dr Taufiq Razif.

6 Cara Naikkan Seri Wajah Isteri

  1. Selalu buat lawak yang kadangkala hambar asalkan si dia tersenyum.
  2. Selalu buat urutan badan jika isteri mula mengadu sakit badan akibat kepenatan.
  3. Berikan isteri mengambil masa untuk “ber-Me Time” dengan Tuhannya dengan bangun awal dan solat tahajjud sebelum subuh.
  4. Selalu memuji kecantikan isteri setiap kali si dia habis berdandan tanpa diminta.
  5. Sensitif dengan kepenatan isteri. Apabila nampak isteri sudah terlalu penat, suami boleh mengambil semua tanggungjawab di rumah dan minta isteri tidur dan berehat.
  6. Tadah telinga ketika si dia meluahkan dan bercerita walaupun benda yang diceritakan tidak ada kena mengena dengan kita.

*Itulah dia 6 tips yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif mengenai cara-cara menaikkan seri wajah isteri kita yang tercinta. Harapnya perkongsian ini akan memberi banyak manfaat kepada pasangan suami isteri di luar sana. Selepas ini, bolehlah kita mencuba tips-tips ini dengan pasangan masing-masing!

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Artikel lain yang menarik:

Selain daripada artikel ini, terdapat beberapa lagi artikel buat anda. Jangan lupa untuk menyinggah disana ya! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.