Spaghetti Aglio Olio Adalah resepi yang tidak menggunakan tomato-based sauce, malah ianya hanya menggunakan bahan – bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih serta Parmesan cheese. Aglio e Olio bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak di dalam bahasa Itali. Ianya merupakan makanan tradisi Itali yang datangnya daripada Naples. Aglio Olio selalunya digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah.

Aglio Olio juga sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Ini kerana Aglio Olio tidaklah renyah dan tidak bersos. Jika anda mencarikan sesuatu yang mudah dan unik, Aglio Olio mungkin adalah pilihan anda. Tanpa kita membuang masa, jom tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Sya Shamsuddin di Facebook dan telah mendapat beribu – ribu perkongsian!

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Aglio Olio

Image via My Food Network

Bahan – bahan:

  • Spaghetti – rebus hingga masak
  • Udang (lagi banyak lagi sedap)
  • Ceri tomato
  • Italian parsley
  • 1 labu Bawang putih
  • 4-5 Cili kering

Nota: Cili kering potong panjang – panjang, lebih kurang 4cm. Jangan kisar.

  • Parmesan cheese
  • Cili flakes
  • Olive oil
  • Garam

Nota: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun boleh.

Aglio Olio

Image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Mula-mula, rebus spaghetti hingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tuang sedikit olive oil. Kemudian goreng bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili kering.
  4. Kemudian masukkan secret ingredient, kepala udang. Shh ini rahsia tau!
  5. Goreng lagi hingga garing.
  6. Masukkan spaghetti. Gaul rata. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air.

    Aglio Olio

    Image via Facebook

  7. Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Kita gaul lagi.

    Aglio Olio

    Image via Facebook

  8. Kalau nak pedas, tambahkan cili flakes.Tambah garam dan satu lagi secret ingredient, parmesan cheese. Sedap berlemak.

    Aglio Olio

    Image via Facebook

  9. Siap!
    Aglio Olio

    Image via Facebook

     

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi menarik yang anda boleh cuba selain daripada resepi Spaghetti Aglio Olio ini. Sudah pasti ianya mudah dan ringkas! Oh ya, jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada rakan – rakan dan keluarga anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.