Layanlah ibu bapa mu sebagai raya, nescaya rezeki yang diberi kepadamu akan melimpah ruah

Sering kita terdengar ayat sebegitu tetapi kita tidak yakin akan kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa. Sedarlah seketika, sebenarnya setiap kali kita berbuat baik kepada ibu bapa, semakin mencurah-curah rezeki kita, malaikat mencatatkan rezeki terhadap kita malah kita berada dalam lindungannya.

Sebagai seorang anak, kita haruslah berbuat baik kepada ibu bapa. Banyak cara untuk anak berbuat baik kepada ibu bapa, tetapi masih ramai yang tidak sedar akan hal ini. Lebih menyedihkan lagi, ramai yang menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan tidak berbuat baik kepada mereka.

Jom lihat 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang boleh anda praktikkan.

berbuat baik kepada ibu bapa
Imej via [Apakes]

1. Menjaga Kebajikan

Jagalah kebajikan ibu bapa dari segi menyediakan tempat tinggal, makanan, memberikan duit belanja, barang dapur dan lain-lain kebajikan ibu bapa anda. Membawanya ke klinik atau hospital jika ibu bapa sakit juga merupakan kebajikan mereka yang harus anda jaga. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa yang ramai tak sedar.

2. Menelifon Atau Bertanya Khabar

Tefelon ibu bapa anda selalu dan bertanya khabar adalah salah satu cara berbuat baik kepada mereka. Kadang kala, cukuplah anda menghubungi ibu bapa anda sahaja, mereka amat merindui anak-anak dan berharap ingin bercakap dengan anak-anak.

berbuat baik kepada ibu bapa
Imej via [Keluarga]

3. Menjaga Ibu Bapa Ketika Sakit

Cara berbuat baik kepada ibu bapa yang anda boleh praktikkan adalah sentiasa mengambil berat akan kesihatan ibu bapa. Jagalah mereka ketika mereka sakit dan belilah ubat-ubatan mereka. Kebaikan menjaga orang sakit amat banyak, apatah lagi anda menjaga ibu bapa anda yang sakit.

4. Sering Ada Di Sisi Ibu Bapa

Jangan tinggalkan ibu bapa anda dan tidak menghubungi mereka terus. Walaupun tinggal berasingan, selalunya melawat mereka dan berada di sisi mereka. Cara berbuat baik kepada ibu bapa ini amat digalakkan dalam Islam.

5. Taat Kepada Ibu Bapa

Bersikap taat kepada ibu bapa ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia adalah salah satu cara untuk anda berbuat baik kepada ibu bapa. Allah swt juga memuliakan orang yang taat kepada ibu bapa.

Jelas dinyatakan di Surah Luqman (31:14)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 31:14)

berbuat baik kepada ibu bapa
Imej via [maitengok]

6. Bercakap Dengan Baik Dan Sopan

Cara percakapan yang baik juga menunjukkan bahawa anda berbuat baik dengan ibu bapa atau sebaliknya. Cakaplah dengan sopan dan lembut untuk menenangkan hati ibu bapa anda. Perkataan seperti ‘ah’, ‘cis’ dan cacian juga akan menyebabkan malaikat mencatitkan dosa buat anda.

7. Membantu Ibu Bapa

Bantulah ibu bapa anda melakukan kerja-kerja rumah, memasak, basuh baju dan sebagainya. Walaupun anda bekerja, curilah masa untuk membantu mereka pada hari cuti. Berbuat baik kepada ibu bapa dengan cara sebegini amat mudah dan juga dianggap sedekah kerana membantu mereka.

8. Mendoakan Ibu Bapa

Cara berbuat baik untuk kedua ibu bapa adalah dengan mendoakan mereka. Doa yang baik-baik kepada kedua ibu bapa anda seperti dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan dibahagiakan hidup mereka.

berbuat baik kepada ibu bapa
Imej via [hadithoftheday]

9. Mengajarkan Ilmu Agama

Sekiranya orang tua anda sudah jauh dari agama, jangan malu untuk mengajar mereka kembali akan ilmu agama. Nasihati mereka untuk menunaikan solat dan sebagainya adalah cara anda berbuat baik kepada ibu bapa.

10. Membawa Ibu Bapa Bersiar-Siar

Bawalah ibu bapa anda bersiar-siar mengambil udara segar dan merasai keseronokan di luar. Mereka pasti selalu menghabiskan masa yang banyak di rumah. Dengan membawa ibu bapa bersiar-siar, anda telah berbuat baik kepada ibu bapa.

11. Menyayangi Ibu Bapa

Sayanglah ibu bapa anda sepenuh hati, jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati mereka. Tunjukkan juga sayang anda dengan cara menyentuh tangan mereka dan mencium mereka.

buat baik kepada ibu bapa
Imej via [kiasnurani]

12. Meminta Restu Dan Redha Ibu Bapa

Restu dan redha ibu bapa sangat penting untuk anda mendapat keberkatan hidup. Ibu bapa redha bermaksud Allah swt pun redha. Minta mereka doakan anda sementara masih hidup, doa ibu bapa tiada tandingannya.

13. Menunaikan Umrah Dan Bersedekah Bagi Ibu Bapa

Bawalah ibu bapa anda menunaikan umrah dan haji. Pastinya ia adalah idaman untuk semua ibu bapa. Sekiranya ibu bapa telah tiada, anda boleh melakukan upah umrah untuk mereka. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa tanpa anda sedari.

14. Berikan Hadiah Kepada Ibu Bapa

Sekali sekala, apa kata berikan ibu bapa anda hadiah. Hadiah berupa barang-barang atau makanan juga tidak mengapa. Sebagai contoh, berikan set buah-buahan untuk mereka. Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi anda mampu dan sihat.

15. Memuliakan Ibu Bapa

Muliakanlah ibu bapa anda setiap hari. Junjungilah mereka sebagai idola anda dengan cara memberikan yang terbaik buat mereka dan berbuat baik kepada mereka. Allah swt suka orang yang memuliakan ibu bapa dan berbuat baik kepada ibu bapa.

berbuat baik kepada ibu bapa
Imej via [congkop]

Jom lakukan 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang telah kami kongsikan. Mungkin kehidupan anda akan menjadi lebih baik dan lebih bahagia. Jom baca juga Adab terhadap ibu bapa, Cara balas jasa ibu bapa, Adab ziarah kubur dan Senarai hadiah untuk ayah.

Rujukan:

  1. facebook
  2. islamituindah
  3. mufti.pahang

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.