Tugas suami untuk cari nafkah tapi ada juga suami malas kerja dan memilih hingga mengharap isteri tanggung semua belanja. Bila di suruh cari kerja ada saja alasan. Adalah sangat berdosa sebenarnya jika suami lepas tangan dengan sengaja malas berkerja. Sedih sangat bila melihat suami malas buat itu ini hingga menyebabkan si isteri terpaksa susah payah keluar berkerja demi mencari rezeki buat anak-anak.

suami malas kerja
image via : Today

Suami malas kerja boleh dianggap seperti biawak hidup yang hanya nanti di suap makan. Kerja malas tapi tak malu pula untuk makan hasil usaha rezeki yang di cari isteri. Kisah rumahtangga begini memang ada berlaku dan ianya benar-benar menyedihkan.

Antara Punca Kenapa Lelaki Malas Berkerja

  • Memang spesis pemalas dari dulu
  • Tidak mahu susahkan dirinya sendiri
  • Punya isteri yang bergaji tinggi
  • Isteri mudah hulur duit bila di minta
  • Lebih suka duduk saja dari keluarkan tenaga
  • Telah dimanjakan dengan kemewahan sejak kecil

10 Tips Sebagai Cara Mengatasi Masalah Suami Malas Bekerja

Ada juga isteri yang masih sayang pada suami dengan harapan ingin suami berubah sikap. Mungkin disebabkan takut jika anak-anak kurang kasih sayang ayah menyebabkan si isteri masih sabar. Dan mungkin juga si suami dulu tidak bersikap malas berkerja begini hingga menyebabkan si isteri ingin memberi peluang ke dua.

Untuk isteri yang masih ingin beri peluang bolehlah cuba tips di bawah ini dalam usaha untuk mengubah sikap suami sendiri. Antara tips tersebut adalah ;

#1 – Kenal Pasti Perubahan Pada Suami Anda

Kenal pasti punca suami malas kerja dengan segera. Perhatikan perubahan sikap suami. Jika tiba-tiba malas untuk ke tempat kerja mungkin ada suatu masalah yang sedang berlaku padanya. Mana tahu suami anda sedang ada masalah di tempat kerja. Masalah dengan boss atau rakan sekerja mungin.

Cuba anda bersemuka dan tanya apakah sebab suami malas untuk pergi berkerja dan anda juga kenalah bersikap tenang untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh suami. Jangan marah suami tanpa usul periksa sebaliknya dengar dulu apa yang ingin suami sampaikan walau kedengaran seperti seribu alasan.

#2 – Luahkan Rasa Kecewa Dan Sedih

Bersemuka dengan suami yang malas kerja ini juga penting! Anda perlu tanya apa yang dia sedang berlaku dan jika benar suami memang sedang rasa malas untuk berkerja maka luahkan apa yang terbuku di hati anda itu.

Anda boleh luahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Beritahu secara terus-terang yang sikap suami malas kerja ini hanya akan membuatkan hidup anda sekeluarga hancur. Anak-anak juga boleh hilang hormat dan ikut kecewa dengan sikapnya. Ingat! Adalah lebih baik untuk bersemuka dan berterus-terang dari terus memendam rasa seorang diri.

suami malas kerja
image via : The Hans India

#3 – Berbincang Dan Cari Penyelesaian Bersama

Jika semasa bersemuka memang ternyata suami sedang ada masalah maka berbincanglah dengan baik. Berbincang mencari penyelesaian secara bersama begini akan membuatkan suami rasa tidak keseorangan. Berbincanglah bersama dengan suami dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda sekeluarga.

#4 – Bantu Suami Cari Kerja Baru Jika Perlu

Semakin hari suami anda semakin malas ke tempat kerja anda pun semakin risau. Mungkin suami sudah tidak berminat dengan kerja itu agaknya. Sudah jemu mungkin. Jika benar, apakata jika kali ini anda bantu suami cari kerja baru.

Anda juga boleh mula pujuk dan nasihatkan suami yang rezeki ini luas. Jika sudah tidak serasi di tempat kerja lama boleh terus cari kerja baru. Mana tahu dengan suasana tempat kerja baru suami anda akan kembali rajin mencari nafkah semula bagai dulu.

#5 – Ingatkan Tanggungjawab Suami Selalu Agar Dia Tidak Lupa

Bila suami malas kerja ingatkan suami tentang tanggung jawabnya. Walaupun anda bekerja tanggungjawab dari segi nafkah dan makan minum masih tanggungjawabnya.

Suami tak boleh ambil mudah an lepas tangan akan perkara ini. Anda  juga sebagai isteri tidak boleh terlalu berlembut. Dah memang menjadi kewajipan suami perlu keluar mencari rezeki untuk keluarganya. Jangan sampai anda membela biawak hidup pula.

#6 – Beri Motivasi Dan Sokongan Pada Suami

Jika anda dapati suami malas kerja, maka sebagai isteri perlu tegas! Anda perlu tegas mintanya keluar berkerja semula. Dan anda juga perlu berikan sokongan dan motivasi kepada suami untuk terus berusaha demi anda dan anak-anak. Mungkin dengan sokongan anda sebagai isteri, suami akan lebih bersemangat untuk bekerja nanti, InshaAllah.

#7 – Usaha Ubah Gaya Hidup Suami dan Sikap Malasnya

Jika suami anda ada sikap malas dalam dirinya, memang susah nak pujuk dia pergi kerja. Jadi anda cubalah ubah gaya hidup suami dengan ajaknya berjogging, bersukan atau sebagainya.

Yang penting ajak dia lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Dengan pendedahan begini, suami boleh menjadi lebih cergas, aktif, bersemangat dan tidaklah lagi ada sikap malas, lembik dan tidak suka bergerak seperti dulu. Tidak dinafikan ianya memang susah tapi tak salah untuk anda mencuba.

#8 – Doakan Suami Tiap Kali Solat Agar Berubah Sikap

Suami anda malas kerja dan anda sudah puas menasihatinya? Bagai curah di daun keladi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Bersabarlah dan  berdoalah pada Allah SWT agar suami dapat berubah sikap dan rajin bekerja.

Doa seorang isteri itu sangat mustajab dan janganlah pernah berputus asa. Banyakkan beribadat dan sujud padaNya. Dalam sujud anda boleh mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati suami anda agar tidak bersikap pemalas lagi.

suami malas kerja
image via : Lifehack

#9 – Kasi Sedikit Masa Pada Suami

Mungkin suami anda dalam keadaan tertekan atau kurang sihat hingga tak dapat fokus pada kerjanya. Jika suami sudah mula ada sikap keluar berkerja, berilah sedikit ruang padanya.

Jangan pula anda bebel dan marah. Beri sedikit ruang masa pada suami dan sambil tu lihat juga perkembangannya dari masa ke semasa.

#10 – Jangan Beri Duit Bila Suami Minta

Jangan biasa beri duit pada suami malas kerja begini dek kerana kasihan, maka anda sebenarnya yang bermasalah. Anda dulu yang perlu di ubah bukannya suami. Bila anda beri duit begini maka suami akan mula rasa suah tak perlu kerja lagi. Dan dia juga sudah tidak perlu risau pasal duit sebab anda selalu beri duit kepadanya.

Sebagai isteri anda perlu jadi lebih tegas. Anda kena tahu yang suami tidak berhak untuk meminta pendapatan gaji anda itu. Bukan anda yang perlu beri duit pada suami tetapi suami yang sepatutnya beri duit pada anda. Tolong jangan buka jalan untuk bikin suami jadi pemalas kerana nanti anda sendiri yang akan menerima padahnya.

Suami Tidak Berkerja Dalam Pandangan Islam

Baik kerja di rumah mahupun kerja untuk dapatkan rezeki. Suami yang malas memang mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja. Jika memang sudah malas, ada saja alasan mereka untuk mengelakkan diri. Kalau nak tahu, menurut Islam adalah sangat berdosa jika suami malas kerja begini.

Mana boleh suami tak bekerja dan isteri yang keluar kerja untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Tanggungjawab suami menafkahi isteri ini disebut dalam al-Quran.

Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah ﷺ:

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَىْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا

Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)

Anda Stress Dengan Sikap Suami Yang Pemalas? Segera Dapatkan Bantuan Dari Pihak Ke-Tiga

Aduan berkaitan suami malas ini boleh dilakukan di pejabat agama. Malah memang ada pun kes begini yang dilaporkan. Sememangnya kes begini memang agak keterlaluan.

Walau nampak rumit tapi masalah ini masih boleh cuba di atasi. Ubahlah cara anda untuk berhadapan dengan suami yang malas ini. Dan jangan pula anda lupa yang sikap suami menjadi malas ini boleh berpunca dari sikap isteri itu sendiri. Baca juga petua suami isteri romantik macam pasangan bercinta dan doa mudah dapat kerja untuk golongan job hunting.

Sumber :

Mufti WP

Media Dakwah

Oh Bulan

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.