Penglihatan bayi sejak lahir hingga 1 tahun tak sama dengan tahap penglihatan kanak-kanak yang lebih besar. Kadangkala, si bayi kesayangan kelihatan sedikit juling di atas percubaan mereka untuk fokus melihat pada sesuatu terutama ibu ayahnya sendiri.

Sebenarnya, perkembangan untuk penglihatan pada bayi berkembang dengan amat pesat sebaik saja dilahirkan. Perkembangan bayi akan melalui proses penambahan pada daya penglihatan secara sedikit demi sedikit sebaik saja dilahirkan.

tips interaksi dengan bayi
Image via popmama.com

Saiz Bola Mata Yang Kecil Menghadkan Jarak Tahap Penglihatan Bayi

Untuk pengetahuan anda juga, saiz bola mata bayi yang baru dilahirkan hanyalah dalam ukuran sebanyak 65% dari saiz bola mata orang dewasa. Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat melihat dan memfokus dengan jelas seperti orang dewasa kerana sistem penglihatan mereka mengambil masa beberapa bulan lagi untuk berkembang sepenuhnya.

Seterusnya bayi akan semakin fokus dan jarak penglihatan untuk bayi baru lahir hanya sejauh 20cm hingga 30cm saja. Ini bermakna, bayi hanya akan dapat melihat wajah orang yang sedang mendukungnya. Pada usia begini jika di acah untuk membuatnya ketawa dari jarak lebih dari 30cm maka bayi tidak akan dapat melihatnya. Eh ibu ayah tidak perlu risau, nanti penglihatan bayi akan semakin jauh jaraknya sesuai dengan usia yang semakin meningkat secara berperingkat.

Proses Perkembangan Penglihatan Untuk Bayi Baru Lahir Hingga 1 Tahun

Di sini turut disenaraikan tahap proses perkembangan untuk tahap penglihatan bayi dari saat bayi barru dilahirkan sehingga ke usia 1 tahun. Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk para ibu ayah di luar sana.

– Usia Baru Lahir hingga 1 Bulan

  • Bayi boleh halakan mata dan palingkan kepalanya ke arah cahaya
  • Mata bayi sudah boleh mengikut pergerakan objek ke kiri dan ke kanan
  • Mata bayi adakalanya kelihatan seperti juling seperti masuk ke dalam atau keluar
  • Mata bayi masih belum boleh fokus pada sesuatu objek secara khusus
  • Anda boleh meletakkan mainan di hadapan bayi supaya bayi boleh menjejaki objek bergerak dengan matanya
  • Bayi lebih menunjukkan minat pada corak hitam dan putih
  • Hitam dan putih mudah untuk dibezakan bayi kerana ia mempunyai tahap kontras yang agak tinggi

– Usia 2 hingga 3 bulan

tahap penglihatan bayi
Image Via : Orami Parenting
  • Pada usia 6 minggu, mata bayi akan mula memberi fokus pada objek dengan lebih stabil berbanding sebelumnya
  • Kini bayi sudah boleh mengikut pergerakan objek dengan lebih baik ke pelbagai arah
  • Bayi akan mula memberi reaksi terhadap senyuman
  • Bayi semakin berminat dengan objek yang bergerak maka ibu ayah sudah boleh bermain dengan lebih gembira bersama bayi kesayangan
  • Saat ini bayi sudah semakin boleh memberi fokus kepada wajah ibu dan ayahnya dengan lebih baik.
    Bayi semakin bijak mengenal warna namun untuk membezakan dua tona warna yang hampir serupa masih belum boleh.
  • Dalam tempoh ini juga, koordinasi otot pada wajah semakin terbentuk dan kini bayi sudah boleh memberikan senyuman penuh istimewa khusus untuk ibu dan ayahnya

– Usia 4 hingga 6 bulan

Tahap Penglihatan Bayi
Image Via : Babyologist
  • Saat ini, bayi sudah mula bertindak dengan mendekati dan mencapai objek yang tergantung
  • Bayi kini lebih suka memerhati dan bermain dengan tangan sendiri terutama pada usianya 6 bulan
  • Bayi sudah boleh mengalihkan pandangannya dari satu objek ke objek yang lain dengan pantas
  • Tahap jarak penglihatan bayi sudah semakin luas dari sebelumnya
  • Bayi sudah semakin boleh untuk mengenalpasti reaksi wajah
  • Kedudukan mata bayi sudah tidak nampak juling lagi kerana bayi kini mata bayi sudah semakin lurus dan bergerak bersama

– Usia 7 hingga 9 bulan

  • Bayi sudah boleh melihat butiran beras dengan jelas
  • Bayi semakin mahir dan berkebolehan untuk menyentuh dan menggenggam objek
  • Bayi semakin berminat dengan gambar
  • Bayi semakin dapat mengenalpasti objek yang terlindung
  • Waktu ini juga bayi amat terdorong untuk mencapai objek kecil atas lantai untuk dimasukkan ke dalam mulutnya

– Usia 10 hingga 12 bulan

  • Bayi sudah punya kebolehan untuk melihat objek yang lebih kecil dari size sebiji beras
  • Bayi sudah semakin pandai untuk menunjuk ke arah sesuatu objek yang disukainya
  • Bayi sudah boleh melihat pemandangan luas yang ada di luar tingkap
  • Sudah boleh mengenalpasti seseorang yang sering dilihatnya
  • Bayi sangat seronok untuk di ajak bermain sorok-sorok dan sebagainya
  • Bayi kini dapat mencapai pen, pensil atau crayon dan mencontengnya di sana sini

– Usia 1 Tahun

  • Bayi ketika usianya 1 tahun ini sudah boleh memadankan objek dan meniru pergerakan orang lain.

Tips Tingkatkan Penglihatan Anak Dengan Baik

Selaku ibu ayah, anda boleh bantu tingkatkan penglihatan anak dengan lebih baik. Antara tips dan kaedah yang boleh digunakan itu adalah seperti yang tertera di dalam senarai ini :

  • Cat bilik tidur bayi dengan warna yang terang dan ceria serta gunakan perabot dari warna yang kontra.
  • Gantungkan pelbagai permainan dari pelbagai warna yang menarik pada katil bayi
  • Mula berikan mainan dalam bentuk soft toys dan sebagainya sesuai dengan tahap umur si anak
  • Banyakkan bercakap dan senyum tanda gembira pada bayi anda
  • Selalu menatap tepat ke matanya saat bercakap (eye contact)
  • Waktu malam hanya gunakan lampu tidur berbanding dengan lampu biasa semasa bayi sedang lena
  • Sentiasa ambil berat tarikh temujanji dengan Klinik Kesihatan Malaysia untuk tahu tahap perkembangan
  • Apabila anak sudah injak usia 1 tahun, dedahkan dia dengan buku kanak-kanak yang bewarna-warni

Antara Makanan Yang Bagus Untuk Penglihatan Mata

Makanan yang bagus juga boleh menyumbang kepada tahap kesihatan mata yang baik. Lobak merah (carrot), sayuran dan buah-buahan bewarna oren kekuningan seperti betik, labu dan lain-lain adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Cuma pastikan makanan tambahan diberi pada bayi hanya setelah mereka mencecah usia 6 bulan dan ke atas. Pastikan juga cara penyediaan makanan adalah sesuai dengan usia anak-anak pada waktu tersebut.

Kenapa sayuran dan buahan dari warna oren kekuningan ini bagus untuk mata? Ini kerana ia mempunyai kandungan Lutein dan Zeaxanthin yang merupakan pigmen semulajadi untuk membantu bekalkan nutrisi pada mata. Lutein dan Zeaxanthin ini akan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.

Awas! Televisyen Dan Handphone Boleh Jejaskan Penglihatan Anak Anda

Selaku ibu ayah, anda amatlah dinasihatkan supaya tidak terlalu mendedahkan bayi dengan rangsangan lain yang berlebihan. Antaranya adalah seperti televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Jika menonton rancangan yang berasaskan pembelajaran kanak-kanak sekalipun, ibu ayah masih perlu memantau masa supaya anak tidak lebih menonton.

Waktu begini adalah lebih baik jika ibu ayah dapat duduk, berbual, bermain dan membaca buku bersama-sama. Dari jauh kami doakan semoga anda sentiasa gembira dengan bayi kesayangan dan di harap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang berguna untuk anda semua.

Sumber Rujukan :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.