Cemerlang ibu bapa, cemerlanglah anak-anaknya. Itulah konsep sebenarnya kecemerlangan jika dikaitkan dengan peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa adalah insan yang lebih rapat dengan anak berbanding orang lain, walaupun bukannya guru, tanggungjawab ibu bapa juga menentukan kejayaan anak-anak.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [harianmetro]

Pernahkah terlintas dalam benak anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran? Apakah yang akan terjadi sekiranya ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka?

Marilah kita sama-sama membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Terdapat banyak peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

1. Menyediakan Tempat Belajar Yang Kondusif

Ibu bapa hendaklah menyediakan tempat belajar yang kondusif untuk anak-anak. Dengan menjadi lebih prihatin, mereka akan mendapat tempat yang selesa untuk lebih fokus dalam pelajaran sepenuhnya. Contohnya, perbesarkan bilik belajar, sentiasa kemas, dan teratur. Anak-anak akan lebih bersemangat dalam pelajaran.

Imej via [thevocket]

2. Memberi Dorongan Dan Tunjuk Ajar

Sebagai ibubapa, kita haruslah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Peribahasa juga mengatakan melenturi buluh biarlah dari rebungnya. Sejak anak kecil lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

Tamsilnya, ibubapa perlu mengajar anak dalam mata pelajaran yang mereka tidak faham seperti matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu. Dengan bantuan ibu bapa, anak-anak akan berjaya menjadi pelajar cemerlang.

3.  Mengawasi Perkembangan Dan Pergaulan Anak-anak Dengan Rakan Sebaya

Ibubapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya.  Umumnya, anda perlu tahu bahawa rakan sebaya anak-anak berperanan besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan harian mereka.

Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan identiti yang hampir sama untuk bergaul. Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak adalah mengawasi perkembangan dan pergaulangan mereka bersama rakan sebaya.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [Int3treeOfficialWebsite]

4. Meluangkan Masa Bersama Anak-anak

Ibu bapa juga hendaklah membantu anak-anak dengan meluangkan masa bersama mereka. Anda boleh berbual mengenai masalah yang dihadapi anak dan menasihati mereka.  Selain mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak-anak, ia adalah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

5. Memastikan Anak-anak Mendapat Didikan Agama Dan Moral Secukupnya

Dalam membantu kecemerlangan anak-anak, ibubapa mesti memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya. Ahli fizikteori Albert Einstein pernah berkata bahawa “agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. “

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk  memberi didikan agama sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi. Ia akan menjadi pedoman hidup untuk anak mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat dan perkara membahayakan kesihatan seperti menghisap rokok, minum arak, membeli dadah dan merompak.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [tengkuasmadi]

6. Mendaftarkan Anak-anak Dalam Program Yang Sesuai

Ibubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak dalam program yang sesuai. Mereka dapat mengisi masa lapang anak-anak di samping memperoleh faedah daripadanya. Sebagai contoh, program agama, mengenal Al-Quran, bengkel pelajaran dan lain-lain lagi juga membantu kecemerlangan anak-anak.

7.  Menyediakan Kemudahan Yang Lengkap Untuk Anak-anak Belajar 

Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak juga adalah mereka boleh menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar. Anak-anak dapat mengulang kaji secara sempurna dan menyeluruh. 

Contohnya, ibu bapa boleh memberi anak alat tulis, buku latihan dan bahan rujukan yang lengkap. Sekaligus, ia dapat membantu anak-anak memahami subjek-subjek yang diajar di sekolah dengan lebih jelas dan teliti.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [beritaharian]

8.  Selalu Berhubung Dan Berbincang Dengan Pihak Sekolah

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah ibu bapa hendaklah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak.

 Hal ini demikian kerana ibu bapa hendaklah menggunakan peluang Hari Terbuka untuk mengetahui perkembangan anak-anak dan tingkah laku mereka di sekolah bersama-sama guru anak-anak. Ia juga adalah salah satu peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak.

9.  Menjadi Pendengar yang Baik Dengan Memahami Masalah

Selain itu, ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik dengan memahami masalah anak-anak. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk meluahkan sebarang masalah pelajaran yang dihadapi kerana malas bertanya sesat jalan. 

Dengan menjadi pendengar yang baik, ibu bapa dapat memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan anak-anak.   Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama-sama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. 

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [asianparent]

10. Memberikan Perhatian Sepenuhnya

Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak seterusnya adalah mereka perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya. Beri perhatian bermaksud ambil berat dari segi pelajaran, persediaan ke sekolah, mental, jasmani, kesihatan dan sebagainya terhadap anak anda.

11. Membantu Merancang Aktiviti Anak-anak

Ibu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak. Anda juga boleh membuat jadual untuk tetapkan masa yang terbaik untuk anak melakukan apa jua aktiviti mereka. Ia sangat membantu kecemerlangan anak anda.

Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak rehat dan tidur yang mencukupi untuk memulakan kerja pada kemudian hari. Jangan lupa, mereka juga perlu lakukan perkara yang disukai untuk melepaskan tekanan pelajaran seperti bermain bola sepak, menonton televisyen, bermain badmiton, menunggang basikal dan sebagainya. 

Imej via [Google]

12. Sentiasa Mendoakan Kejayaan Anak-anak

Mendoakan kejayaan anak-anak juga adalah salah satu peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

Doa ibu bapa adalah doa yang sangat mudah dimakbulkan. Dengan berbekalkan doa ibu bapa, anak-anak akan lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Doakanlah anak-anak anda demi kejayaan mereka pada masa yang akan datang.

13. Memberikan Sedikit Kebebasan Kepada Anak-anak

Ibu bapa juga perlulah memberi sedikit kebebasan kepada anak-anak. Sedarlah anda, anak-anak yang hidup pada zaman serba moden ini berbeza dengan anak-anak zaman dahulu. Mereka perlukan ruang dan kebebasan untuk diri sendiri.

Tetapi  itu bukan bermaksud  ibu bapa boleh mengambil sikap lepas tangan sahaja. Anak-anak tetap perlu diawasi. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengetahui teman rapat anak-anak agar jika sesuatu terjadi kelak, akan ada sesiapa untuk dirujuk.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak
Imej via [google]

14. Menghantar Anak-anak Ke Kelas Tuisyen Atau Kelas Tambahan

Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak ke kelas tuisyen atau kelas tambahan di sekolah. Ia adalah peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak yang harus anda laksanakan.

Jika anda sibuk dan tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak, itu tidak menjadi suatu masalah kerana guru-guru tuisyen anak yang berpengalaman serta kelas yang anak anda sertai dapat membantu mereka.

15. Disiplinkan Diri Anak-anak

Untuk berjaya dalam hidup, ibubapa harus mengajar anak untuk mendisiplinkan diri. Anak-anak yang berdisiplin akan lebih menghargai masa dan usaha mereka, pastinya mereka ingin berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak dengan menerapkan disiplin dalam diri setiap anak.

supaya dapat melatih diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Ibubapa juga harus menunjukkan sikap berdisiplin dalam menguruskan rumah tangga, pembelajaran anak, pemakanan supaya anak-anak dapat mencontohinya dan memahaminya.

peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak
Imej via [beritaharian]

Rujukan 

  1. Mediapermata
  2. Ohkarangan
  3. utusan

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.