Nabi Daud AS adalah salah seorang utusan Allah SWT yang mempunyai mukjizat istimewa seperti para nabi utusan Allah SWT yang lain. Nabi Daud AS dianugerahkan kelebihan untuk faham dan dapat berbicara dengan haiwan yang ada. Begitu juga burung dan gunung semuanya tunduk pada kehendak Nabi Daud AS (atas izin Allah).

Tidak hanya itu, Nabi Daud AS turut dianugerahkan oleh Allah SWT satu lagi kelebihan. Kelebihan ini berupa kemampuan ke atas Nabi Daud AS untuk menundukkan besi (Saba: 10-11 dan Al-Anbiya: 80).

Besi-besi yang keras ini dengan mudah mampu untuk dilunakkan oleh Nabi Daud AS sehingga berjaya menjadi pelbagai barangan termasuklah pakaian perisai untuk berperang dengan sangat mudah.

doa nabi daud
Image Via : Nasihatustazz

Ini terbukti melalui firman Allah SWT di dalam AlQuran yang berbunyi,

وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُدَ مِنَّا فَضْلا يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), “Hai gunung-gunung dan burung­-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.”

Dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Saba, Ayat 10-11)

Doa Nabi Daud Mampu Lembutkan Hati Manusia Yang Sekeras Besi

Mukjizat Nabi Daud AS yang dapat melembutkan besi dengan jarinya ternyata sangat istimewa dan luarbiasa. Sejajar dengan itu, doa Nabi Daud AS sangat sesuai untuk melembutkan hati manusia terutama anak dan suami supaya mula menjadi lembut dari terus keras seperti besi.

Doa sempena Nabi Daud AS yang boleh dibaca untuk memohon kelembutan hati ini adalah :

doa nabi daud
Image Via : Falopicm

Ada Lagi Doa Nabi Daud AS Yang Hebat Untuk Diamalkan

Selain daripada doa untuk cuba melembutkan hati suami dan anak yang sekeras besi, terdapat dua lagi doa ampuh dari Nabi Daud AS yang elok untuk diamalkan. Doa ini boleh digunakan untuk mendapatkan suara yang merdu dan untuk mendapatkan jodoh yang baik dari Allah SWT.

Doa yang boleh di baca dalam usaha untuk mendapatkan suara yang lunak dan merdu itu adalah seperti di bawah ini.

doa nabi daud
Image Via : Doa Sehari Hari

Doa untuk segera dihantarkan jodoh yan sesuai dan layak untuk dijadikan pasangan untuk rumahtangga yang bahagia adalah seperti berikut.

doa nabi daud
Image Via : Doa Sehari Hari

Amalkan Doa Nabi Daud Sebagai Usaha Untuk Mohon Perlindungan Allah SWT

Berdasarkan doa di atas Nabi Daud a.s. memohon kepada Allah SWT empat perkara :

1. Lidah yang sentiasa berzikir.
2. Hati yang sentiasa bersyukur.
3. Badan yang sabar.
4. Isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

Nabi Daud a.s. juga memohon perlindungan daripada Allah SWT empat perkara :

1. Berlindung daripada anak yang menguasaiku.
2. Isteri yang menyegerakan aku beruban sebelum waktunya.
3. Harta yang membahayakan aku.
4. Tetangga yang bila melihat kebaiakku ditutupi, bila melihat keburukanku disebarkannya.

Kesimpulan

Doa adalah senjata yang paling ampuh dan mustajab bagi orang mukmin. Maka teruskanlah berdoa tanpa rasa putus asa. InshaAllah doa anda akan dikabulkan apabila tiba masanya yang paling tepat.

Sumber Rujukan :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.