Sempena hari ibu, pasti ramai anak-anak yang ingin memberi kad dan hadiah kepada ibu tercinta. Sekiranya anda seorang yang penyayang dan sangat manja, kad adalah medium untuk anda meluahkan perasaan anda kepada ibu.

Terdapat banyak jenis kad ucapan hari ibu yang boleh anda hasilkan dengan kreativiti tersendiri, lebih best lagi jika anda boleh hasilkan kad hari ibu DIY. Jom kami sajikan anda dengan DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu. Pilihlah mana satu yang berkenan, menarik dan mudah untuk anda lakukan.

1. DIY Contoh Kad Hari Ibu – Eksklusif

diy contoh kad ucaan hari ibu
Imej via [mycrafts]

Sekiranya anda ingin menghasilkan kad hari ibu yang tampak lebih eksklusif, jangan berlebihan dalam menggunakan barang-barang seni atau kraftangan. Cukuplah sekadar gunakan kertas dan cetak tulisan yang cantik di atas kad tersebut. Anda juga boleh sertakan ucapan yang menarik untuk ibu.

2. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Sentuhan Bunga

contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [lushome]

Dengan menggunakan kertas manila kad, kertas bewarna dan pen, anda boleh menghasilkan DIY contoh kad ucapan hari ibu ini. Potongan kertas berbentuk bunga dilekatkan pada daun dan dicantum ke kad ucapan hari ibu sangat cantik dan bermakna. Ibu pasti suka melihatnya dan membaca ucapan yang anda berikan kepada mereka di sebelah bunga tersebut.

3. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Gambar

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [lalymom]

Sama ada gambar ibu atau gambar ibu bersama anda, diy contoh kad ucapan hari ibu ini pasti mengejutkan ibu anda. Kad yang cantik dihiasi corak bunga-bunga yang dilekatkan dari kertas pembalut hadiah ini turut disertakan gambar anda dan ibu sebagai kenangan. Pastinya diy contoh kad ucapan hari ibu ini disimpan rapi oleh ibu anda di bilik mereka.

4. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Ibu Pelbagai

Jangan terkejut, anda juga boleh hasilkan DIY kad ucapan hari ibu yang pelbagai. Tidak semestinya 1 kad, tetapi gabungkan beberapa kad dengan ucapan-ucapan berbeza yang meriah. Pasti si ibu seronok membacanya. DIY contoh kad ucapan hari ibu ini tidak memakan kos yang banyak. Beberapa kertas bercorak dan pen sahaja.

5. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Popup Card

DIY contoh kad ucapan hari ibu versi popup card ini adalah perkara biasa tetapi luar biasa jika anda dapat hasilkannya. Tidak semua orang tahu caranya. Mudah sahaja, anda perlu melipat kertas mengikut bentuk yang anda mahukan terlebih dahulu. Kemudian gunakan cara yang sesuai untuk gabungkan bersama kad hari ibu. Percayalah, ini adalah kad tercantik untuk anda berikan kepada ibu tercinta.

6. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Kreatif

diy contoh kat ucapan hari ibu
Imej via [americancrafts]

DIY contoh kad ucapan hari ibu gaya kreatif memerlukan anda meletakkan tema yang diminati oleh ibu anda. Jika dia suka memasak, anda boleh hiaskan kad dengan bahan atau gambar masakan. Jika dia suka bunga, hiaskan dengan bunga. Anda boleh gunakan barang diy seperti tag ucapan, stiker, gambar dan lain-lain lagi.

7. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Lukisan

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [youtube]

Anda seorang yang kreatif? Apa kata anda lukiskan dan tuliskan ucapan selamat hari ibu buat ibu anda. Dengan menggunakan berus lukisan dan warna air, ia amat mudah bukan? Anda boleh lakukan pada bila-bila masa kerana barangnya pasti sudah ada di rumah. Pasti hasilnya amat cantik sekali.

8. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Poket Kad

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [designimprovised]

Poket kad adalah sejenis DIY contoh kad ucapan hari ibu. Anda boleh hasilkan sekeping poket kad yang memuatkan beberapa kad di dalamnya. Setiap satu kad yang kecil pula boleh anda tuliskan ucapan dan masukkan kepada poket kad tersebut. Semoga ia dapat menceriakan hari ibu anda setiap hari.

9. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad 3D

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [youtube]

Gunakan tali dan kertas tisu untuk hasilkan gambaran atau objek 3D di Kad hari ibu DIY ini. Dengan corak dan gaya yang menarik, anda boleh sesuaikan warnanya mengikut tema yang anda inginkan seperti taman bunga, batu permata dan lain-lain lagi.

DIY ini tidak sukar dan mudah dilakukan dalam beberapa minit atau satu jam sahaja. Sekiranya anda inginkan kad yang menarik tetapi tak cukup masa untuk hasilkannya, anda boleh hasilkan kad gaya ini.

10. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Simple

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [google]

Contoh kad ucapan hari ibu yang boleh anda hasilkan adalah berkonsepkan sederhana dan simple. Ringkas tetapi cantik, mudah kan. Hanya satu atau dua ayat ucapan sudah memadai, asalkan ada satu gambar atau simbol yang anda gunakan untuk menarik perhatian mereka di kad tersebut.

11. DIY Contoh Kad Ucapan Hari Ibu – Kad Jahitan

diy contoh kad ucapan hari ibu
Imej via [americancrafts]

Kad ucapan hari ibu DIY berkonsepkan jahitan amat unik dan kreatif untuk anda hasilkan. Pasti ibu teruja dengan kesungguhan dan kecekapan anda melakukannya. Mudah sahaja, anda boleh menjahit di atas kertas atau kain diy yang selalu digunakan untuk barangan kraftangan.

Itulah dia 11 jenis DIY contoh kad ucapan hari ibu yang menarik dan mudah anda hasilkan. Pasti ibu tersenyum gembira menerima kad ucapan hari ibu DIY ini. Jom baca juga Peranan ibu bapa untuk membantu kecemerlangan anak, Harapan ibu bapa terhadap anak dan Peranan ibu bapa pupuk amalan menabung.

Rujukan:

  1. youtube
  2. designimprovised
  3. americancrafts

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.