Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga. Mungkin sahabat tidak sehebat keluarga, tetapi sahabat sejati adalah umpama adik beradik. Berpisah payah, bergaduh susah. Dengan adanya ikatan persahabatan, sahabat bagaikan sebuah keluarga yang tidak sama pertalian darah tetapi sama jiwanya.

Apa salahnya kita menghargai sahabat dengan kata-kata yang indah dan menghiburkan. Apatah lagi sekiranya anda menghantarkan pesanan ringkas berbaur mutiara kata kepada mereka, pasti ia akan menceriakan mereka sepanjang hari.

Jom lihat mutiara kata untuk sahabat yang penuh makna dan mungkin akan menghiburkan mereka.

sahabat
Imej via [popbela]

#1 Aku tak berjanji untuk menyelesaikan masalahmu, tetapi aku berjanji tetap akan ada bersama menghadapi masalahmu.

#2 Sahabat sejati bukanlah diukur dari tempoh perkenalan, tetapi diukur dari berapa lama masa berada mereka sentiasa berada untukmu.

#3 Sahabat menunjukkan cintanya disaat ada masalah, bukan saat yang bahagia. – Euriprides

#4 Pergaduhan yang sedikit atau banyak takkan mampu leraikan persahabatan kita, kerana kita adalah sahabat selamanya.

#5 “Kelemahan diriku adalah kelebihan dari sahabatku, kelebihan dariku adalah bagian dari kehebatan sahabatku.”

#6 “Besi menajamkan besi, teman menajamkan teman.” (Nabi Sulaiman)

#7 Lebih baik berjalan dalam gelap bersama sahabat, berbanding dari berjalan dalam terang seorang diri.

#8 Sahabat baik akan menerima dirimu seadanya dan sesungguhnya, jadilah diri sendiri!

#9 “Sahabat, kau tertawa, aku tertawa. kau menangis, aku pun menangis. Kau terjatuh aku juga terjatuh.”

#10 Tak masalah jika kau tidak punya kekasih, tapi akan ada masalah jika kau tidak punya sahabat.

#11 Sahabat sejati bukanlah mereka yang mempunyai persamaan, tetapi mereka yang saling melengkapi akan setiap perbezaan masing-masing.

#12 Sahabat baik takkan berdiam diri, sebaliknya akan berterus terang.

#13 Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan.

#14 Terima kasih sahabat kerana menemani diri ini suka duka tanpa jemu, biarpun diri ini tidak sempurna sebagai sahabatmu yang terbaik.

#15 Melangkah sendiri jika ingin berjalan lebih cepat, tapi melangkahlah bersama sahabat jika ingin berjalan lebih jauh.

sahabat
Imej via [senipedia]

#16 Teman adalah seribu kawan sewaktu senang, Sahabat adalah seorang kawan di saat susah dan duka.

#17 Tak perlu risau jika sahabat meninggalkanmu, kerana sahabat itu akan tetap menunggumu tanpa dipinta.

#18 Kerana kamu aku tertawa, kerana kamu aku bahagia, kerana kamu aku masih ada, wahai sahabat sejati.

#19 Matahari tak pernah memilih siapa yang harus diberikan sinar. Begitu jugalah dengan sahabat sejati.

#20 Teman merupakan orang yang menyelamatkanku dari neraka yang bernama kesepian. (Naruto Uzumaki)

#21 “Persahabatan bukanlah sebuah kesempatan, tapi merupakan tanggung jawab yang manis.” – Khalil Gibran

#22 Selain ibu bapa dan keluarga, kamu adalah sahabat sejati yang menjadi sebahagian dari hidupku.

#23 Sahabat baik yang jujur adalah perlindungan. Tiada risiko dan penipuan dalam setiap hubungan terindah persahabatan.

#24 Jangan berjalan di belakangku, mungkin aku tak dapat memimpinmu. Jangan pula berjalan di depanku, mungkin aku tak mampu mengikutimu. Berjalanlah di sisiku dan jadilah sahabatku.

#25 Jangan nantikan hubungan, tetapi binalah hubungan. Jangan cipta kebahagiaan, tetapi binalah kebahagiaan.

#26 Keikhlasan persahabatan takkan lupus jika jujur menjadi sandaran.

#27 Mungkin aku bukan sahabat terbaik buatmu, tapi ketahuilah kamu adalah sahabat terbaik untukku.

#28 Sahabat, nikmatilah hidupmu dan bergembiralah dalam persahabatan ini kerana ia takkan pudar selamanya.

#29 Jarak bukan pemisah persahabatan kita, Jarak menjadikan hubungan kita bertambah erat setiap hari.

#30 “Burung punya sangkar, laba laba punya jaring, manusia punya persahabatan.” – William Blake

#31 Jika ada sahabat yang tidak percayakanmu, tidak mengapa. Tetapi berilah peluang untuk percaya pada diri sendiri.

#32 Lebih mudah untuk memaafkan seorang musuh daripada memaafkan seorang teman.

#33 Percayalah, bukan pengkhianatan yang akan mengakhirkan kita, namun pertemanan abadi yang akan menemani kita hingga akhir ayat.

#34 Sahabat, Bercita-citalah setinggi langit tetapi hati tetaplah membumi.

#35 Bersahabat bukanlah bisnes, tak perlu kira-kira untung dan rugi.

sahabat
Imej via [kapanlagi]

#36 Ada hikmah Allah temukan kita sebagai sahabat. Aturan Allah adalah yang terbaik dalam kehidupan dunia akhirat.

#37 Seorang pahlawan membuktikan dirinya dengan sebuah tindakan, seorang pecundang membuktikan dirinya melalui perkataan, seorang sahabat pula membuktikan dirinya dengan kesetiaan.

#38 Semua tentangan dan rintangan akan terasa lebih ringan karana sebuah persahabatan yang cukup bernilai.

#39 1000 musuh mudah dicari, 1 sahabat sepertimu sukar dicari.

#40 Wahai sahabat, carilah aku di sana, pimpin aku ke syurga bersamamu.

#41 Kamu adalah ketenanganku, yang menjadikan jiwa ini senang serta menjadikan hati ini terang.

#42 Kita tidak dari rahim yang sama, tapi kita punyi jiwa yang sama.

#43 Sedikit kekuranganmu, adalah kelebihanku. Sedikit kelebihanmu, adalah kekuranganku. Kerana itu, kita adalah sahabat.

#44 Sahabat umpama mutiara terang yang bersuluh ke arahmu, tidak sedikit pun malap tetapi tetap menerangimu dalam apa jua keadaanmu.

#45 Senyumanmu semanis semut menyengat, membuatkan hariku lebih bersemangat.

#46 Kita rapat bukan kerana kau kerabat, tetapi kerana kau sahabat.

#47 Sahabat, semoga bahumu sentiasa ada untuk air mataku. Semoga dirimu sentiasa ada saat ku perlu.

#48 Diam bukan bererti lupa, jika sahabat sentiasa dalam doa.

#49 Sahabat takkan pernah bosan dengan anda, diri anda dan siapa anda.

#50 Dalam banyak-banyak ungkapan, ungkapan apa yang takkan sakitkan hatimu selamanya? Itulah ungkapan dari seorang sahabat.

sahabat
Imej via [balubu]

Itulah dia mutiara kata dan ucapan terindah untuk sahabat anda. Sahabat pasti gembira menerima nota-nota ceria daripada anda. Ayat-ayat ucapan serta mutiara kata untuk sahabat boleh anda kongsikan dari hati ke hati atau hantarkan pesanan sahaja kepada sahabat-sahabat anda. Mereka pasti tersenyum seharian mengingati ungkapan yang anda sediakan.

Jom baca juga Ciri sahabat dunia akhirat, Harapan ibu bapa terhadap anak dan Cara kurangkan waktu melepak bersama kawan-kawan.

Rujukan:

  1. thegorbalsla
  2. titikdua
  3. liputan6

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.