Anda pernah dengan tentang sihir pemisah? Jika belum, anda patut tahu yang sihir pemisah ini tidak nampak dengan mata kasar. Akibatnya pula
sangat dasyat dan menakutkan. Tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan perhubungan untuk pasangan yang sedang bercinta, bertunang mahupun telah berkahwin.

Sihir pemisah (sihir tafriq) turut dipanggil sebagai sihir pelalau penghalang jodoh. Sihir ini turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir ini biasanya dihantar oleh seseorang yang berniat jahat dan punya tujuan sendiri yang tidak elok.

Inilah Fasa Yang Akan Berlaku Akibat Sihir Pemisah Yang Kejam

sihir-pemisah

Sihir pemisah yang dialami akan menyebabkan berlakunya keretakan pada rumahtangga dari secara berperingkat. Jika sihir pemisah ini dihantar pada si isteri maka si isteri akan mula menunjukkan perubahan sikap terhadap suaminya dan jika sihir pemisah ditujukan kepada sang suami maka sang suami ini akan berubah sikap terhadap si isteri.

Fasa berlakunya perubahan tatkala dihantar dengan sihir pemisah adalah seperti yang berikut:

  • Fasa 1 – Mula Timbul Rasa Benci
  • Fasa 2 – Sering Berlaku Perselisihan Faham
  • Fasa 3 – Berasa Tidak Percaya Lagi Terhadap Pasangan
  • Fasa 4 – Perasaan Cemburu Buta Semakin Menjadi-jadi
  • Fasa 5 – Sudah Tidak Punya Perasaan Untuk Bersama
  • Fasa 6 – Semakin Berubah Rupa Dengan Sikap Yang Teruk
  • Fasa Terakhir – Meminta Cerai Dengan Sepenuh Hati

Kenali Tanda-Tanda Awal Sekiranya Terkena Sihir Pemisah

1. Kerap sakit pada bahagian belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat
2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
3. Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas
4. Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat
5. Kerap kembung perut sedawa angin
6. Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita
7. Kitaran haid menjadi tidak normal dan tidak teratur
8. Lambat mendapat zuriat
9. Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri
10. Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil
11. Ketika marah seringkali meminta cerai
12. Tidak suka tidur bersama
13. Nafsu terhadap suami/Isteri sudah hilang
14. Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami/isteri
15. Lebih suka bersendirian di dalam bilik
16. Tidak suka tempat yang bising
17. Sukar tidur malam
18. Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi
19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain
20. Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang
21. Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat
22. Sering bermimpi tempat kotor dan busuk
23. Kerap terbau kemenyan ,colok dan setanggi
24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasan rindu dan sayang menjadi sangat menebal
25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali
26. Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran
27. Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain

Rawatan Islam Boleh Bantu Selamatkan Pasangan Yang Disihir

Jika diri sendiri mahupun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam. Anda boleh mengunjungi mana-mana pusat rawatan Islam yang berhampiran mahupun ustaz/ustazah yang boleh dipercayai untuk bantuan. InshaAllah, sihir pemisah ini dapat di rawat dengan izin Allah SWT.

Amalkan Baca Ayat Kursi Untuk Hindari Sihir

Cara paling terbaik untuk hindari sihir adalah dengan mengamalkan bacaan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan bermaksud:

“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – (Hadis Riwayat Bukhari 2311)

Sihir Itu Syirik! Besar Dosanya Disisi Allah Taala

Sesungguhnya sihir itu adalah syirik! Bagi yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan dalam usaha untuk menyihir seseorang, Allah SWT pasti tidak akan melepaskannya. Dosa memutuskan hubungan orang lain ternyata sangat besar dan perkara sebegini bukannya satu perkara ringan yang boleh dibuat permainan. Semoga sihir pemisah ini dijauhkan dari kita dan semoga si pengamal sihir ini akan kembali semula ke pangkal jalan. Ameen.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.