Kelebihan Ajar Anak Berenang Sejak Kecil ini ada banyak namun tak dinafikan masih ada ramai ibu bapa yang was-was untuk mengajar anak berenang sejak kecil atas alasan takut jika anak itu akan lemas. Sebenarnya tak perlu pun tunggu anak-anak membesar barulah mula diajarkan ilmu untuk berenang ini.

Sebagai contoh, anda boleh lihat betapa ramai ibu bapa di luar negara yang tidak mengambil masa lama untuk ajar anak-anak berenang. Malahan, ada ibu bapa yang sengaja mendaftarkan anak mereka di kelas berenang sejak kecil demi untuk membolehkan anak belajar berenang kecil bahkan sejak bayi lagi.

Berenang
Imej via .activekids.com

7 Kebaikan Berenang Kepada Anak Sejak Di Usia Muda

Ibubapa yang berada di luar negara rata-rata berusaha untuk mengajar anak kecil berenang adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah :

1- Dapat Selamatkan Anak Dari Menjadi Mangsa Lemas

2- Dapat Mengelakkan Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

3- Dapat Bantu Untuk Merangsang Perkembangan Otak Anak

4- Membangunkan Kemahiran Pembelajaran

5- Meningkatkan Keyakinan Dalam Diri

6- Menambahkan Keberanian

7- Memberikan Hobi Yang Sihat Bagi Mengantikan Gadget

Tips Bagaimana Untuk Mengajar Anak Untuk Berenang Sejak Kecil Dengan Betul

Tips-tips yang dikongsikan di sini adalah berpandukan kepada perkongsian ibu bapa lain yang telahpun berjaya mengajar anak masing-masing untuk berenang. Anda juga boleh ikut praktikkannya jika anda mahu.

1. Praktik Mandi Dalam Tab Mandi Kecil Terlebih Dulu Di Rumah

Sebelum boleh di bawa anak untuk mandi manda di dalam sebuah kolam yang agak besar, anda perlu biasakan anak tersayang untuk berendam di dalam tab mandi yang agak kecil dulu di rumah. Caranya adalah dengan mengisi air dan letakkan juga mainan kegemaran ataupun buih sabun untuk menarik perhatian anak. Jangan pula di biarkan si anak seorang diri kerana itu boleh membahayakan, sebaliknya anda juga ikut berada bersama anak dan pantau keadaannya sama ada dia berasa seronok ataupun tidak.

Jika anda berkeras untuk keluar dari tab dalam keadaan menangis, menjerit dan sebagainya tika mandi itu, maka besar kemungkinan anak anda belum lagi bersedia. Jika keadaan ini berlaku, mungkin anda boleh tangguhkan dahulu sebelum membawanya ke kolam renang kanak-kanak.

2. Bermain Dengan Si Manja Ketika Mandi Dengan Penuh Rasa Seronok

Salah satu cara untuk menggalakkan mereka berseronok sambil berenang untuk kanak-kanak adalah dengan bermain dengannya. Contohnya, anda boleh menyanyi bersamanya. Ataupun bercakap-cakap dengannya. Permainan “pick-a-boo” pun merupakan salah satu permainan kegemaran kanak-kanak di sekitar 1 tahun.

3. Jejakkan Kaki Ke Kolam Renang Kanak-Kanak Bersama Si Manja

Setelah anda nampak semakin biasa dengan air maka bolehlah anda teruskan operasi seterusnya dengan membawa si manja ke kolam renang kanak-kanak. Fasa pertama sekadar untuk memperkenalkan kolam renang itu dengan menjejakkan kakinya dalam air. Jangan paksa anak untuk terus turun sepenuhnya bagi mengelakkan mereka berasa terkejut dan stress dengan persekitaran yang baru.

Untuk kali yang pertama ini mungkin boleh di bawa main air sedikit saja sambil tunjukkan betapa seronoknya bermain air dan mandi manda di kolam renang itu. Bawa anak sehingga ke tangga kolam, bawa mereka cubaan untuk turun di dalam pelukan dan jika anak nampak tidak selesa segera naik semula. Jangan di paksa!

4. Belikan Pelampung Yang Sesuai Untuk Keselamatan Anak

Jangan juga lupa untuk membelikan pelampung pada anak sesuai dengan usia dan size tubuhnya itu. Ada banyak pelampung dan anda boleh pilih dengan bentuk yang comel berserta warna yang menarik untuk menarik minat si manja.

Pelampung ini sangat penting untuk keselamatan mereka. Selain itu, pelampung atau mainan air lain juga boleh galakkan mereka berenang dan lupakan ketakutan ketika sedang berada di dalam air.

5. Sediakan Juga Pakaian Baju Renang Yang Sesuai

Baju renang yang sesuai dan berkualiti sangat penting untuk anak-anak anda yang sedang belajar berenang. Baju yang berlengan and berseluar panjang dapat melindungi kulit mereka dari pancaran sinar UV matahari yang merbahaya kepada kulit, jika tidak dijaga.

ajar anak berenang
image via : lazyflowerisme

6. Sentiasa Pantau Keadaan Anak Dalam Kolam Renang

Dala tujuan untuk mengajar dan membiasakan diri anak dengan aktiviti berenang, adalah paling penting untuk anda pastikan keselamatan anak selalu. Jangan terlalu asyik berseronok sehinggakan nyawa anak sendiri menjadi mangsa.

Apapun sila pastikan yang anak tidak ditinggalkan di dalam kolam renang seorang diri tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Di dalam kolam renang ini adalah amat bahaya jika tidak dipantau. Semasa bermain dengan anak sila ketepikan dulu segala bentuk gangguan yang lain seperti handphone dan sebagainya. Anda tentu tak nak si manja kesayangan lemas kan?

Aktiviti Berenang Sejak Kecil Itu Tidak Salah Cuma Ibubapa Perlu Pantau Dan Bersama Anak Selalu

Aktiviti berenang memang menyeronokkan. Lagi-lagi jika si manja memang seorang yang amat sukakan air. Seronok sangat rasanya jika dapat berenang bersama dengan si manja di dalam kolam. Namun jangan sesekali lupa yang kolam renang itu boleh juga mengundang bahaya. Tidak hanya air yang ada di dalam kolam malah keadaan basah disekelilingnya juga boleh turut membawa padah.

Pastikan anda berada bersama anak selalu. Berjalan di tepian kolam renang hendaklah berhati-hatai kerana kadangkala keadaannya yang licin itu boleh menyebabkan seseorang tergelincir ke dalam kolam. Ada juga yang berlari-lari di kawasan kolam lalu tersungkur dan terhentak kepala.

Ingat, nak ajar anak berenang sejak kecil itu adalah tidak salah cuma pastikan ianya di lakukan dalam pemantauan anda setiap masa.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.