Perhubungan suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Ianya telah menjadi asam garam dalam sesuatu hubungan untuk berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham diantara satu sama lain.

Pasangan yang berjaya mengekalkan hubungan mereka untuk tempoh yang panjang mungkin telah menjumpai rahsia kebahagiaan dalam perkahwinan. Rahsia tersebut ialah dengan memberikan kasih sayang kepada pasangan anda secara konsisten walaupun sedikit! Itulah tips rumah tangga bahagia dan harmonis.

Bayangkan anda dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja dan anda membeli sejambak bunga untuk isteri anda. Isteri anda pula ketika itu mungkin telah menghadapi hari yang sukar ditempat kerja, melayan kenakalan anak-anak yang menguji kesabarannya atau hubungan anda dengan si isteri mungkin kurang intim sejak kebelakangan ini. Lalu anda masuk kerumah dengan sejambak bunga yang anda pilih khas untuk si dia, lalu anda memberikan kepadanya.

tips-rumah-tangga

Apakah agaknya perasaan isteri nada ketika itu? Tahukah anda, dengan melakukan perkara remeh seperti itu anda sebenarnya telah mencipta suatu suasana yang penuh dengan rasa kasih sayang antara anda dan pasangan anda. Si dia juga pasti akan terkejut dengan tindakan anda dan mungkin sangat menghargai pemberian anda itu. Anda secara tidak langsung telah menunjukkan penghargaan anda kepada dirinya.

Jika anda keluar untuk membeli barang keperluan, jangan lupa untuk membelikannya hadiah yang biasa-biasa seperti pasu bunga atau baju tidur. Dengan melakukan perkara kecil seperti ini saja sudah cukup untuk membuatkan harinya ceria. Si dia akan menganggap anda tidak pernah melupakan dia walau dimana pun anda pergi.

Anda juga boleh membeli cenderahati yang tertulis ‘aku rindu padamu’ dan meletakkan ia didalam beg tangannya. Jika dia terlihat cenderahati tersebut ketika berada ditempat kerja, ia akan memberikan suatu emosi indah yang mungkin sudah lama tidak dialami olehnya untuk sekian lama.

Jika anda ingin mengubah rutin harian anda yang membosankan itu dengan sesuatu yang romantik, anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar dan hanya sedikit usaha yang diperlukan. Contohnya, tulis satu nota ‘aku cinta padamu’ dan tampalkannya di televisyen. Atau letak satu nota cinta didalam bahan bacaan kegemarannya.

Masih ingat perkara romantik yang anda buat ketika diawal percintaan dulu? Jika ya, lakukan ia semula! Bangkitkan kenangan indah bersama pasangan anda. Apabila berjalan-jalan ke pusat membeli-belah, pimpin tangannya. Atau ketika menonton televisyen, letakkan tangan anda dibahunya atau peluklah dia. Perkara mudah seperti itu sahaja sudah mampu untuk menghangatkan kembali hubungan anda dengan pasangan anda. Lakukan ia dengan kerap supaya rasa sayang dan cinta sentiasa mekar diantara anda berdua.

Teknik-teknik ini sangat ringkas tetapi boleh membantu mengekalkan hubungan perkahwinan anda. Ia membuatkan pasangan berasa dirinya dihargai dan diingati.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .