Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu mana yang tidak menginginkan anak membesar dan berkembang dengan baik seperti anak-anak normal yang lain.

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu mana yang tidak menginginkan anak membesar dan berkembang dengan baik seperti anak-anak normal yang lain.

Namun adakalanya Allah menguji kita dengan perkembangan anak yang agak lambat daripada biasa, dan mungkin juga ditakdirkan anak anda lambat bercakap.

Apakah yang dimaksudkan anak lambat bercakap? Bila anak anda sepatutnya mula bercakap?

Anak lambat bercakap bermaksud anak anda lambat bercakap berbanding rakan sebaya yang lain. Anda boleh memerhatikan anak anda semasa bergaul dengan rakan sebaya di taska, tadika, atau semasa berkumpul dengan sepupu-sepapatnya.

Perhatikan sama ada anak anda dan rakan sebayanya berada pada tahap lebih kurang yang sama dari segi kemampuan untuk bertutur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jika anda perasan anak anda agak ketinggalan dari segi perkembangan bahasa dan kebolehan untuk berinteraksi, kemungkinan anak anda mengalami masalah lambat bercakap. Bila anak anda patut boleh mula bercakap? Biasanya seawal 6 bulan anak anda sudah boleh mengeluarkan bunyi dan mula menyebut mama dan papa.

Kebiasaannya, kosa kata anak anda akan berkembang dengan cepat dan menjelang anak anda mencapai umur 18 tahun, anak anda mampu untuk menyebut lebih kurang 50 patah perkataan. Jika kosa kata anak anda adalah kurang daripada yang sepatutnya, perhatikan anak anda dengan lebih.

Apakah beza di antara anak lambat bercakap dan speech delay?

anak lambat bercakap
Sumber: Motherask

Perkara pertama yang wajib anda fahami ialah lambat bercakap dan speech delay adalah dua perkara yang berbeza. Untuk kes anak lambat bercakap, anak anda boleh bercakap dengan normal cuma perkembangannya agak lambat berbanding rakan sebaya yang lain.

Manakala speech delay pula adalah sejenis gangguan kepada percakapan dan ianya adalah lebih serius berbanding kes anak lambat bercakap.

Anak yang disahkan mengalami speech delay perlu melalui terapi untuk membolehkannya bercakap seperti anak yang normal manakala bagi anak yang mengalami masalah lambat bercakap akan mampu bercakap dengan normal tanpa perlu menghadiri sesi terapi.

Ada ibu bapa yang menyangka kedua keadaan ini adaah sama kerana kedua-duanya akan menyebabkan anak mula bercakap lambat.

Apakah tanda?

Yang sebenarnya, anak anda akan memberikan tanda lambat bercakap sejak mereka bayi lagi namun tak ramai ibu bapa yang mempunyai ilmu dan perasan akan tanda-tanda yang diberikan lalu membiarkan sahaja tanpa melakukan apa-apa. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda anak lambat bercakap iaitu:

  • Agak senyap semasa bayi. Bayi anda kurang membuat bunyi bayi seperti ba, ma, ga
  • Bayi anda mempunyai sejarah jangkitan pada telinga
  • Apabila anak anda mula bercakap, dia mempunyai bunyi konsonan yang terhad seperti cuma boleh menyebut perkataan dengan huruf p, b, m, t, d, n, y, k, dan g sahaja
  • Anak anda tidak meniru atau mengulang perkataan yang anda sebut kepadanya
  • Apabila boleh bercakap, anak anda hanya menggunakan kata nama seperti nama orang, barang, dan tempat tapi sangat kurang menyebut kata kerja seperti lompat, minum, makan, tidur, dan sebagainya
  • Anak anda kelihatan tidak selesa dan sukar untuk bermain dengan kanak-kanak yang lain
  • Anda atau pasangan mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran, atau kelewatan dalam kefahaman bahasa
  • Anak anda suka menggunakan isyarat untuk berkomunikasi dan kurang berminat untuk bercakap

Apakah punca?

Terdapat pelbagai punca kenapa anak anda lambat bercakap. Di antara punca anak lambat bercakap yang paling kerap dikenal-pasti ialah:

  • Ketagihan gadget. Ada ibu bapa yang memberikan gadget kepada anak dengan harapan agar anaknya tidak meragam dan boleh duduk diam dengan lama tanpa mengganggu mereka dalam urusan yang sedang dilakukan. Ya, memang anak kecil akan duduk diam apabila diberikan gadget kerana meraka akan leka dengan permainan di tangan. Namun ketahuilah bahawa ia akan menyebabkan anak anda ketagihan gadget dan tak akan meragam jika tidak diberikan gadget. Bukan sahaja ia akan menyebabkan anak anda ketagihan, malah ia juga akan menyebabkan anak anda lambat bercakap. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
  • Kurang berinteraksi dan bercakap dengan anak. Tidak dinafikan ibu bapa pada hari ini sangat sibuk dengan kerjaya sehingga tidak dapat meluangkan masa yang lama dengan anak-anak. Apabila sampai di rumah anda sudah letih dan tidak berdaya untuk bermain dengan anak. Kebiasaannya anak akan diberikan mainan agar tidak bosan, selain gadget. Apabila anda kurang berinteraksi dan bercakap dengan anak, anak anda tidak akan medapat kemahiran untuk berinteraksi dan bertutur. Jika ianya berterusan, maka anak anda akan mengalami masalah lambat bercakap. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda meluangkan masa untuk berinteraksi dan bersembang dengan anak walau sesibuk mana sekali pun jadual harian anda.
  • Tidak memberikan peluang untuk anak anda bergaul dengan rakan sebaya. Pergaulan dengan rakan sebaya adalah sangat penting supaya anak anda pandai berinteraksi dan bercakap. Apabila membawa anak anda ke taman permainan, biarkan anak anda bermain dan berinteraksi dengan kawan-kawan sambil anda perhatikan dari jauh.

Itulah dia info tentang lambat bercakap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, mungkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang 6 tanda anak lambat bercakap, adakah anak lambat bercakap sesuatu yang normal, dan punca anak gagap.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.