Bulan puasa bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, sebaliknya anda perlu belajar kawal emosi sewaktu di bulan ramadhan.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengawal emosi sewaktu bulan Ramadhan. Lebih-lebih apabila kita di uji dengan pelbagai ujian. Sudah tentu ia menguji emosi anda dan kesabaran anda.

cara kawal emosi

image via : Siti Raihana blog

Bulan Puasa Adalah Waktu Terbaik Untuk Belajar Mengawal Emosi

sebenarnya, sewaktu bulan Ramdahan inilah waktu yang sangat sesuai untuk anda belajar mengawal emosi supaya dapat mengelakkan anda dari menjadi seorang yang pemarah dan seterusnya boleh menghilangkan pahala puasa anda.

Mungkin bagi yang baru pertama kali cuba mengawal emosi ia satu kesukaran. Namun begitu, dengan cara yang betul anda juga dapat mengawal emosi anda sewaktu bulan Ramadhan dengan mudah. Ada beberapa tips yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk kawal emosi anda. Antaranya:

Tips #1 – Banyakkan Berdiam Diri

Bulan puasa kita akan menghadapi pelbagai ujian bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi juga untuk menahan rasa marah juga merupakan salah satu cabaran yang besar. Justeru itu, jika anda rasa hendak marah, seeloknya anda perbanyakkan berdiam diri.

Berdiam diri bukan sahaja dapat mengelakkan dari anda rasa marah, dengan berdiam diri juga dapat elakkan anda dari berkata perkara-perkara yang tidak elok yang boleh mengurangkan pahala puasa anda.

Tips #2 – Banyakkan Berzikir

Bulan puasa kita sememangnya di galakkan untuk bezikir dan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW. Ia merupakan salah satu amalan sunat di bulan puasa dan mendapat pahala apabila melakukanya. Namun begitu, berzikir dan berselawat bukan sahaja boleh dapat pahala, sebaliknya dengan perbanyakkan berzikir ia membuatkan hati dan emosi anda lebih stabil dan sekali gus dapat menghindarkan perasaan marah di dalam diri seseorang.

Bagi yang baru hendak belajar mengawal emosi, sentiasalah membasahkan bibir anda dengan alunan zikir supaya hati anda bertambah tenang.

Tips #3 – Latih Diri Untuk Kekal Tenang

Satu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk belajar mengawal emosi anda adalah dengan melatih diri untuk kekal bertenang. Memang tidak dinafikan apabila bulan puasa emosi kita menjadi tidak stabil, lebih-lebih lagi apabila mendapat tekanan kerja. Bila menghadapi situasi tekakanan di tempat kerja, anda perlulah melatih diri supaya kakal bertenang.

Bermacam cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri anda kekal tenang, antaranya spereti mendengar lagu yang menenangkan jiwa, alunan-alunan zikir yang mendamaikan hati dan brmacam lagi. Cara-cara sebegini dapat mengelakkan dari anda menjadi cepat marah dan dapat mengelakkan dari anda melakukan perkara yang boleh menyebabkan pahal puasa anda berkurangan.

Tips #4 – Baca Al-Quran

Membaca Al-Quran juga merupakan salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk belajar mengawal emosi ketika di bulan puasa. Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala, malah dengan membaca Al-Quran boleh membuatkan jiwa anda menjadi tenang dan dapat menghindarkan anda dari sifat pemarah.

Jadi, apa kata mulai sekarang bila ada masa terluang, anda isikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Lagipun pada masa kini sangat mudah untuk anda membaca Al-Quran, daripada telefon pintar sahaja anda sudah boleh muat turun aplikasi Al-Quran yang tedapat di dalam telefon dan boleh membacanya di mana-amana sahaja. Sudah tentu sangat memudahkan anda.

cara kawal emosi

image via : Darul Syifa

Tips #5 – Banyakkan Bergurau

Satu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk belajar mengawal emosi adalah dengan banyakkan bergurau sama ada dengan sahaabat atau dengan keluarga. Dengan berguru senda ia dapat menceriakan hari anda dan dapat memberikan mood yang ceria dan positif. Bukan itu sahaja, bergurau senda juga dapat mengelakkan dari sifat permarah yang boleh merosakkan ibadah puasa anda.

Antara Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Segar Dan Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

Badan yang lemah juga boleh menjadi salah satu sebab emosi menjadi tidak stabil. Justeru itu, anda perlulah memastikan badan anda dalam keadaaan yang cergas dan sihat sepanjang bulan mulia ini.

Ada bermacam cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri anda dalam keadaan yang cergas. Antaranya:

Tips #1 – Jangan Skip Sahur

Tidak kiralah apa jua alasan, jangan sesekali skip dari bersahur. Besahur bukan sahaja dapat memberikan kita pahala, tetapi juga dengan bersahur ia memberikan kita tenaga untuk berpuasa di sepanjang hari. Bila bertenaga sudah pasti badan kita pun akan menjadi cergas sepanjang berpuasa.

Tips #2 – Ambil Nasi Ketika Bersahur

Ramai yang tidak suka makan nasi sewaktu bersahur, kononnya ia boleh menggemukkan badan. Sebenarnya pengambilan nasi pada waktu sahur sangat bagus. Dengan pengambilan nasi pada waktu sahur, ia memberikan kita tenaga sepanjang hari ketika di bulan Ramadhan. Jadi takdelah badan kita lesu dan letih speanjang hari.

Tips #3 – Ambil Minuman Bergula

Waktu bersahur sebolehnya ambil minuman bergula. Ini kerana, minuman bergula dapat memberikan kita sedikit tenaga sewaktu berpuasa seoanjang hari.

Tips #4 – Banyakkan Pengambilan Buah

Buah juga antara makanan yang penting dan wajib anda ambil ketika bersahur. Malah, ia juga sangat bagus jika anda makan pada waktu buka puasa.

Nak Kawal Emosi? Inilah Masanya! Anda Perlu Bijak Dan Banyak Sabar Untuk Mengawal Emosi Sendiri

Walaupun berpuasa tetapi itu tidak bermakna yang anda tidak perlu menjaga emosi anda. Sebagai muslim sejati kita perlulah bijak mengawal emosi kita supaya puasa kita tidak menjadi sia-sia dan supaya kita tidak hilang pahala sewaktu berpuasa. Baca juga khasiat tomato mengikut kajian , dan Checklist Ramadhan

 

Sumber:

 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.