15 Idea Bilik Tidur Anak Lelaki Menarik Dan Awesome
Bilik tidur anak lelaki bagaimanakah idaman anda? Pastinya anda inginkan bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome bukan? Bilik tidur adalah tempat…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Bilik tidur anak lelaki bagaimanakah idaman anda? Pastinya anda inginkan bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome bukan? Bilik tidur adalah tempat peribadi anak anda untuk menjalani rutin harian sehingga besar. Jadi, pastikan anak anda mendapat bilik yang menarik, selesa dan penuh inspirasi buat mereka.

Imej via thedecalguru
Jika difikirkan idea bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome, pasti ia memerlukan sedikit kos, namun anda boleh juga gunakan barangan DIY untuk jimat kos. Yang penting, tema dan warna bilik haruslah sesuai dengan minat dan kebaikan anak anda.
Mari kita lihat idea bilik tidur anak lelaki yang menarik dan awesome yang menjadi pilihan anda. Bolehlah anda hias bilik tidur anak anda mengikut tema pilihan anda.
1. Tema Kereta

Imej via futbolno
Idea bilik tidur anak lelaki bertemakan kereta sangat bagus untuk anak lelaki yang berumur 2 tahun ke atas. Minat dan cenderung mereka terhadap kereta dan kartun sangat bagus diterapkan dari kecil. Tema kereta lebih sesuai untuk anak lelaki berbanding anak perempuan.
2. Tema Biru

Imej via dioceseofawori
Tema biru cukup sinonim dengan bilik tidur anak lelaki. Mereka akan meminati warna tersebut jika sering melihat warna tersebut dari kecil lagi. Ia cukup sesuai digandingkan dengan barang-barang dalam bilik yang lain yang warnanya juga sepadan bersama warna biru.
3. Tema Superhero

Imej via Roets Jordan Brewery
Bilik tidur anak lelaki bertemakan superhero sangat general di mana anda boleh memilih mana-mana superhero menarik untuk dijadikan tema bilik tidur anak anda. Koleksi barangan berkaitan superhero boleh anda hiaskan di bilik.
4. Bilik Tidur Taman Permainan

Imej via karangkraf
Bilik tidur taman permainan sesuai untuk anak-anak yang lasak dan suka bergerak banyak. Mereka boleh memanfaatkan bilik mereka dan tidak berasa sunyi sepanjang berada di bilik. Menarik kan?
5. Tema Safari

Imej via hiperdroid
Bilik tidur anak lelaki tema safari termasuklah suasana hutan, haiwan dan gambaran yang menarik untuk anda anak. Mereka yang meminati binatang dan sangat penyayang kepada binatang pasti suka akan tema bilik ini.
6. Tema Khemah

Imej via siraplimau
Bilik tidur anak lelaki bertemakan khemah ini sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang unik dan kelainan. Anda boleh menghias pelbagai permainan mereka di sudut tepi tetapi tidak terlalu padat untuk menampakkannya kemas dan teratur. Pasti bilik tidur anak anda amat rare sekali!
7. Bilik Tidur English Style

Imej via siraplimau
Jika inginkan bilik tidur anak lelaki tampak sedikit mewah atau formal, boleh juga anda gunakan idea bilik tidur gaya english style. Pastikan cadar, langsir dan warna yang diterapkan adalah warna pastel. Pasti cantik dan selesa untuk anak lelaki anda.
8. Bilik Tidur Barangan Ikea

Imej via jepunmari2
Idea bilik tidur anak lelaki yang sangat mudah anda realisasikan adalah bilik tidur barangan Ikea. Beli perabot bersesuaian dari Ikea dan susun sebaiknya. Anak anda pasti suka bilik yang kemas dan ringkas ini. Anda boleh juga hiaskan DIY di bilik anak lelaki anda.
9. Bilik Tidur Tema Vintage

Imej via Daily Dream Decor
Bilik tidur tema vintage memberikan anak anda satu suasana yang sangat rileks dan menenangkan. Bilik tidur anak lelaki anda pasti akan menjadi tempat yang paling tenang sekali bagi mereka di samping warnanya juga bakal menyejukkan bilik tersebut.
10. Bilik Tidur Tema Abstrak

Imej via philly.curbed
Tema abstrak akan menjadikan bilik tidur anak lelaki anda bewarna-warni dan menarik. Sesuaikan dengan karpet, cadar dan dinding juga. Namun, jangan sampai warna bilik menyakitkan mata pula.
11. Tema Istana

Imej via kidsomania
Bukan calang-calang bilik, kali ini anda berikan bilik istana pula kepada anak lelaki anda. Hanya bina bentuk istana agar kelihatan lebih menarik dan pasti anak anda akan sukakannya. Anda boleh juga menambah perabot lain yang sesuai untuk anak anda.
12. Tema Angkasa Lepas

Imej via startupdad
Seterusnya adalah bilik tidur anak lelaki tema angkasa lepas. Jika anak anda takutkan gelap, buatlah tema warna yang cerah. Jika dia sukakan gelap dan mudah tidur dalam gelap, berikan sedikit kegelapan dalam biliknya.
13. Tema Rainbow
Bilik tidur warna-warni seperti pelangi juga sesuai untuk anak lelaki apatah lagi yang masih kecil dan belum remaja. Anda boleh jadikan bilik anak anda seperti berada di atas pelangi ataupun di bawah pelangi. Kreatif sangat!
14. Bilik Tidur Tema Library

Imej via [pixelpush design
Jika anda inginkan anak anda membaca dari kecil, terapkan sikap membaca dengan jadikan biliknya sebagai perpuastakaan yang comel. Penuhi buku berdekatan dengan katil agar mereka boleh membaca selalu.
15. Tema Alam Semulajadi

Imej via My Daily Magazine
Jadikan bilik tidur anak lelaki anda sebagai dunia alam semulajadi yang sangat indah. Hiaskan dengan gambar tumbuh-tumbuhan atau bunga dengan gaya yang menarik.
15 idea bilik anak tidur lelaki yang kami kongsikan di atas pasti menjadi tatapan dan contoh untuk anda. Pilihlah tema yang anda inginkan, pasti idea ini dapat direalisasikan dengan mudah. Jom baca juga Idea hiasan hari jadi anak lelaki, Cara didik anak lelaki dan Idea bilik tidur anak perempuan.