Setiap kali tibanya musim sekolah, memang banyak majlis yang di buat terutama majlis perkahwinan. Kadangkala terdapat beberapa jemputan perkahwinan yang akan diadakan pada tarikh dan hari yang sama.

Jika kebetulan majlis-majlis tersebut berada di dalam satu kawasan yang sama, alhamdulillah bolehlah diluangkan masa untuk menghadiri semuanya. Tapi andai majlis-majlis tersebut lokasinya agak berjauhan di antara satu sama lain, alamatnya kena pilih untuk hadir majlis yang tertentu sahajalah. Namun begitu, apakah kewajipan penuhi undangan perkahwinan ini sebenarnya?

kewajipan penuhi undangan perkahwinan
Image Via : Kahwin Life

Bolehkah Jemputan Untuk Sesuatu Majlis Itu Hanya Secara Online Saja?

Terus terang soalan ini pernah muncul di benak fikiran, apakah boleh jemputan untuk kenduri perkahwinan itu hanya di hantar secara online sama ada melalui kumpulan whatsApp , instagram mahupun facebook event? Dan percaya ataupun tidak, ya ianya di bolehkan.

Jemputan begini boleh di anggap seiring dengan kemajuan masyarakat sekarang yang jauh lebih maju dan canggih. Jemputan begini juga sebenarnya dapat menjimatkan kos dan masa. Boleh elakkan pembaziran juga. Apapun tak dinafikan jauh di sudut hati jemputan begini sebenarnya kelihatan tidak terlalu bersungguh dan kurang ekslusif berbanding dengan jemputan yang dihantar dalam bentuk kad undangan.

Kerana itu adalah lebih afdal jika si pengantin ini dapat menghantar mesej yang ke dua berserta dengan jemputan yang lebih khusus secara peribadi kepada para tetamu yang telah beri persetujuan untuk hadir tadi. Barulah si tetamu rasa lebih serius dan bersungguh dengan jemputan yang diterima.

Apakah Hukum Kewajipan Penuhi Undangan Perkahwinan (Walimah) Ini?

Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib.  Ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud ;

"

“Jika kamu diundang ke walimah pernikahan, hadirilah.” (HR Muslim)

Tidak memenuhi undangan perkahwinan yang dihantar itu adalah maksiat terhadap Allah dan RasulNya. Abu Hurairah r.a berkata, “Makanan terburuk adalah makanan pada walimah yang undangannya dikhususkan bagi orang-orang kaya dan menyisihkan orang-orang miskin. Orang yang tidak memenuhi undangan walimah, dia telah membuat maksiat kepada Allah dan RasulNya.” (HR. al-Bukhari)

Maka, menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” Hadis Riwayat at-Tabrani

kewajipan penuhi undangan perkahwinan
Image Via : Cahaya Kristal

Dalam kalangan ulama juga berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

1- Individu yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

2- Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira pangkat atau kedudukan (tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin).

3- Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus sama ada dengan cara menemuinya atau melalui kad jemputan.

4- Semua perbelanjaan untuk majlis daripada sumber yang halal.

5- Tidak menyakiti orang yang dijemput.

6- Tidak ada yang mungkar dalam majlis itu.

7- Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

8- Tiada sebarang keuzuran yang menghalang jemputan tersebut hadir.

Antara Sebab Musabab Hukum Hadir Majlis Bertukar Dari Wajib Kepada Sunat

1- Jika makanan yang dihidangkan tidak halal atau mengandungi syubhah.

2- Jemputan dikhususkan kepada orang-orang tertentu (hanya majlis untuk golongan orang kaya) sahaja.

3- Jemputan yang didorong dengan niat tertentu (tidak ikhlas semasa memberi jemputan).

4- Terdapat kemungkaran dalam majlis tersebut yang boleh mendatangkan dosa terhadap Allah SWT.

5- Kehadirannya ke majlis walimah itu boleh mendatangkan mudarat kembali kepadanya.

6- Jemputan tidak ditujukan kepada diri seseorang secara peribadi, sebaliknya jemputan itu di buat secara terbuka atau hanya secara umum.

7- Dijemput tetapi secara kebetulan ada hal lain maka yang dijemput telah menyatakan keuzuran terlebih dahulu kepada yang menjemput.

8- Seorang isteri yang tidak mendapat keizinan suami untuk pergi juga tidak diwajibkan untuk hadir ke majlis perkahwinan terbabit.

kewajipan penuhi undangan perkahwinan
Image Via : The Vocket

Apakah Ada Perkara Yang Diharamkan Dalam Sesebuah Majlis Perkahwinan Ini?

Ya, jawapannya memang ada. Setiap penganjur majlis perlu tahu yang tujuan utama untuk mengadakan walimah ini adalah untuk mengumumkan pernikahan dan menghimpunkan seluruh kenalan serta keluarga agar berita baik ini dapat dihebohkan. Semua tetamu yang hadir juga dapat mengucapkan selamat dan doa yang baik-baik ke atas pasangan.

Akan tetapi seandainya majlis itu berubah kepada riya’ dan bermegah-megah hingga tahap ingin menunjukkan kehebatan dan kekayaan maka itu telahpun melanggar syariat Allah SWT sebagaimana yang telah Allah SWT berfirman ;

“Orang-orang yang melanggar hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah : 229) Allah SWT mencela tindakan berlebih-lebihan dalam 22 ayat di dalam al-Quran. Salah satunya adalah :

“Makan dan minumlah, tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungghnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf : 31)

Hadirilah Perkahwinan Yang Dijemput Jika Tidak Ada Sebarang Halangan

Dengan itu, hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan perkahwinan itu di mata Islam adalah wajib. Tapi, lihat juga apakah jenis majlis yang akan diadakan.

Seandainya di majlis itu ada aktiviti yang ada kaitan dengan perkara-perkara maksiat maka kewajipan memenuhi undangan tersebut juga sudah ikut berubah. Antara sebab seseorang itu boleh mengelak daripada hadir adalah :

1- Orang yang dijemput tidak berkeuzuran yang tidak menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut.
2- Tidak ada perkara-perkara mungkar seperti minuman arak, majlis tari-menari pada majlis tersebut.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.