Badak berendam merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Ianya mengandungi tepung yang disalut bersama santan serta mempunyai inti kelapa didalamnya. Sangat sedap. Badak berendam merupakan kegemaran ramai orang kerana mempunyai kombinasi rasa yang unik iaitu manis, masin dan berlemak. Cara pembuatannya tidaklah susah, namun ianya masih memerlukan latihan. Sekiranya anda masih baru mencuba untuk memasak, usah khuatir kerana kami menyediakan resepi beserta dengan langkah langkah yang sangat terperinci.

Resepi yang kami bawakan hari ini telah dikongsikan oleh Saleha Maarof dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Badak Berendem Versi Gebu

badak berendam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Untuk tepung

  • Tepung pulut
  • Pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Air

Untuk inti

  • Kelapa parut
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Daun pandan

Santan kuah

  • Santan pekat
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam

Cara – cara menyediakannya:

Cara menyediakan inti kelapa:

  1. Satukan semua bahan untuk menyediakan inti ini.
  2. Letak sedikit air.
  3. Kacau rata inti sehingga masak.
  4. Masukkan daun pandan untuk memberi bau wangi.

Cara membuat tepung:

  1. Masukkan tepung pulut, garam dan sedikit pewarna hijau. Sukatan mengikut kepada berapa banyak anda hendak sediakan.
  2. Letakkan air sedikit demi sedikit dan jadikan seperti doh. Pastikan tidak lembik.
  3. Masukkan inti kelapa ke dalam tepung mengikut saiz yang anda inginkan.
  4. Rebuskan tepung yang sudah siap sehingga masak. Jika tepung sudah timbul bermakna ianya sudah masak.

Cara menyediakkan kuah santan:

  1. Santan pekat campurkan sedikit setengah sudu jagung tepung dan sedikit garam.
  2. Masakkan santan tetapi jangan terlalu pekat. Agak-agak sahaja jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  3. Masukkan tepung yang sudah siap ke dalam kuah santan.
  4. Siap!

Resepi – resepi yang menarik:

Ada pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.